Omoda C9 Masuk M'sia Disember Ini, Harga Anggaran RM185K

Jaecoo Malaysia bakal melancarkan Omoda C9 ke pasaran tempatan pada Disember ini.
Dengan harga anggaran bermula dari RM185,000, model ini akan dipasang secaran tempatan (CKD) dan akan hadir dalam dua varian: AWD dan 2WD.

Difahamkan harga untuk 2WD adalah sekitar RM185,000 manakala AWD pula (RM195,000).
Bagaimanapun, pelanggan yang menempah model 2WD perlu menunggu memandangkan penghantaran model itu dijadualkan akan dibuat pada pertengahan tahun 2025.
Untuk makluman anda, Omoda C9 merupakan pejuang SUV coupe bersaiz sederhana yang tampil dengan pelbagai ciri mewah serta didatangkan dengan off0-road yang cukup mantap.
Dari segi dimensi, SUV C9 ini berukuran 4,775 mm (panjang), 1,920 mm lebar manakala jarak roda pula 2,800 mm sekali gus menjadikannya ia lebih besar berbanding dengan Chery Tiggo 8 Pro.


Maka, Omoda C9 ini juga tidak seperti Tiggo 8 Pro kerana didatangkan secara eksklusif dalam susun atur dua baris dimana ia menawarkan lima tempat duduk.

Ini bermakna, ia menawarkan ruang kabin yang cukup manakala ruang but juga agak besar iaitu 660 liter namun ruangnya boleh bertambah luas kepada 1,783 liter jika kerusi belakang direbahkan.
Selain ruang yang luas ia juga hadir dengan skrin bersaiz 24.6 inci, lampu ambien berirama dalam kabin, kawalan pendingin tiga zon, tempat duduk hadapan berventilasi, 14 pembesar suara Sony dan banyak lagi.

Mengenai trenkuasanya pula, Omoda C9 didatangkan dengan enjin 2.0 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 261 hp dan tork 400 Nm.
Enjinnya dipadankan dengan transmisi 8-kelajuan dimana kuasanya akan dihantar ke roda depan untuk varian 2WD dan kesemua roda untuk varian AWD.
Malah, jentera ini juga dikatakan hadir dengan beberapa ciri mekanikal premium yang mungkin tidak dijangka untuk harga di bawah RM200,000.

Apapun, jika anda berminat dengan Omoda C9 ini, anda sebenarnya boleh memandu jentera ini di Plaza Arkadia Carpark CP3, Desa Parkcity pada 9-10 November ini bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC4952
SELANGOR
BSQ8024
JOHOR
JYY6253
PULAU PINANG
PSD745
PERAK
APJ2173
PAHANG
CFG7794
KEDAH
KGG5063
NEGERI SEMBILAN
NEK6503
KOTA KINABALU
SJS4148
KUCHING
QAB9856N
Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat