- Berita
- Kereta Baru
- Edisi Terhad; Aston Martin Valour Cuma Ada 110 Di Seluruh Dunia, M'sia Dapat 2 Unit
Edisi Terhad; Aston Martin Valour Cuma Ada 110 Di Seluruh Dunia, M'sia Dapat 2 Unit

Aston Martin Kuala Lumpur (AMKL) telah membawa masuk dua unit model Istimewa, Aston Martin Valour, untuk pasaran Malaysia.
Apa yang cukup menarik ialah model ini cuma ada 110 unit di seluruh dunia.

Dua Valour yang dibawa Malaysia itu berwarna Tayos Turquoise dan Buckinghamshire Green. Kedua-dua warna itu dilihat cukup unik.


Aston Martin Valour sebenarnya sudah pun didedahkan secara global pada Julai 2023,
Valour adalah kereta yang cukup istimewa kerana ia dibangunkan demi menghormati tradisi lama Aston Martin dalam menghasilkan kereta sports berprestasi tinggi dan terhebat di dunia.
Valour diakui kereta yang cukup bertenaga kerana dikuasakan dengan enjin 5.2 liter pengecas turbo berkembar V12 serta dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.
Maka, tidak hairanlah mengapa ia mampu menghamburkan kuasa setakat 715 PS dan 753 Nm.
Sebagai kereta sport yang sejati, kotak gear manual enam kelajuan dikatakan banyak membantu dalam melakukan penghantaran kuasa ke roda belakangnya (RWD).


Untuk merasai pemanduan analog yang maksimum, Valour juga dilengkapi dengan pembezaan gelinciran mekanikal yang menawarkan sistem kawalan kestabilan kereta.
Menjengah reka bentuknya, pereka Aston Martin dilihat berjaya menggabungkan bahasa reka bentuk kontemporari jenama itu ke dalam model AM gaya badan GT yang panjang.
Hasilnya, Valour kelihatan seakan-akan sama dengan Aston Martin V8 Vantage GT yang ikonik.


Dari segi kemasan estetik, beberapa elemen reka bentuk yang dipaparkan pada Valour digunakan untuk memaksimumkan prestasinya, termasuk saluran udara pada hud hadapannya yang memanjang, dan terdapat tiga ekzos yang diperbuat daripada keluli tahan karat ringan yang beratnya 7 kilogram lebih ringan berbanding yang biasa.
Selain itu, ia juga menggunakan tayar ' Michelin Pilot Sport S 5 dengan rim bersaiz 21-inci.
Melihat bahagian kabinnya, ia menawarkan kemasan premium dan upholsteri mewah selain hadir dengan susun atur dua tempat duduk.


Pelanggan dikatakan boleh mengubahsuai kenderaan itu mengikut citarasa sendiri.
Untuk itu, pelanggan boleh memilih tempat duduk gentian karbon ringan Valour, yang merupakan penghormatan kepada pelumba Aston Martin yang memenangi Le Mans pada tahun 1959.


Selain tempat duduk, pelanggan juga boleh memilih spesifikasi unik untuk beberapa bahagian dalaman yang lain, termasuk pemuka hadapan, konsol tengah, tombol gear dan banyak lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4238
SELANGOR
BST7549
JOHOR
JE3918J
PULAU PINANG
PSF6029
PERAK
APL5208
PAHANG
CFH7543
KEDAH
KGJ1430
NEGERI SEMBILAN
NEL8759
KOTA KINABALU
SJU1567
KUCHING
QAB5763P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat