ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MOT Cadang Wujudkan Pelan Induk Kereta Api Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Minister-of-Transport-YB-Anthony-Loke-(1).png


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke


Kementerian Pengangkutan kini sedang merancang untuk menghasilkan Pelan Induk Kereta Api Malaysia yang menyeluruh untuk memperkukuh industri pengangkutan rel di negara ini. 


Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pelan induk berkenaan bakal menjadi panduan penting kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan dan pengurusan infrastruktur rel.


Pelan induk ini juga membantu kerajaan dalam perancangan penyediaan bajet yang lebih berkesan untuk meningkatkan rangkaian rel yang sedia ada serta pembangunan projek masa depan.


Anthony-Loke.jpg


Dalam jawapan bertulis yang dikongsikan di laman sesawang Parlimen, Anthony Loke menjelaskan soalan Datuk Seri Amirudin Shari mengenai rancangan pembentukan Jajaran Rel Selangor yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Subang dan Pelabuhan Klang. Projek ini diharap dapat merancakkan semula pembangunan kawasan Pantai Barat Selangor.


Beliau menyatakan bahawa cadangan pembinaan jajaran rel ini telah dibentangkan kepada kementerian pada tahun 2024. Maklum balas konstruktif dari segi penambahbaikan sudah diberikan kepada pihak perunding serta Kerajaan Negeri Selangor.


Selain daripada faktor kos pembangunan yang menjadi cabaran utama, setiap projek infrastruktur rel yang sedang dirancang dan dilaksanakan pada masa ini dikaji secara berasingan oleh pemilik projek. 


Oleh itu, Kementerian Pengangkutan menjemput semua pihak berkepentingan untuk member pandangan dalam proses pembangunan Pelan Induk Kereta Api Malaysia agar projek Jajaran Rel Selangor ini dapat diselaraskan dengan agenda pembangunan rel negara secara menyeluruh.

Sumber: Berita Harian

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR2973

SELANGOR

BST9400

JOHOR

JE6579J

PULAU PINANG

PSF7670

PERAK

APL6553

PAHANG

CFH8155

KEDAH

KGJ2329

NEGERI SEMBILAN

NEL9785

KOTA KINABALU

SJU2461

KUCHING

QAB6103P

Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.

26-05-2026
Berita Auto
VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan

VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan

Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.

25-09-2025
Berita Auto
MOT, JPJ Akan Bincang Aplikasi Jual Beli Motosikal Terpakai

MOT, JPJ Akan Bincang Aplikasi Jual Beli Motosikal Terpakai

Aplikasi itu dapat mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.

21-01-2025
Berita Auto
Plat MADANI: JPJ,MOT Kena Saman, Diarah Bayar Ganti Rugi RM1.3 Juta

Plat MADANI: JPJ,MOT Kena Saman, Diarah Bayar Ganti Rugi RM1.3 Juta

Pengarah syarikat tuntut JPJ, MOT bayar ganti rugi RM1.3 juta.

05-11-2024
EV
BELANJAWAN 2025: Harap Ada Peruntukan Untuk Industri EV

BELANJAWAN 2025: Harap Ada Peruntukan Untuk Industri EV

Kementerian Pengangkutan (MOT) berharap menerima peruntukan untuk pembiayaan latihan kemahiran kenderaan elektrik (EV) bagi menarik minat dan menangani kekurangan tenaga kerja semasa dalam sektor automotif,

18-10-2024
Berita Auto
MyCINTA: Sistem Kesan Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta Dibangunkan MIROS

MyCINTA: Sistem Kesan Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta Dibangunkan MIROS

Kerajaan sedang membangunkan MyCINTA, sistem untuk menangani insiden kanak-kanak tertinggal dalam kereta.

02-07-2024
Berita Auto
Permohonan VEP Melonjak Lebih 20,000, Pembatalan Dalam Talian Dibolehkan

Permohonan VEP Melonjak Lebih 20,000, Pembatalan Dalam Talian Dibolehkan

Penambahbaikan sistem Permit Kemasukan Kenderaan Motor Asing (VEP).

02-07-2024
Berita Auto
"Pemeriksaan Kenderaan Komersial Tidak Boleh Dikurangkan Sewenang-Wenangnya." - MOT

"Pemeriksaan Kenderaan Komersial Tidak Boleh Dikurangkan Sewenang-Wenangnya." - MOT

Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak boleh mengurangkan kekerapan pemeriksaan kenderaan perdagangan dengan sewenang-wenangnya.

22-06-2023

Berita Terkini

Berita Auto
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026
Berita Auto
Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ

Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ

Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.

24-09-2026
Berita Auto
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Berita Auto
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.