Pandangan Pertama: SUV Elektrik Pertama Suzuki, eVitara!

Nampaknya, pembuat kereta Jepun, Suzuki juga akhirnya menembusi pasaran kenderaan elektrik selepas menayangkan Suzuki eVitara, di Milan, Itali baru-baru ini.
SUV elektrik pertama Suzuki itu sebenarnya adalah versi pengeluaran Suzuki eVX Concept yang pernah ditayangkan sebelum ini.
Dari segi dimensi, Suzuki eVitara mempunyai ukuran 4,275 mm panjang, 1,800 lebar, 1,653 mm tinggi manakala jarak roda pula 2,700 mm.

Suzuki eVitara juga diberikan jarak kelegaan setinggi 180mm.
Ini bermakna, ia boleh melakukan perjalanan di laluan off-road dengan mudah selain hadir dengan pilihan pacuan roda depan (FWD) atau pacuan empat roda 4WD.
Malah, Suzuki e Vitara ditawarkan dalam dua pilihan bateri litium besi-fosfat (LFP) 49 kilowatt-jam (kWj) dan 61 kWj.
Varian eVitara yang disumbat dengan bateri berkapasiti 49kWj menggunakan motor tunggal dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 144 PS (106 kW) dan 189 Nm.


Varian ini juga hanya hadir dengan tetapan FWD. Bagaimanapun, varian yang menggunakan bateri 61kWj , ia boleh menghasilkan kuasa 174 PS (128 kW) .
Model dua motor lebih berkuasa dengan motor depan menghasilkan 128 kW dan 48 kW (65 ps) dari motor belakang atau 135 kW (184 ps) dan 300Nm secara keseluruhan.
Ketika artikel ini ditulis, Suzuki masih belum mendedahkan tahap kelajuan pengecasan EV SUV ini. Sebaliknya, Suzuki cuma berkongsi bahawa eVitara boleh bergerak sejauh 400 KM dan menyokong input DC pada paras 150 kW.


Susulan penampilan sulungnya, Suzuki eVitara bakal menembusi pasaran Eropah, Eropah, India dan Jepun seawal musim panas (Jun-September) tahun depan.
Pengeluaran bakal dimulakan di Suzuki Motor Gujarat di India pada 2025 nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW6479
SELANGOR
BSP7052
JOHOR
JYW1093
PULAU PINANG
PSB9635
PERAK
APH2414
PAHANG
CFG4179
KEDAH
KGF6933
NEGERI SEMBILAN
NEK3225
KOTA KINABALU
SJR7357
KUCHING
QAB7143N
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV
KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).
07-05-2026
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV
Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.
28-04-2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
23-04-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran
Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.
21-04-2026
EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?
Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.
20-04-2026
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?
Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.
17-04-2026
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"
Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.
14-04-2026
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu
ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.
12-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat