ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW Perluaskan Lagi Fasiliti Pusat Pengedaran Alat Ganti Di Senai, Bekal Kepada 22 Negara

Suhana Veru

Kongsi melalui

THUMB.jpg

BMW Group Malaysia menyambut Ulang Tahun Ke-20 Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau BMW Group yang terletak di Zon Perindustrian Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.

BMW   turut meraikan  majlis pembukaan  fasiliti fasa kedua pusat pengedaran alat ganti itu.

riben-1.JPG

Untuk makluman, Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau BMW Group ini pada asalnya merupakan gudang berkeluasan 45,000 meter persegi. 

Selepas fasiliti berkenaan dinaik taraf, ia yang kini berkeluasan 65,000 meter persegi memperkukuhkan lagi komitmen BMW Group terhadap kecemerlangan operasi di rantau dan pelaburan negara ini.  

WhatsApp-Image-2024-11-28-at-11.53.28-(1).jpegWhatsApp-Image-2024-11-28-at-11.53.30-(2).jpeg

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, fasiliti iitu bukan sahaja symbol kejayaan BMW Group sebagai pengeluar automotif premium terkemuka di Malaysia tetapi berjaya mengukuhkan status Malaysia sebagai hab logistik strategik kami di rantau Asia Pasifik.

Perluasan terbaharu Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau BMW Group membawakan beberapa penambahbaikan yang ketara, termasuk Kawasan Penyimpanan Bateri Voltan Tinggi (HV) yang dibina khusus serta sistem rak lorong sangat sempit (VNA) yang moden. 

“Konfigurasi dua tingkat fasiliti ini menyediakan peluang untuk perluasan pada masa hadapan, manakala penggunaan bumbung panel solar menyokong inisiatif kemampanan BMW Group dengan lebih meluas.

car-3.JPG

Untuk makluman, fasiliti ini mengendalikan lebih 100,000 inventori masuk dan keluar setiap bulan, mengekalkan tahap perkhidmatan sekitar 90 peratus untuk lebih 20 pasaran yang berbeza di rantau ini.

Pencapaian ini membolehkan BMW memenuhi keperluan pelbagai pasaran termasuk  menguruskan stok dengan hampir 52,000 alat ganti, yang mana sekitar 30 daripadanya merupakan Bateri Voltan Tinggi.

Fasiliti ini dikatakan turut mengekalkan kadar pengambilan dan pembungkusan tepat pada waktunya melebihi 99 peratus serta kadar 99.5 peratus bagi barangan yang dihantar dalam kondisi sempurna. 

Setiap minggu, 15 unit kontena 40-kaki dihantar menerusi pengangkutan laut BMW Group dan 33,000 meter padu menerusi penghantaran udara. 

car-2.JPG

Di peringkat domestik, fasiliti ini menguruskan 42 trak untuk penghantaran keluar ke Malaysia, Singapura, dan Thailand setiap minggu.

Ini menjadikan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau BMW Group yang diperluaskan ini bukan sahaja mengukuhkan keupayaan logistik BMW Group, malah turut meletakkan fasiliti ini sebagai penyokong utama landskap automotif yang semakin berkembang di rantau ini.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.