Sapura Industrial, Mili Tech Tubuh JV Untuk Bekal Produk, Perkhidmatan xEV

Sapura Industrial Bhd (SIB) melalui anak syarikat milik sepenuhnya, SIB Ventures Sdn Bhd memeterai perjanjian induk yang mengikat bersama Mili Tech Sdn Bhd untuk menubuhkan syarikat usaha sama (JV), SIB Mili Sdn Bhd, baru-baru ini.
Perjanjian strategik ini dimeterai bagi memacu matlamat pertumbuhan dan kemampanan kenderaan elekrik di negara ini.
Malah, kerjasama ini dimeterai berdasarkan hasil dari kejayaan kaji selidik yang dilaksanakan selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada 24 April lepas.


Usaha sama itu bertujuan untuk menjadi sebahagian daripada pemain utama dalam pembekalan produk dan perkhidmatan kenderaan elektrik (xEV).
Lagipun, penubuhan SIB Mili adalah untuk memberi tumpuan kepada bidang kritikal yang akan secara langsung menyokong usaha Malaysia untuk memacu penerapan mobiliti mampan.
Ini termasuk perkhidmatan selepas jualan dan penyelenggaraan untuk xEV; pembaharuan, guna semula dan kitar semula (3R) bateri xEV bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar; serta latihan dan pensijilan yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran bakat tempatan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam bidang kepakaran berkaitan xEV.

Sementara itu, Presiden, Perniagaan Industri, Kumpulan SIB, Fazal Othman Mohd Ghazali berkata, pihaknya cukup yakin bahawa kerjasama itu akan memperkukuhkan komitmen mereka terhadap bidang inovasi dan kemampanan.
“Ia akan turut membantu membangunkan ekosistem yang kukuh dan memberangsangkan bagi xEV di Malaysia. Fokus kami dalam usaha kitar semula bateri dan pembangunan bakat merupakan kunci kejayaan jangka panjang dalam perjalanan kami menuju era eletrifikasi.” Katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, hasil kerjasama yang dijalin itu bertepatan pada masanya memandangkan Malaysia sedang berusaha mempertingkatkan ekosistem xEV.
“Lagipun, ia adalah tunjang kepada matlamat kerajaan untuk mencapai pengunaan sejumlah 15% kenderaan elektrik menjelang 2030.
“Dengan memanfaatkan kekuatan gabungan Sapura Industrial Berhad dan Mili Tech Sdn Bhd, SB Mili Sdn Bhd kini siap sedia untuk memberikan sumbangan yang ketara terhadap sektor xEv di Malaysia dan agenda kemampanan yang lebih luas,”tambahnya
Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Mili Tech Sdn Bhd, Mohd Farid bin Abd Manaf, pula berkata, beliau yakin bahawa kerjasama itu akan meningkatkan lanskap xEV di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan inovatif, dan menyokong matlamat kemampanan negara.
Usaha sama ini juga membolehkan kami menyumbang kepada ekonomi kitaran semula, yang akan memastikan bahawa peralihan kepada pengunaan kenderaan elektrik bukan sahaja berjalan secara cekap tetapi juga turut peka dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar,”katanya.
SIB Mili Sdn Bhd akan memulakan operasi di Kajang manakala tiga buah pusat perkhidmatan yang menjadi mercu tanda akan dibuka dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat