ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Tesla Jalin Kerjasama Dengan 45 Pembekal Tempatan – Cerminkan Keyakinan Terhadap Pasaran EV Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tesla-MITI-(1).png


Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memaklumkan bahawa Tesla kini bekerjasama dengan kira-kira 45 pembekal tempatan di Malaysia. Kerjasama ini merangkumi penyediaan komponen semikonduktor, sistem pemeriksaan jentera dan automasi kilang, yang dipercayai untuk menyokong rangkaian pusat servis dan stesen pengecasan Tesla.


Perbincangan dengan MITI dan MIDA


456275004_1079981550368083_8340238638378348023_n-full_normal.jpg


Walaupun terdapat laporan bahawa Tesla membatalkan rancangan untuk membuka kilang di ASEAN termasuk Malaysia, syarikat EV gergasi dari Amerika Syarikat ini sedang berunding dengan MITI dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Usaha ini bertujuan memperkukuh penglibatan Tesla dalam rantaian bekalan pembuatan tempatan.


MITI turut menjelaskan bahawa kehadiran Tesla di negara ini mencerminkan keyakinannya terhadap pasaran EV Malaysia di samping dasar kerajaan yang proaktif dalam sektor ini.


Komitmen Tesla di Bawah Inisiatif BEV Global Leaders


Tesla-MITI-(8).jpg


Tesla mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2023 di bawah inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri (BEV). Inisiatif ini bertujuan menarik pengeluar EV terkemuka untuk melabur di Malaysia.


Sebagai sebahagian daripada komitmen program ini, Tesla bersetuju:

- Menyediakan sekurang-kurangnya 50 pengecas DC berkuasa tinggi (180kW ke atas), dengan 30% daripadanya (15 unit) boleh digunakan oleh jenama lain.

- Berkolaborasi dengan sekurang-kurangnya 10 syarikat tempatan untuk membangunkan rangkaian pengecasan.


Sehingga kini, Tesla telah menyediakan sejumlah 12 stesen Supercharger (DC) yang terdiri daripada 56 pengecas, memasang 72 Destination Charger (AC) di 14 lokasi strategik dan membuka pusat servis di Cyberjaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru untuk memberikan sokongan kepada pelanggan serta bagi tujuan penyelenggaraan kenderaan.


Baca: Tesla Malaysia Tawar Insentif RM10K Untuk Pemilik ICE Beralih Kepada EV


Sokongan Industri Automotif Tempatan


Tesla-MITI-(2).jpg


MITI menekankan bahawa Tesla memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan tempatan dan memajukan industri automotif Malaysia. Kerajaan terus komited menarik pelaburan baharu untuk memperkukuh ekosistem EV, mempromosikan penghasilan komponen tempatan dan memacu pertumbuhan mampan dalam sektor ini.

Sumber: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ1030

SELANGOR

BST6848

JOHOR

JE2469J

PULAU PINANG

PSF5412

PERAK

APL4621

PAHANG

CFH7304

KEDAH

KGJ1094

NEGERI SEMBILAN

NEL8362

KOTA KINABALU

SJU1209

KUCHING

QAB5610P

Terakhir Kemas Kini 16 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

28-07-2026
EV

10-07-2026
EV

01-07-2026
Berita Auto

16-02-2026
Kereta Baru
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.