Harga Terbaru Audi Q5 Sportback Diumumkan – Kini Hanya Dari RM368,990!

Pengedar rasmi jenama Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan harga terbaru untuk Audi Q5 Sportback generasi kedua. Model mewah ini kini ditawarkan pada harga RM368,990, pengurangan sebanyak RM2,000 berbanding harga asal.
Pilihan Tambahan Audi Assurance Package
Bagaimanapun, harga yang dinyatakan tidak termasuk insurans dan Audi Assurance Package. Pelanggan boleh mendapatkan pakej ini dengan bayaran tambahan sebanyak RM11,000, yang meliputi:
- Jaminan lanjutan selama 5 tahun
- Penyelenggaraan percuma selama 3 tahun
- Bantuan jalan raya selama 5 tahun
Trenkuasa Audi Q5 Sportback

Model yang kini ditawarkan pada harga lebih rendah tidak diberikan sebarang perubahan spesifikasi kerana Q5 Sportback masih dikuasakan oleh enjin 2.0 liter TFSI 4 silinder turbo hibrid ringkas (MHEV) yang mampu menjana 246 hp dan 370 Nm.
Enjin ini dipadankan dengan transmisi tujuh kelajuan S-tronic DCT dan sistem pacuan semua roda Quattro, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 6.1 saat. Purata penggunaan bahan api pula dianggarkan pada 8 liter/100 km.
Kelengkapan Kekal Mewah




Dari segi kelengkapan, Q5 Sportback didatangkan dengan ciri menarik seperti lampu depan LED yang dilengkapi sistem pembersih, rim lima jejari berukuran 20 inci, tempat duduk dalam balutan kulit Nappa, kawalan pendingin hawa tiga zon, sistem audio premium Bang & Olufsen dengan 19 pembesar suara serta kamera parkir 360 darjah.
Pilihan Warna Eksklusif

Enam pilihan warna luaran ditawarkan untuk model ini, termasuk Navarra Blue, Mythos Black, Glacier White, Chronos Grey, Daytona Grey dan Floret Silver.
Tempahan Kini Dibuka
Model ini kini boleh ditempah di semua pengedar Audi yang sah di seluruh negara.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4196
SELANGOR
BSU8537
JOHOR
JG9602J
PULAU PINANG
PSH2439
PERAK
APM7435
PAHANG
CFJ3482
KEDAH
KGJ7244
NEGERI SEMBILAN
NEM5173
KOTA KINABALU
SJV417
KUCHING
QAB9517P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge