Neta V Terbakar Sepenuhnya Di Lebuhraya PLUS – Ini Punca Kejadian...

Sebuah kenderaan elektrik (EV) Neta V musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi Sabtu lalu di KM277.6 Lebuhraya PLUS arah utara.
Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.31 pagi, sebelum sepasukan sembilan anggota, diketuai Pegawai Bomba Kanan Mohd Gaddafi, dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba dengan dilengkapi satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah lori tangki dan dua motosikal.
Operasi Pemadaman Api dan Keselamatan Penumpang




Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati EV Neta sudah terbakar sepenuhnya.
“Anggota membuat pemadaman menggunakan satu portable water mist, dua aliran salur bantu mula dan satu aliran hose berserta foam sehingga api terpadam,” katanya.
Operasi pemadaman selesai pada kira-kira 6.10 pagi tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.
Punca Kejadian

Berdasarkan kenyataan oleh pemilik kenderaan tersebut melalui laman Facebook rasmi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Neta V miliknya telah melanggar serpihan tayar lori di lorong laju, sebelum kereta mengeluarkan asap secara serta-merta.
Menyedari bahaya yang mungkin berlaku, dia segera memberhentikan kereta di lorong kecemasan dan membawa penumpang keluar dengan selamat.
-full.jpg)
"Kami bersyukur Neta menyelamatkan nyawa kami," katanya.
"Airbag berfungsi seperti yang dijangka, dan rekaan tempat duduk melindungi kami daripada hentaman. Kenderaan berjaya digerakkan ke lorong kecemasan, yang membolehkan kami keluar tanpa sebarang kecederaan," jelasnya lagi.
Kenyataan Rasmi Pengedar Neta di Malaysia, Intro Synergy
-full.jpg)
Pengedar rasmi Neta di Malaysia, Intro Synergy, mengesahkan kejadian ini dan memaklumkan bahawa ia adalah kes terpencil akibat halangan jalan. Syarikat itu berjanji untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi menyiasat punca kebakaran.

Walaupun kenderaan terlibat musnah sepenuhnya, keselamatan penumpang tetap terjamin dengan ciri keselamatan EV yang berfungsi dengan baik seperti yang diharapkan, ini membolehkan kesemua penumpang keluar dengan selamat.
Insiden ini menunjukkan betapa pentingnya ciri keselamatan yang tinggi dan komprehensif dalam sesebuah EV, selain tindak balas pantas daripada agensi tindakan kecemasan untuk mengelakkan kejadian yang lebih serius.
Baca: Neta V Kini Rasmi Di Malaysia - EV Termurah Di Malaysia, Dari RM100K
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6242
SELANGOR
BSR5170
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6921
PERAK
APJ7437
PAHANG
CFH1334
KEDAH
KGG9769
NEGERI SEMBILAN
NEK8753
KOTA KINABALU
SJT130
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 12 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pembeli Kecewa EV Neta Hanya Capai 40 KM 1 Cas Penuh – Dapat Skuter Sementara Tunggu Stok Bateri
Kurang dua tahun selepas membeli kenderaan elektrik (EV) Neta Aya (Neta V) di China, seorang pemilik kecewa jarak pemanduan merosot kepada hanya 40 km!
03-01-2025
Neta V EV Paling Tak Selamat? – EV Pertama Dengan ASEAN NCAP Sifar Bintang
Kenderaan elektrik (EV) kompak, Neta V, menerima penarafan sifar bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).
09-12-2024
Neta Malaysia Tawar Waranti SEUMUR HIDUP & Program Kesetiaan
Intro Synergy Sdn Bhd (ISSB), pengedar rasmi kenderaan Neta di Malaysia, baru-baru ini telah melancarkan Waranti Seumur Hidup serta Program Kesetiaan.
18-04-2024
SAH! NETA V Dipasang Di Indonesia Mulai Mei Ini
PT NETA Auto Indonesia sudah bersedia untuk memulakan pengeluaran keretanya di kilang pemasangan tempatan (CKD) yang terletak di Ungu Bekasi, Indonesia.
12-03-2024
Neta V Bakal Dipasang CKD Di Malaysia Hujung Tahun Depan
Careplus menjalankan kerjasama dengan GoAuto untuk pemasangan Neta V di dalam negara.
25-10-2023
Neta V Kini Rasmi Di Malaysia - EV Termurah Di Malaysia, Dari RM100K
Neta V kini rasmi di pasaran Malaysia. Ini spesifikasi terperincinya...
25-10-2023
Kenapa M'sia Tiada EV Sekitar RM50K?
Pasaran automotif Malaysia belum memiliki kereta elektrik (EV) berharga rendah.
09-08-2023
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat