ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Geely Galaxy Starship 7 PHEV Diperkenalkan Di China – Cecah 1,420 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Geely-Galaxy-Starship7-PHEV-6.jpg


Syarikat automotif gergasi China, Geely, baru-baru ini telah melancarkan SUV hibrid plug-in (PHEV) terbarunya, Galaxy Starship 7, selepas mendedahkan imej rasmi model tersebut bulan lalu. Galaxy Starship 7 ini merupakan versi separa enjin pembakaran kepada SUV EV Galaxy E5 yang turut menjadi model asas kepada Proton eMas 7.


Trenkuasa Baharu


Geely-Galaxy-Starship7-PHEV-14.jpgGeely-Galaxy-Starship7-PHEV-12.jpg


Dibina di atas platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA) yang sama dengan model E5 dan eMas 7, Galaxy Starship 7 menggunakan sistem trenkuasa NordThor EM-i PHEV terkini daripada Geely. Sistem ini dipacu oleh enjin petrol 1.5 liter 4 silinder yang menghasilkan kuasa 110 hp dan 136 Nm sebagai asasnya.


Enjin petrol ini disatukan dengan transmisi hibrid khas (e-DHT) 11-ke-1, menggabungkan motor penjana pemula bersepadu (ISG) dan motor elektrik pacuan khas. Ini membolehkan Galaxy Starship 7 mencapai pecutan dari 0 ke 100 km/j dalam masa 7.5 saat, dengan kelajuan maksimum terhad kepada 180 km/j. 


Pilihan Bateri dan Jarak Perjalanan Sehingga 1,420 KM


Geely-Galaxy-Starship7-PHEV-21.jpg


Galaxy Starship 7 didatangkan dengan dua pilihan bateri eksklusif Geely, iaitu litium logam fosfat (LFP) “bilah pendek” Aegis. Dalam mod elektrik, varian asas yang dilengkapi dengan bateri 19.09 kWj boleh mencapai jarak pemanduan 101 km (CLTC), manakala varian dengan spesifikasi lebih tinggi mempunyai bateri lebih besar 28.94 kWj dengan jarak pemanduan sehingga 150 km (CLTC) dalam mod EV.


Secara keseluruhan, Galaxy Starship 7 mampu menempuh jarak perjalanan sehingga 1,420 km dengan penggunaan bahan api yang dinilai pada kadar 3.75 liter per 100 km.


Sokongan Pengecasan Pantas dan Fungsi V2L


Seperti kebanyakan model PHEV moden, Starship 7 menyokong pengecasan pantas DC 36 kW, membolehkan pengecasan dari 30% hingga 80% diselesaikan dalam masa kira-kira 20 minit. Bateri ini juga dilengkapi dengan fungsi kenderaan kepada beban (V2L), membolehkan jentera ini dimanfaatkan sebagai sumber tenaga untuk peralatan elektrik kecil.


Reka Bentuk Aerodinamik 


Geely-Galaxy-Starship7-PHEV-16.jpgGeely-Galaxy-Starship7-PHEV-11.jpgGeely-Galaxy-Starship7-PHEV-17.jpg


Dari segi reka bentuk, Starship 7 menampilkan beberapa ciri yang serupa dengan kembar elektriknya, Galaxy E5, namun dengan saiz yang lebih besar. 


Geely-Galaxy-Starship7-PHEV-10.jpg


Antara ciri reka bentuk utamanya adalah sudut hadapan tanpa gril, lampu LED yang halus, liang ambilan udara lebar, lampu belakang LED berkelebaran penuh, serta pemegang pintu konvensional. Model dengan siluet SUV anggun ini juga memiliki kadar rintangan angin serendah 0.228 Cd.


Reka Bentuk Dalaman dan Teknologi Pintar


Geely-Galaxy-Starship7-PHEV-9.jpgGeely-Galaxy-Starship7-PHEV-20.jpgGeely-Galaxy-Starship7-PHEV-13.jpgGeely-Galaxy-Starship7-PHEV-19.jpg


Di bahagian dalam, Starship 7 hadir dengan reka bentuk kabin yang minimalis dan simetri berbentuk T, dilengkapi dengan kemasan premium dan krom. Beberapa elemen yang mirip dengan Galaxy E5 juga kelihatan, termasuk stereng rata dua jejari, skrin infotainmen 14.6 inci dikuasakan oleh sistem FlyMe Auto, paparan W-HUD 13.8 inci, serta sistem audio Flyme Sound 16 pembesar suara.


Pra-Jualan Kini Bermula, Potensi Model PHEV Proton


Geely-Galaxy-Starship7-PHEV-2.jpgGeely-Galaxy-Starship7-PHEV-1.jpgGeely-Galaxy-Starship7-PHEV-5.jpgGeely-Galaxy-Starship7-PHEV-3.jpgGeely-Galaxy-Starship7-PHEV-4.jpg


Pra-jualan untuk Galaxy Starship 7 dijadualkan bermula pada 8 November, namun Geely belum mengumumkan harga rasmi buat masa ini. Memandangkan Starship 7 adalah kembar PHEV kepada Galaxy E5, terdapat kemungkinan tinggi bahawa Proton akan menggunakan model ini sebagai asas kepada model SUV PHEV pertamanya.

Baca: Proton Sasar Lancar 5 EV Di Bawah Jenama e.MAS – Platform GMA, Harga Berpatutan

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN3429

SELANGOR

BST3544

JOHOR

JD3997J

PULAU PINANG

PSF2094

PERAK

APL1451

PAHANG

CFH5849

KEDAH

KGH7821

NEGERI SEMBILAN

NEL6304

KOTA KINABALU

SJT8147

KUCHING

QAB4849P

Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-11-2025
Global

07-11-2024
Global

07-11-2024
EV

31-01-2025
Global

06-01-2025

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.