Tahun Baharu Cina, Aidilfitri: KTMB Tambah 8 ETS

Ada berita baik untuk anda!
Ini kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri bagi memenuhi keperluan perjalanan orang ramai.
Untuk itu, sebanyak 26,460 tiket ETS tambahan mula dijual sejak 24 Januari sempena sambutan Tahun Baharu Cina, bagi perkhidmatan tambahan yang merangkumi laluan KL Sentral-Ipoh, KL Sentral-Butterworth-KL Sentral, KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral, JB Sentral-KL Sentral- JB Sentral dan JB Sentral-Butterworth-JB Sentral.
KTMB berkata, operasi tren tambahan bagi Tahun Baharu Cina dijadualkan pada 13 hingga 22 Februari dengan laluan utama Padang Besar-KL Sentral (11.05 pagi), KL Sentral-Padang Besar (5 petang), KL Sentral-JB Sentral (11 malam) dan JB Sentral-KL Sentral (5.30 petang).
"Pada 14 hingga 16 Februari serta 20 hingga 22 Februari pula, laluan melibatkan KL Sentral-Ipoh (10.50 pagi), Ipoh-KL Sentral (5.25 petang), Butterwoth-KL Sentral (6.10 pagi) dan KL Sentral- Butterworth (7.55 malam)," katanya.

KTMB turut memperkenalkan perkhidmatan Electric Multiple Unit Plus (EMU+) pada 13 hingga 15 Februari dan 20 hingga 22 Februari ini bagi laluan KL Sentral-Ipoh-KL Sentral, dengan kapasiti 1,200 penumpang sehari melalui empat perjalanan harian sepanjang tempoh operasi dan tiket bagi perkhidmatan itu telah habis dijual.
Pertambahan tiket ETS dan EMU+ menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 70,200 tiket, dengan jumlah perjalanan perkhidmatan meningkat hingga 56 trip sehari.
"Langkah ini diambil bagi menampung peningkatan permintaan penumpang, sekali gus memberi lebih banyak pilihan perjalanan yang selesa, selamat dan menepati kehendak pengguna," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, KTMB turut memaklumkan perkhidmatan ETS laluan JB Sentral-Butterworth-JB Sentral dikekalkan bermula 4 Februari ini dengan kekerapan tren ditingkatkan daripada dua trip sehari kepada empat trip sehari, menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan ETS sebanyak 44 perjalanan sehari, berbanding 40 perjalanan sebelum ini, selaras dengan penerimaan empat set tren ETS3.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3262
SELANGOR
BSU8354
JOHOR
JG9230J
PULAU PINANG
PSH2199
PERAK
APM7252
PAHANG
CFJ3405
KEDAH
KGJ7119
NEGERI SEMBILAN
NEM5067
KOTA KINABALU
SJV106
KUCHING
QAB9471P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Berita Terkini
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



