Mazda MX-5 Versi Perlumbaan, Spirit Racing, Bakal Dipertontonkan Di Tokyo Auto Salon 2025

Jenama automotif dari Hiroshima, Jepun, Mazda, telah mengumumkan kemunculannya dalam Tokyo Auto Salon 2025 (TAS 2025) dengan memperkenalkan model baharu daripada sub-jenama model berprestasi tinggi, Mazda Spirit Racing. Model yang dibangunkan berasaskan Mazda MX-5 (Miata) bakal menjadi tumpuan utama di acara tersebut.
Baca: Transformasi Mazda MX-5 Kepada Kereta Klasik, Mitsuoka Himiko
Dikenali sebagai Mazda Spirit Racing Special Model, model ini diberikan pelbagai peningkatan kosmetik dan elemen bertemakan sukan permotoran. Antara perubahan yang diberikan adalah termasuk gril depan baharu, logo Spirit Racing, rim aloi enam jejari berwarna hitam dengan kaliper merah, lip spoiler, skirt sisi yang diberikan rekaan semula, serta decal perlumbaan yang eksklusif.
Namun, Mazda tidak mendedahkan sekiranya model ini menerima sebarang peningkatan mekanikal. Bagaimanapun, Mazda berkemungkinan besar akan memperkenalkan sistem brek yang lebih mantap atau talaan suspensi khas untuk prestasi yang lebih baik.
Mazda Spirit Racing Sambungan Legasi Mazdaspeed

Untuk pengetahuan pembaca, Spirit Racing merupakan kesinambungan bahagian sukan permotoran Mazda sebelum ini yang dikenali sebagai Mazdaspeed. Selain menjadi cabang pembangunan model berprestasi tinggi, Mazda Spirit Racing juga mewakili jenama ini dalam siri perlumbaan Super Taikyu di Jepun sejak tahun 2021.
Model Konsep Baharu Di TAS 2025


Selain Mazda Spirit Racing Special Model, Mazda turut akan mempertontonkan dua kereta sport konsep terbarunya di TAS 2025 iaitu Mazda3 Bio Concept yang dibangunkan berasaskan Mazda3 Liftback dan juga Roadster CNF Concept, yang berasaskan MX-5. Kedua-dua model konsep ini telah membuat penampilan pertama dalam pusingan terakhir Siri Super Taikyu tahun ini di Fuji Speedway, Jepun.

Turut melengkapkan barisan model Mazda di TAS 2025 adalah CX-5 versi khas yang diinspirasikan daripada rallycross. Model ini dibangunkan bersama Toyo Tires dan dilengkapi dengan kit pengangkat, tayar lasak untuk semua jenis permukaan atau all-terrain, serta pelekat atau livery biru eksklusif Toyo Tires.
Baca: Mazda CX-5 MazdaSports Limited Edition Kini Di Malaysia – Sentuhan Sporty Untuk Semua Varian CX-5
Tokyo Auto Salon 2025
Tokyo Auto Salon 2025 dijadualkan akan berlangsung pada 10 hingga 12 Januari 2025 ini di Makuhari Messe, Chiba, Jepun. Dijangka lebih banyak maklumat mengenai Mazda Spirit Racing Special Model, termasuk spesifikasi aspek mekanikalnya dijangka akan didedahkan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5340
SELANGOR
BSU3556
JOHOR
JF5411J
PULAU PINANG
PSG3408
PERAK
APM1667
PAHANG
CFJ246
KEDAH
KGJ4232
NEGERI SEMBILAN
NEM2475
KOTA KINABALU
SJU5042
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?
Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.
27-02-2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge