ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Plat MADANI: JPJ,MOT Kena Saman, Diarah Bayar Ganti Rugi RM1.3 Juta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengarah Program Syarikat Ilham Madan Sdn.Bhd  mengemukakan tuntuan ganti rugi bernilai RM1.3 juta kepada kerajaan atas penyalahgunaan dan pelanggaran harta intelek bagi 'Program Nombor Plat Khas Kenderaan Bersiri Madani 1 Sehingga Madani 9999'.

Memetik kenyataan Pengarah syarikat itu, Hasan Azhari Hashim di akhbar Harian Metro, dia mengesahkan bahawa pihaknya sudah mengemukakan surat tuntutan itu (LOD) melalui serahan tangan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui firma guaman Raj & Sach semalam.

Menurut LOD itu, Hasan Azhari adalah pemilik sah karya hak cipta 'Kertas Kerja Mewujudkan Nombor Plat Khas Kenderaan Bersiri Madani 1 Sehingga Madani 9999 Untuk Didaftarkan Di Malaysia' yang didaftarkan secara sah ke dalam Daftar Hak Cipta mengikut Seksyen 26B Akta Hak Cipta 1987.

image.png

Tambah LOD itu, Hasan Azhari menerima surat pada 6 Februari lalu yang memaklumkan cadangan itu sedang diteliti, bagaimanapun ia tidak dapat dipertimbangkan atas alasan ketetapan sedia ada yang tidak lagi membenarkan pengeluaran Nombor Pendaftaran Khas (NPK) kepada pihak syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain entiti selain JPJ.

Sebaliknya,  ahli perniagaan itu mengetahui JPJ mengeluarkan Notis Awam Nombor Pendaftaran Istimewa Siri Madani dengan harga bidaan minimum bermula RM 100.00, pada Oktober lalu

"Oleh itu, perkara ini bercanggah dengan makluman melalui surat bertarikh 31 Oktober dan 6 Februari yang seterusnya mengguna pakai idea Karya Hak Cipta anak guam kami secara tidak sah, yang juga pelanggaran jelas terhadap hak cipta beliau.

"Anak guam kami mendapati ia telah melanggar hak intelek dengan menggunakan, menyalin, mengedar, dan mengubah tanpa kebenaran Karya Hak Cipta itu dengan menjual nombor pendaftaran khas kenderaan 'Madani 1-9999'," kata LOD itu.

Sehubungan itu, ahli perniagaan terbabit menuntut JPJ dan Kementerian Pengangkutan membayar pampasan yang tidak dinyatakan jumlahnya bagi kerugian yang ditanggung akibat pelanggaran karya dan hak cipta itu.

Turut dituntut, ganti rugi RM1.3 juta iaitu separuh daripada hasil penjualan nombor plat khas Madani dalam masa tujuh hari dari tarikh penerimaan LOD berkenaan.

Jika gagal berbuat demikian, beliau mengarahkan peguamnya memulakan tindakan undang-undang untuk menuntut jumlah ganti rugi terbabit.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR2973

SELANGOR

BST9400

JOHOR

JE6579J

PULAU PINANG

PSF7670

PERAK

APL6553

PAHANG

CFH8155

KEDAH

KGJ2329

NEGERI SEMBILAN

NEL9785

KOTA KINABALU

SJU2461

KUCHING

QAB6103P

Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

27-10-2025
Berita Auto

14-02-2025
Berita Auto

05-11-2024
Berita Auto

11-07-2024
Berita Auto

28-05-2024
Berita Auto

14-05-2024
Berita Auto

30-08-2023
Berita Auto

28-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ

Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.

24-09-2026
Berita Auto

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.