- Berita
- Berita Auto
- Penyasaran Subsidi Diesel: Pengecualian Sabah, Sarawak, Bukan Sebab Politik, Tiada Double Standard
Penyasaran Subsidi Diesel: Pengecualian Sabah, Sarawak, Bukan Sebab Politik, Tiada Double Standard

Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung tanpa membabitkan Sabah dan Sarawak bukanlah bermotifkan pertimbangan politik atau 'double standard' (pilih kasih).
Itu kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Ali ketika mengulas mengenai aspek konsistensi dalam penyasaran subsidi yang dibangkitkan Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) termasuk mempersoal mengapa ia tidak dilaksanakan di sabah dan Sarawak.
"Saya telah maklumkan sebelum ini bahawa ia bukan kerana pertimbangan pilihan raya dan jauh sekali bersifat 'double standard'. Kita faham ia satu proses 'reform' (pembaharuan) besar yang perlu dilakukan, maka kita perlu meminimumkan implikasi dengan melaksanakannya secera berperingkat.
“Maka sebab itulah kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan subsidi diesel bersasar di Semenanjung terlebih dahulu dan antara faktor utama kerana jurang perbezaan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang sekian lama agak besar," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.
Bagaimanapun, pertimbangan dalam mengecualikan Sabah dan Sarawak dalam penyasaran subsidi juga mengambil kira penggunaan kereta dan bahan api diesel tinggi yang disebabkan keperluan dan bukannya kehendak disebabkan faktor geografi dan keadaan infra jalan raya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY352
SELANGOR
BSU9632
JOHOR
JH2571J
PULAU PINANG
PSH3441
PERAK
APM8489
PAHANG
CFJ3812
KEDAH
KGJ7704
NEGERI SEMBILAN
NEM5592
KOTA KINABALU
SJV1353
KUCHING
QAB9780P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge