Mulai 1 Jan 2025: Tiada Lagi Bayaran Tunai Di Stesen KTMB

Tiada lagi bayaran tunai di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mulai 1 Januari 2015!
Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Ini bermakna, KTMB akan beralih kepada mod bayaran tanpa tunai sepenuhnya melibatkan semua transaksi pembelian tiket di sektor Lembah Klang, Utara, Selatan dan Pantai Timur.
Bagaimanapun, buat masa ini, KTMB berada dalam fasa peralihan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai khususnya warga emas serta orang kurang upaya (OKU).

Menurut Mohd Rani, dalam tempoh peralihan sehingga akhir tahun ini, kaunter-kaunter tiket masih menerima transaksi tunai. namun pelbagai medium sudah dilaksana bagi menguar-uarkan kempen.
“Antaranya, pemakluman notis dan video melalui media sosial rasmi KTMB, edaran bahan promosi di stesen, pengumuman di dalam tren serta kerjasama dengan bank tempatan untuk membuka reruai pendaftaran pembukaan akaun bagi mereka yang belum memiliki kad debit.
“Selain itu, kakitangan di stesen juga akan membantu pelanggan khususnya untuk mendaftar aplikasi KTMB Mobile (KITS), membuat pembelian tiket dan mendaftar atau menggunakan kad Komuter Link,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, KTMB menyalurkan 500 mata ‘railpoints’ percuma bagi 1,000 pendaftaran terawal KITS bagi menggalakkan orang ramai menyokong kempen tersebut.

Bagi menjayakan urusan transaksi itu, stesen-stesen KTMB terutamanya di Lembah Klang dan Utara kini telah dilengkapi dengan mesin kios bagi pembelian tiket komuter dan kereta api elektrik (ETS).
“Stesen-stesen utama di Pantai Timur juga mempunyai mesin kios untuk membuat pembelian tiket Ekspres Rakyat Timuran dan Shuttle Timuran.
“Bagi stesen di sektor Selatan selain dari Stesen Johor Bahru Sentral dan Kempas Baru, mesin kios hanya akan beroperasi setelah Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru siap sepenuhnya," katanya.
Untuk itu, anda boleh membuat pembelian tiket di www.ktmb.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge