ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Konsep Kia EV4 Dipertontonkan: Apabila Elemen Futuristik, Elegan & Sporty Digabungkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-20.jpg


Semasa acara Kia EV Day 2024 yang diadakan baru-baru ini, Kia Asia Pasifik (APAC) memperlihatkan masa depan kereta elektrik (EV) dengan mempamerkan model terbarunya, termasuk kereta Konsep EV4 yang telah membuat penampilan sulungnya di acara Kia EV Day di Seoul, Korea Selatan tahun lalu. Kali ini Carz.com.my berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat semasa menghadiri acara ini yang berlangsung di Taiwan. 


Rekabentuk Kereta Konsep EV4


CariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-21.jpgCariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-16.jpg

CariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-15.jpgCariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-26.jpgCariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-14.jpgCariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-29.jpg


Bersaiz 4,730 mm panjang, 1,860 mm lebar, 1,480 mm tinggi dan jarak roda 2,820 mm, model ini diposisikan dalam kategori sedan elektrik yang dijangka akan memberikan saingan kepada model seperti Tesla Model 3, Hyundai Ioniq 6 dan BYD Seal yang kesemuanya menawarkan reka bentuk dan teknologi canggih dalam pasaran sedan elektrik.


CariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-44.jpgCariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-22.jpg


Kia EV4 Konsep memiliki reka bentuk minimalis, dengan garis-garis halus yang menonjolkan elemen aerodinamik dan sentuhan elegannya. Model ini mengintegrasikan tema reka bentuk ‘Power to Progress’ dari Kia yang melalui sudut-sudut tajam yang menyerlahkan identitinya sebagai sebuah model elektrik. Rekaan lampu LED menegak yang unik di belakang menambahkan elemen futuristik, di samping rekaan yang rendah yang membuatkannya kelihatan seakan sebuah kereta sport.


Kabin Futuristik yang Mengutamakan Keselesaan Pemandu


CariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-59.jpgCariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-57.jpg


Sentuhan futuristik dikekalkan di bahagian dalam kabin  kereta konsep EV4. Yang menarik perhatian kami adalah bukaan pintunya yang unik, menyerlahkan keseluruhan ruang kabin yang kelihatan luas. Menurut Kia, ruang dalaman ini direka dengan matlamat untuk memastikan pengalaman pemanduan pemandu tidak terganggu. 


CariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-52.jpgCariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-49.jpgCariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-55.jpgCariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-53.jpg


Reka bentuk kabin kelihatan ringkas namun tetap sarat dengan teknologi yang tersusun kemas. Panel kawalan penyaman udara misalnya diletakkan di bahagian konsol tengah, dan penyaman udaranya juga direka dalam bentuk ‘pin-style’ halus yang fleksibel.


CariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-38.jpgCariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-39.jpg


Konsep EV4 juga hadir dengan teknologi ‘Mind Modes’ yang membolehkan suasana kabin disesuaikan mengikut pilihan, dengan pencahayaan ambien dan corak ventilasi penyaman udara yang berubah mengikut mod. Dalam mod ‘Perform,’ pemandu akan diberikan maklumat yang relevan untuk prestasi terbaik, manakala mod ‘Serenity’ mewujudkan suasana lebih tenang untuk relaks. 


Pilihan Bateri dan Prestasi


Kia EV4 Konsep dijangka akan ditawarkan dalam dua pilihan bateri iaitu versi Long Range dengan kapasiti 81.4 kWj yang memberikan jarak pemanduan sehingga 630 km serta versi Short Range dengan kapasiti 58.3 kWj yang menawarkan jarak sekitar 430 km. Dengan kuasa maksimum 150 kW dan tork 283 Nm, EV4 dikatakan mampu mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam 7.4 saat untuk versi Long Range dan 7.5 saat untuk versi Short Range.


Anggaran Harga dan Pasaran  


CariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day_EV4-10.jpg


Barisan EV terbaru Kia, termasuk EV3, Konsep EV4 dan EV5, dianggarkan berharga antara AS$35,000 hingga AS$50,000 (~RM157,000 hingga ~RM225,000). 


Portal automotif carscoops.com mendedahkan baru-baru ini bahawa Kia EV4 akan menyasarkan pasaran antarabangsa mulai separuh kedua tahun depan, dengan beberapa negara mungkin hanya akan menerima model ini menjelang awal 2026.


CariCarz_SN_2024-Kia-EV-Day-All_-4-(1).jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS1941

SELANGOR

BSU1362

JOHOR

JF184J

PULAU PINANG

PSF9442

PERAK

APL7973

PAHANG

CFH8701

KEDAH

KGJ2994

NEGERI SEMBILAN

NEM1378

KOTA KINABALU

SJU3475

KUCHING

QAB6563P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

15-11-2024
EV

15-11-2024
EV

12-10-2023
EV

28-10-2025
EV

28-02-2025
EV

17-02-2025
EV

13-02-2025

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.