Pas MyTourist Dilancarkan, Dari RM20 Untuk Perjalanan Rel & Bas Tanpa Had
Pas MyTourist Dilancarkan, Dari RM20 Untuk Perjalanan Rel & Bas Tanpa Had
Dalam usaha untuk merancakkan aktiviti pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid KL memperkenalkan Pas MyTourist, satu inisiatif yang memberi kemudahan perjalanan tanpa had kepada pelancong.
Sokongan Terhadap Sektor Pelancongan Negara
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, menyatakan harapan agar Pas MyTourist ini mampu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong asing ke negara ini. Menurut beliau, pelancongan merupakan salah satu penyumbang utama pendapatan negara, dan kemudahan seperti Pas MyTourist ini berpotensi menarik lebih ramai pelancong.
"Diharapkan agar inisiatif ini dapat meningkatkan lagi jumlah peningkatan pelancong luar sekali gus menyokong usaha kerajaan dalam mencapai sasaran peningkatan sektor pelancongan yang mampan," katanya ketika melancarkan Pas MyTourist dalam Majlis Festival Rapid KL: Dua Dekad Bersama di ibu negara.
Baca: Tourism, Litar Antarabangsa Petronas Jalin Kerjasama Untuk Perkasa Pelancongan Sukan
Pas MyTourist: Merancakkan Pelancongan Domestik dan Antarabangsa

Inisiatif Pas MyTourist ini dilihat seiring dengan sasaran negara untuk mencapai 26.1 juta pelancong asing menjelang tahun 2026. Pas ini tidak hanya memberi manfaat kepada pelancong asing, malah turut menarik minat pelancong domestik untuk meneroka bandar Kuala Lumpur.
Dengan harga bermula dari RM20 hingga RM60, pelancong boleh menikmati perjalanan tanpa had menggunakan perkhidmatan rel dan bas Rapid KL.
Kelebihan dan Manfaat Tambahan

Selain perjalanan tanpa had, Pas MyTourist turut menawarkan pelbagai kelebihan lain seperti potongan harga di lokasi pelancongan terkenal, restoran, pusat beli-belah dan taman tema pilihan. Antara tempat-tempat menarik yang turut serta dalam inisiatif ini termasuk Petrosains, Menara Berkembar Petronas, Sunway Lagoon dan Menara Kuala Lumpur.
Pas ini memberi peluang kepada pelancong tempatan dan antarabangsa untuk menikmati keindahan destinasi ikonik di Kuala Lumpur seperti Muzium Negara, Bukit Bintang, Dataran Merdeka, dan pelbagai kawasan budaya serta komersial utama di ibu kota.
Sumber: RTM
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta
Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.
05-11-2026
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER
Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.
05-11-2026
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge