Neta V EV Paling Tak Selamat? – EV Pertama Dengan ASEAN NCAP Sifar Bintang

Kenderaan elektrik (EV) kompak, Neta V, menerima penarafan sifar bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP). Model ini merupakan EV pertama yang diuji di makmal perlanggaran, MIROS Provisional CRASE Crash Centre (PC3) dan juga yang pertama menerima keputusan sifar bintang di bawah protokol baharu 2021-2025 ASEAN NCAP.
Unit yang diuji ialah model import sepenuhnya (CBU) dari China, dipasarkan untuk pasaran ASEAN termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia dan Brunei.
Skor Rendah dalam Pelbagai Kategori


Neta V mencatat keputusan keseluruhan hanya 28.55 mata daripada 100 mata. Neta V hanya mencatatkan skor sebanyak 7.89 dalam kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) yang merangkumi sebanyak 40% daripada skor keseluruhan. Skor rendah ini disebabkan oleh 0 mata untuk subkategori impak hadapan dan perlindungan kepala, namun berjaya mengumpulkan 6.31 mata daripada 8 untuk impak sisi.


Untuk kategori seterusnya, Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Neta V hanya berjaya menerima 13.51 mata, dengan pengumpulan mata “tertinggi” dalam ujian impak hadapan dan sisi, namun mencatatkan skor rendah dalam aspek pemasangan Sistem Kekangan Kanak-Kanak (CRS) kerana walaupun cagak Isofix dan penambat sebelah atas disediakan, ia sukar untuk dipasang. Selain itu, Neta V turut menerima 0 mata untuk subkategori pengesanan kanak-kanak.
Ketiadaan Ciri Keselamatan Penting

Neta V hanya dilengkapi dengan dua beg udara, manakala ciri peringatan tali pinggang keledar pula hanya tersedia untuk pemandu. Tiada ciri seperti pra-penegang tali pinggang, pengehad beban atau Sistem Bantuan Pemandu Canggih (ADAS) seperti brek kecemasan automatik. Neta V hanya mampu mengumpulkan markah sebanyak 7.14 dalam kategori Bantuan Keselamatan (SA).
Kategori Baharu: Keselamatan Penunggang Motosikal

Dalam kategori ini, Neta V menerima 0 mata kerana ketiadaan teknologi ADAS seperti pengesanan titik buta (BSD) dan perlindungan terhadap penunggang motosikal serta pejalan kaki.
Adakah Neta V Berbaloi Untuk Dibeli?

Sejak ASEAN NCAP diperkenalkan pada tahun 2011, hanya beberapa kenderaan yang mencatat keputusan sifar bintang, kebanyakannya bukan untuk pasaran Malaysia atau merupakan kenderaan komersial. Dengan harga RM100,000, Neta V adalah antara EV paling mampu milik di pasaran, namun keputusan ujian ini mungkin membuat pengguna mempertimbangkan alternatif lain.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


