Sarawak Bersedia Jadi Pemimpin Tenaga Hijau, Yakin Hidrogen Jadi Bahan Api Utama

Sarawak dilihat sebagai negeri yang telah bersedia untuk memanfaatkan peluang global dalam penggunaan hidrogen sebagai bahan api utama. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yakin bahawa hidrogen adalah sumber tenaga yang akan mengubah landskap tenaga dunia pada masa akan datang.
Beliau berkata, teknologi terkini sedang mengurangkan kos pengeluaran hidrogen, menjadikan bahan api ini lebih berpatutan. “Dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun, hidrogen akan menjadi bahan api utama. Sebab itu kita perlu mempersiapkan diri lebih awal,” katanya.
Teknologi Mikroelektrolisis
-to-detect-paint-flaws-on-the-cars-it-assembles-at-its-facilities-in-the-United-States.-(80)-full_normal.jpg)
Sarawak telah mengesahkan pembelian 38 unit Kenderaan Hidrogen (H2V) Autonomous Rapid Transit (ART).
Abang Johari menekankan kepentingan teknologi mikroelektrolisis, yang mampu menghasilkan hidrogen daripada air. Teknologi ini dijangka menggantikan petrol sebagai bahan api utama dalam industri kenderaan.
“Jika ini (teknologi mikroelektrolisis) berlaku (berjaya), orang ramai tidak lagi pergi ke stesen minyak untuk membeli petrol, sebaliknya membeli air (sebagai sumber hidrogen). Ini akan mengubah keseluruhan industri kenderaan dan pengangkutan awam,” katanya.
Rang Undang-Undang Sumber Asli dan Alam Sekitar
Sarawak kini mempunyai kuasa untuk menguruskan alam sekitar melalui Rang Undang-Undang Sumber Asli dan Alam Sekitar yang diluluskan baru-baru ini. Undang-undang ini memastikan pembangunan negeri memenuhi piawaian kelestarian yang tinggi.
Hutan dan Kelestarian Alam
Abang Johari turut menekankan peranan penting hutan yang dilindungi dalam membantu Sarawak mencapai matlamat menjadi negeri hijau.
Jelasnya, hutan yang dilindungi boleh mengurangkan kesan pertumbuhan industri, yang secara tidak langsung membantu Sarawak mencapai matlamat untuk menjadi negeri yang hijau dan maju.
Baca: Geran Korea Selatan Bantu Sarawak Bangunkan Tenaga Hidrogen
Sumber: TVS
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4167
SELANGOR
BSV2754
JOHOR
JH7325J
PULAU PINANG
PSH5271
PERAK
APN1957
PAHANG
CFJ4584
KEDAH
KGJ9031
NEGERI SEMBILAN
NEM6501
KOTA KINABALU
SJV2872
KUCHING
QAB642Q
Terakhir Kemas Kini 20 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Projek SSLR 2 Bakal Jadi Penghubung Antara Sarawak Dan Sabah Tanpa Perlu Melalui Brunei
Projek SSLR Fasa 2 dijangka siap pada 2029 melibatkan anggaran kos RM7.6 bilion.
12-09-2025
Sarawak Bina Jalan Raya Pertama Guna Sisa Plastik
Penggunaan sisa plastik dikatakan dapat meningkatkan ketahanan jalan raya.
26-08-2025
Tersilap Label Peta Sabah, Sarawak
Proton mohon maaf, label peta Sabah dan Sarawak bertukar tempat.
13-06-2024
Geran Korea Selatan Bantu Sarawak Bangunkan Tenaga Hidrogen
Kerajaan Sarawak telah menerima geran daripada Kementerian Ekonomi dan Kewangan Korea Selatan.
12-06-2024
Sarawak Sasar Jadi Peneraju Ekonomi Hidrogen Asia Tenggara
Ini rancangan yang telah diatur negeri Sarawak untuk menjadi peneraju ekonomi hidrogen di Asia Tenggara.
14-06-2023
Ini Jadual Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom Bagi Januari 2023
Jadual unit pemeriksaan bergerak Puspakom untuk Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak bagi bulan Januari 2023 telah dikeluarkan.
03-01-2023
Sarawak Bakal Buka Kilang Pemasangan Kereta Hidrogen, Kenapa Bukan Kilang Kereta Bateri?
Kilang pemasangan kereta hidrogen akan dibina di negeri Sarawak.
28-07-2022
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

