- Berita
- Berita Auto
- Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai 1 Julai 2025, Jangan Risau Sebab PNGV Sediakan Bantuan
Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai 1 Julai 2025, Jangan Risau Sebab PNGV Sediakan Bantuan

Jangan risau walaupun kerajaan sudah mengeluarkan pengumuman mengenai tiada lagi kenderaan motor yang dikuasakan dengan bahan api tabung gas asli (NGV) mulai 1 Julai 2025.
Ini kerana bagi membantu peralihan pemilik kenderaan NGV kepada bahan api lain, pihak PETRONAS NGV Sdn Bhd (PNGV) telah mengambil inisiatif untuk menyediakan Program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV untuk kumpulan sasar yang terjejas.
Program berkenaan disediakan untuk kumpulan sasar seperti pemandu kenderaan teksi NGV, para pemilik kenderaan bahan api tunggal dan juga dwi bahan api NGV.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pakej bantuan peralihan kepada pemandu teksi NGV yang layak akan diberikan dalam bentuk e-baucar sebanyak RM3,000 melalui aplikasi Setel secara one-off.
Syarat kelayakan adalah pemandu teksi NGV mempunyai Kad Pemandu dan Permit Kenderaan yang sah dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan aktif untuk tempoh mulai 1 Januari 2024 sehingga 30 September 2024.
“Namun, bagi mengelakkan perkara ini diambil kesempatan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, individu yang mendaftar sebagai pemandu teksi NGV selepas 30 September2024 tidak akan layak untuk menerima pakej ini.
“Pemohon yang berjaya akan mendapat pakej bantuan secara one-off ini dalam tempoh 15 ke 30 hari bekerja,” ujarnya.


Selain itu, turut disediakan pakej menanggalkan kit NGV terutamanya tangki daripada kenderaan yang telah diubah suai (dwi-bahan api), termasuk teksi NGV.
Difahamkan, semua kos akan ditanggung sepenuhnya dan hanya boleh dilaksanakan di bengkel yang berdaftar sahaja.
“Syarat kelayakan utama adalah kenderaan jenis dwi-bahan api yang didaftarkan dengan JPJ dan aktif untuk tempoh mulai 1 Oktober 2021 sehingga 30 September 2024,” katanya.

Selain itu, terdapat juga pakej bantuan peralihan bagi kenderaan bahan api tunggal NGV.
Pakej ini menawarkan pembayaran secara one-off kepada pemilik kenderaan yang layak, berdasarkan nilai semasa kenderaan yang akan ditentukan oleh wakil penilai bebas.
Syarat kelayakan utama adalah kenderaan jenis bahan tunggal NGV yang didaftarkan dengan JPJ dan aktif untuk tempoh mulai 1 Oktober 2021 sehingga 30 September 2024,.
Sehubungan itu, permohonan bagi menyemak kelayakan dan mendapatkan pakej peralihan akan dibuka mulai tarikh pengumuman ini. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui laman web www.peralihanngv.com.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7941
SELANGOR
BSU9400
JOHOR
JH1945J
PULAU PINANG
PSH3144
PERAK
APM8047
PAHANG
CFJ3722
KEDAH
KGJ7529
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1135
KUCHING
QAB9670P
Terakhir Kemas Kini 08 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
6 Kemalangan Babitkan Kenderaan NGV Dalam 16 Tahun
Gara-gara isu keselamatan, kerajaan terpaksa mengharamkan kenderaan dan bekalan gas asli mampat (NGV) mulai 1 Julai 2025.
04-11-2024
Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai Tahun Depan Tapi Ada Sebabnya
Langkah itu diambil selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.
04-11-2024
Penggantungan Bas Aeroline: Bukti Polisi Pengangkutan Awam Malaysia 'Sudah Lapuk'?
Keputusan menggantung operasi bas ekspres premium, Aeroline, mendedahkan kelemahan mendalam dalam dasar pengangkutan awam Malaysia.
06-11-2025
APAD Gantung Lesen Aeroline – Berulang Kali Langgar Arahan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah menggantung operasi syarikat bas ekspres, Zulco Sdn. Bhd. yang beroperasi di bawah jenama Aeroline, selama 30 hari bermula 6 November sehingga 5 Disember 2025.
03-11-2025
Aerotrain Kerap Rosak, SPRM Akan Siasat Projek Aerotrain
Gara-gara perkhidmatan Aerotrain kerap rosak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan projek Aerotrain.
29-10-2025
Aerotrain Rosak Lagi, MOT Arah APAD Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB
MOT sudah mengarahkan APAD membuka kertas siasatan terhadap MAHB susulan insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
28-10-2025
Punca Aerotrain Terjejas Disiasat, MAHB Bekerjasama Dengan Pelbagai Pihak
MAHB bekerjasama dengan MOT dan APAD bagi menyemak punca gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.
22-10-2025
ETS Segamat-JB Sentral Belum Siap Lagi
ETS dari Segamat ke JB Sentral tidak dapat disiapkan lagi memandangkan kerja-kerja elektrifikasi dan isyarat masih belum belum lengkap.
04-08-2025
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge