ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

PRO-NET, EV Connection Jalin Kerjasama, Pasang Pengecas EV Di 100 Kondominium Secara Percuma

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PRO-NET, Proton New Energy Technology dan EV Connection (EVC) dan JomCharge, melancarkan program baharu, “PRONET-EVC Condominium EV Charging Infrastructure Programme”.

Menerusi program ini, EVC akan memperuntukkan dana untuk pemasangan pengecas EV di 100 kondominium yang pada masa ini tidak mempunyai kemudahan pengecasan EV. 

Selain itu, kedua-dua syarikat juga akan bekerjasama untuk memastikan kadar pengecasan yang kompetitif di sekitar 70 kondominium yang telah menjadi sebahagian daripada rangkaian JomCharge.

Program ini sebenarnya  menyokong matlamat kerajaan untuk mencapai 10,000 titik pengecasan menjelang 2025, sejajar dengan usaha memperkukuhkan infrastruktur EV di Malaysia.

image.pngimage.png

Untuk itu, bagi kondominium yang tidak mempunyai kemudahan pengecasan EV, mereka boleh menghantar minat untuk memasang pengecas EV percuma ini melalui laman web EVC. 

Permohonan tersebut akan disemak oleh EVC dan PRO-NET. 

Pemohon yang berjaya layak menerima pakej percuma yang merangkumi pengecas EV, kerja infrastruktur yang diperlukan untuk pemasangan pengecas, kos penysuaian, sistem pengurusan pengecas, dan integrasi ke dalam rangkaian JomCharge. 

image.png

Malah, kondominium tersebut juga layak berkongsi keuntungan/hasil melalui program ini. Kadar pengecasan ditetapkan pada harga yang sangat kompetitif iaitu RM0.70/kWh untuk kondominium ini.

smart-1.png

Lebih menarik, pengguna Proton e.MAS 7 akan menikmati diskaun tambahan 10% daripada kadar pengecasan semasa bermula Januari 2025. 

Ini bermakna kadar yang sangat kompetitif iaitu RM0.63/kWh – hampir sama dengan kadar tarif kediaman TNB untuk pemilik hartanah berstrata. 

image.png

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pihaknya berbangga  kerana dapat bekerjasama dengan EVC dalam memperkenalkan lebih banyak poin pengecasan ke dalam rangkaian pengecasan aplikasi Proton e.MAS dan Hello smart.

“Dengan menyediakan kemudahan pengecasan yang mudah untuk pelanggan kami yang tinggal di kondominium, kami percaya ini

bukan sahaja akan menambah kebaikan, tetapi juga dapat mengatasi sebarang halangan yang mungkin ada bagi mereka untuk memiliki EV,” katanya. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2340

SELANGOR

BSU8095

JOHOR

JG8672J

PULAU PINANG

PSH2014

PERAK

APM7058

PAHANG

CFJ3302

KEDAH

KGJ6952

NEGERI SEMBILAN

NEM4978

KOTA KINABALU

SJU9742

KUCHING

QAB9427P

Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

02-03-2026
Kereta Baru

04-02-2026
EV

04-02-2026
Kereta Baru

13-01-2026
Berita Auto

24-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Berita Auto

03-12-2025

Berita Terkini

EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.