EPMB Pasang GWM Haval Jolion HEV, WEY 80 PHEV Di Melaka

Selain meraikan peencapaian pengeluaran yang ke-1,000, Syarikat EP Manufacturing Berhad (EPMB) juga mengesahkan bahawa pihaknya merancang untuk memasang secara tempatan beberapa model di kilangnya yang terletak di Pegoh, Melaka.

Antara model yang akan dipasang ialah Haval Jolion dan MPV WEY 80 PHEV.


Menurut kenyataan rasmi EPMB, Haval Jolion HEV akan menjadi model pertama dipasang secara tempatan.
Pemasangan SUV segmen B tersebut akan bermula pada April 2025. Ia kemudian akan diikuti dengan MPV Wey 80 PHEV dimana pemasangannya akan bermula pada hujung tahun 2025.
Bagi yang tidak tahu, Haval Jolion HEV yang berkuasa hibrid ini sudah pun dipertonton pada Pameran Auto Malaysia 2023 (MAS 2023).

SUV ini dikatakan mampu bersaing dengan Honda HR-V e:HEV RS.
Malangnya, selepas itu, tiada sebarang berita mengenai Jolion HEV disiarkan , walaupun SUV itu sudah pun membuat penampilan umum di beberapa acara GWM Malaysia.

Haval Jolion disumbat dengan enjin 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder yang digabungkan dengan motor elektrik berkadar 156 PS dan 250 NM serta transmisi dedicated hybrid transmission (DHT) 2-kelajuan.
Jadi jumlah keseluruhannya yang mampu dihasilkan ialah setakat 190 PS dan tork 375 Nm.
Ini bermakna Jolion menghasilkan kuasa yang sedikit rendah bebanding dengan H6 Hybrid dimana H6 mampu menghamburkan kuasa setakat 243 PS dan 530 Nm.

WEY 80
Beralih kepada Wey 80, MPV PHEV ini merupakan salah satu daripada dua model yang dipamerkan oleh GWM Malaysia di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2024) baru-baru ini.
Dari segi spesifikasi trenkuasa, Wey 80 dilengkapi dengan teknologi hibrid plug-in Hi4.
Ia yang disumbat dengan enjin turbo 1.5 liter inline-4 (156 PS) dan dua motor elektrik.
Motor elektrik di hadapan mampu menghasilkan kuasa setakat 177 PS manakala motor elektrik di belakang pula (183 PS).


Gabungan kuasa keseluruhannya menghasilkan 487 PS dan tork 782 Nm.
MPV ini yang dilengkapi dengan bateri berkapasiti 37.96 kWj didakwa mampu bergerak sejauh 140 km.
Apa yang cukup menarik mengenai kenyataan EPMB mengenai rancangannya itu ialah syarikat berkenaan menyatakan bahawa Wey 80 yang dipasang secara tempatan akan ditawarkan untuk pasaran ASEAN nanti.


Ini bermakna model wey 80 CKD akan dieksport ke negara-negara ASEAN yang lain dan ia bukannya hanya untuk pasaran tempatan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik
GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.
31-07-2026
KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri
Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!
08-06-2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
