ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Peruntuk RM2.6 Bilion Untuk Naik Taraf Lebuhraya KL-Karak, LPT1

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak akan mula dilaksanakan pada Januari depan. Selain projek pelebaran jalan berkenaan, syarikat konsesi lebuh raya, AFA Prime Bhd akan turut melaksanakan Projek Mitigasi Banjir di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Projek itu dilaksanakan bagi menangani isu kesesakan dan cabaran keselamatan di salah satu lebuh raya paling sibuk di Malaysia.

Difahamkan, AFA memperuntukkan sebanyak RM2.3 bilion untuk kedua-dua projek berkenaan .

image.png

Malah, pelaksanaan projek selama 48 bulan itu merangkumi pelebaran dari tiga lorong dua hala kepada empat lorong dua hala dengan terowong dua lorong baharu dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah.

Projek berkenaan juga membabitkan penambahbaikan dari dua lorong dua hala kepada tiga lorong dua hala dari Genting Sempah ke Plaza Tol Bentong.

Apabila siap sepenuhnya, Lebuhraya KL-Karak dijangka meningkatkan aliran trafik sebanyak 25 peratus atau 1,400 kenderaan sejam bagi setiap laluan.

image.png

Pengerusi AFA Group, Tan Sri Azmil Khalili Khalid, berkata projek pelebaran membabitkan dua seksyen itu dengan jarak keseluruhan 42.3 kilometer (km).

Sementara itu, Projek Mitigasi Banjir di LPT1 membabitkan peruntukan RM200 juta daripada RM2.3 bilion.

"Dengan peruntukan sebanyak RM200 juta, projek terbabit dijangka siap pada Disember 2028. Projek ini memberi tumpuan kepada meminimumkan gangguan dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya," katanya.

Untuk makluman, AFA Prime yang dahulunya dikenali ANIH Bhd adalah pemegang konsesi bagi Lebuhraya KL-Karak dan LPT1.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8021

SELANGOR

BSU931

JOHOR

JE8697J

PULAU PINANG

PSF8859

PERAK

APL7550

PAHANG

CFH8514

KEDAH

KGJ2784

NEGERI SEMBILAN

NEM1147

KOTA KINABALU

SJU3172

KUCHING

QAB6415P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ops Khas LPT 1: Kereta Mewah Disita

Enam kereta mewah disita dalam Ops Khas di LPT 1.

27-01-2026
Berita Auto

Lagi Kemalangan Maut Di LPT 1

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang memandu tanpa lesen maut di LPT 1.

19-08-2025
Berita Auto

LPT 1: Sebanyak 35,551 Kes Kemalangan Direkod Dari 2004 - 2024

Daripada 35,551 kes, sebanyak 730 jumlah kematian dicatatkan.

22-04-2025
Berita Auto

Mat Rempit Suka Hati Tahan Kenderaan, Polis Siasat Kes Lumba Haram Di LPT 1

JPJ tidak akan berkompromi dengan penganjur dan peserta aktiviti lumba haram.

15-04-2025
Berita Auto

Unsur Khianat, Polis Siasat

Polis masih giat mengesan kenderaan yang dikatakan menyebabkan kepingan besi terjatuh.

02-05-2024
Berita Auto

Warga China Ditahan

Gara-gara melintas di lebuh raya, nyawa seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang melayang!

27-04-2024
Berita Auto

Semua Superman Kecundang

Kesemua suspek ditahan di rumah masing-masing.

28-12-2023
Berita Auto

Projek Disegerakan, Peruntuk RM200 Juta

Projek tebatan dilaksanakan di LPT 1.

20-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.