ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Umum Pemenang Peraduan, Tak Sia-Sia Beli Kereta Proton

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Begitulah pepatah yang sempurna menggambarkan nasib dua pemenang bertuah peraduan Pandu Uji dan Menang Proton!

Siapa sangka dengan pembelian sebuah Proton Saga Premium pada Julai lalu, Mohamed Affandy Zainal Ariffin dari Teluk Intan, Perak membawa kebahagiaan berganda.

Affandy yang dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama pertandingan Proton Q3 Test Drive & Win, telah membawa pulang satu lagi kereta Proton Saga Standard. 

Bapa kepada seorang anak itu telah membeli keretanya dari Han 333 Otomobil Sdn Bhd di Perak.

image.png

Untuk itu, dia merupakan antara 12,992 peserta pertandingan tersebut, yang memberi peluang kepada pelanggan yang menempah dan mendaftar kereta sepanjang tempoh pertandingan untuk memenangi hadiah utama. 

Affandy menerima hadiah itu daripada  Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah dalam satu acara yang diadakan di ibu pejabat Pusat Kecemerlangan PROTON, pada 5 November lepas.

image.png

Selain Affandy, seorang lagi pemenang dari Sarawak Abdul Taib Ahmad turut membawa pulang PROTON S70 baru selepas memenang kempen Test Drive & Win Big untuk bulan Oktober lalu.

Sebelum itu, Abdul Taib juga telah membeli sebuah Proton Persona dari Ngu’s Motor Service Sdn Bhd bagi melayakkan dia menyertai cabutan bertuah bulanan.

image.png

Kempen itu adalah susulan daripada Kempen PROTON Vaganza Akhir Tahun adalah usaha berterusan dalam kempen pandu uji Proton dari Oktober hingga Disember 2024.

Orang ramai dijemput melawat pusat jualan Proton dan pandu uji mana-mana model.  

Pelanggan akan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM2,500 dan jikalau tempahan dan pendaftaran sebuah kereta Proton baru dilakukan pada bulan tersebut, mereka akan memasuki cabutan bertuah bulanan dan berpeluang untuk memenangi sebuah PROTON S70 baru. 

image.png

Selain itu, pelanggan yang berkongsi posting di media sosial peribadi mengenai pandu uji mereka dan mendapat likes terbanyak pada bulan tersebut akan memenangi hadiah wang tunai tambahan bernilai sehingga RM1,500.

Selain hadiah yang ditawarkan dalam Kempen Ujian Memandu Q4, kempen PROTON Vaganza Tahun Akhir juga menawarkan rebat sehingga RM7,000 untuk model terpilih, termasuk PROTON X50 2024 dan PROTON X70 2025. 

Malah,  beberapa model boleh dibeli dengan pakej nilai tambahan seperti perkhidmatan percuma selama dua tahun, memberikan penjimatan jangka panjang serta ketenangan fikiran kepada pemilik.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRP4017

SELANGOR

BST5462

JOHOR

JD8426J

PULAU PINANG

PSF4203

PERAK

APL3477

PAHANG

CFH6708

KEDAH

KGH9582

NEGERI SEMBILAN

NEL7517

KOTA KINABALU

SJT9633

KUCHING

QAB5356P

Terakhir Kemas Kini 10 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70

Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70

Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.

18-08-2026
Berita Auto
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?

09-07-2026
Berita Auto
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Gaya Hidup
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Berita Auto
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Kereta Baru
SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Adjust Mileage Kereta Terpakai Normal Di Malaysia

Adjust Mileage Kereta Terpakai Normal Di Malaysia

Isu adjust mileage kereta terpakai kembali tular.

09-09-2026
Berita Auto
Berapa Lama Bantuan Lebuhraya Sampai?

Berapa Lama Bantuan Lebuhraya Sampai?

Respons Bantuan Lebuh Raya BESRAYA, NPE & LEKAS Kini Lapan Minit.

09-09-2026
Berita Auto
Ubah Suai Ekstrem RM150k, Honda Civic Type R Disita JPJ

Ubah Suai Ekstrem RM150k, Honda Civic Type R Disita JPJ

JPJ menyita 37 kenderaan termasuk Honda Civic Type R yang diubah suai sehingga RM150,000 dalam Ops Ekstrem di Kuala Lumpur. Operasi akan diperluas ke seluruh negara.

09-09-2026
Berita Auto
Atasi Gangguan Seksual, E-Hailing Khas Wanita Bakal Realiti?

Atasi Gangguan Seksual, E-Hailing Khas Wanita Bakal Realiti?

E-Hailing Khas Wanita: MOT Mahu Pemandu & Penumpang "Puan".

08-09-2026
Berita Auto
Cabutan Bertuah Menang RXZ - Dr Akmal Benarkan Makcik Simpan Motor

Cabutan Bertuah Menang RXZ - Dr Akmal Benarkan Makcik Simpan Motor

RXZ Tular: Dr Akmal Mengalah, Hadiah Tetap Milik Makcik 54 Tahun.

08-09-2026
Berita Auto
Cukai Jalan RM12k Mati, Lamborghini RM1 Juta Antara Disita JPJ

Cukai Jalan RM12k Mati, Lamborghini RM1 Juta Antara Disita JPJ

Ops Luxury JPJ: Lamborghini RM1 Juta Disita Cukai Jalan Mati.

08-09-2026
Berita Auto
Berapa Harga TQ Wuling Bingo?

Berapa Harga TQ Wuling Bingo?

Sempena Hari Malaysia, varian Pro kini bermula RM56,800 manakala varian Max berharga RM63,800.

08-09-2026
Berita Auto
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026

Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026

Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.

08-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.