ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SUV Mazda CX-60 & CX-80 Dipertontonkan Di KLIMS 2024 – Elegan, Sarat Teknologi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

469199036_1047860144024086_5784457673591194868_n.jpg


Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 telah membuka tirainya secara rasmi. semalam. Sempena acara ini, pelbagai model baharu dipertontonkan oleh jenama-jenama automotif Malaysia, termasuklah Bermaz Auto (BAuto) yang telah mempamerkan SUV tiga baris tempat duduk Mazda CX-80 dan juga SUV lebih kecil dengan konfigurasi lima tempat duduk, CX-60.


Mazda CX-60: Rekaan Kompak dan Prestasi Tinggi


CariCarz_SN_Mazda-CX-60_KLIMS-2024-27.jpgCariCarz_SN_Mazda-CX-60_KLIMS-2024-25.jpg

CariCarz_SN_Mazda-CX-60_KLIMS-2024-28.jpgCariCarz_SN_Mazda-CX-60_KLIMS-2024-24.jpg


SUV bersaiz sederhana yang sudah pun dilancarkan di beberapa pasaran ASEAN seperti Filipina, Singapura dan Indonesia ini ditawarkan dalam pelbagai pilihan trenkuasa, berbeza mengikut pasaran, termasuk yang terbaru, versi plug-in hybrid (PHEV) dengan enjin petrol 2.5 liter yang menyalurkan kuasa maksimum sebanyak 323 hp dan tork 500 Nm.


Selain itu, CX-60 juga hadir dengan pilihan enjin petrol dan diesel 3.3 liter turbo bersama sistem hibrid ringan (MHEV) 48 volt. Turut ditawarkan ialah versi enjin pembakaran dalaman (ICE) yang dikuasakan oleh enjin Skyactiv-G 2.5 liter, sama seperti model CX-5 dan CX-8.


Dari segi dimensi, CX-60 berukuran 4,745 mm panjang, 1,890 mm lebar, 1,685 mm tinggi dan jarak roda 2,870 mm, menjadikannya pesaing kepada BMW X3 dan Mercedes-Benz GLC.


Dibangunkan berlandaskan konsep "Noble Toughness," CX-60 menggabungkan reka bentuk yang bergaya dan dinamik dengan fungsi praktikal melambangkan evolusi falsafah reka bentuk Kodo yang digunakan pada pelbagai model SUV Mazda yang lain.


Antara ciri yang menyerlah ialah gril besar yang mendominasi sudut depan, membuatkannya kelihatan gagah, di sini juga terdapa lampu LED yang dilengkapi lampu DRL berbentuk L yang unik. Dari tepi, model ini kelihatan tegap dengan fender yang lebar. Bergerak ke bahagian belakang, terdapat lampu LED halus yang menyerlahkan gaya moden SUV, manakala pada sudut bawah terdapat empat corong ekzos kembar yang membuatkannya kelihatan lebih sporty. 


CariCarz_SN_Mazda-CX-60_KLIMS-2024-18.jpg

CariCarz_SN_Mazda-CX-60_KLIMS-2024-03.jpgCariCarz_SN_Mazda-CX-60_KLIMS-2024-14.jpgCariCarz_SN_Mazda-CX-60_KLIMS-2024-09.jpgCariCarz_SN_Mazda-CX-60_KLIMS-2024-06.jpg


Di bahagian dalam, konsep rekaan eksklusif Mazda, Jinba-Ittai diketengahkan, di mana reka bentuk dalaman memberi keutamaan kepada pemandu untuk mencapai keserasian antara penunggang (pemandu) dan kuda (kereta). Sebagai sebuah model eksklusif, CX-60 diberikan pelbagai sentuhan premium seperti penggunaan material kayu asli, kulit dan tekstil tenunan halus. 


Mazda CX-60 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih seperti skrin instrumen 12.3 inci, kluster instrumen digital 12.3 inci dengan papar pandu (HUD), bumbung suria panoramik dan banyak lagi. 


Mazda CX-80: SUV Tiga Baris Premium


CariCarz_SN_Mazda-CX-80_KLIMS-2024-47.jpg


Mazda CX-80 pula adalah model tiga baris yang baru sahaja membuat kemunculan rasmi di peringkat global pada April tahun ini. Kehadiran model ini di KLIMS 2024 merupakan kehadirannya yang pertama di rantau ASEAN.


Dengan dimensi 4,995 mm panjang, 1,890 mm lebar, 1,710 mm tinggi dan jarak roda 3,120 mm, CX-80 bukan sahaja lebih besar daripada CX-60 tetapi juga SUV tiga baris premium lain seperti Mercedes-Benz GLE dan Volvo XC90.


CariCarz_SN_Mazda-CX-80_KLIMS-2024-37.jpg

CariCarz_SN_Mazda-CX-80_KLIMS-2024-36.jpgCariCarz_SN_Mazda-CX-80_KLIMS-2024-35.jpg


Dibina berdasarkan konsep reka bentuk “Graceful Toughness”, Mazda CX-80 menampilkan reka bentuk yang hampir sama dengan CX-60, termasuk lampu depan LED dengan DRL berbentuk L dan lampu belakang LED yang halus. Namun, CX-80 memiliki bentuk badan dan bumbung yang lebih panjang, membuatkannya kelihatan lebih elegan.


CariCarz_SN_Mazda-CX-80_KLIMS-2024-30.jpg

CariCarz_SN_Mazda-CX-80_KLIMS-2024-32.jpgCariCarz_SN_Mazda-CX-80_KLIMS-2024-10.jpg



Dengan jarak roda lebih panjang, CX-80 menawarkan ruang kabin yang luas dan selesa. Ditawarkan dalam dua pilihan konfigurasi tempat duduk iaitu enam dan tujuh tempat duduk, versi dengan enam tempat duduk menampilkan kerusi gaya kapten untuk keselesaan maksimum di barisan kedua, manakala versi tujuh tempat duduk pula sesuai untuk keluarga besar. 


CariCarz_SN_Mazda-CX-80_KLIMS-2024-15.jpgCariCarz_SN_Mazda-CX-80_KLIMS-2024-22.jpg


Rekaan dan kelengkapan CX-80 hampir serupa dengan CX-60, termasuk papan pemuka dengan skrin infotainmen 12.3 inci dan kluster instrumen digital.


Berbeza dengan CX-60, hanya dua pilihan trenkuasa ditawarkan untuk CX-80 iaitu PHEV Skyactiv-G 2.5 liter dan MHEV 3.3 liter enam silinder sebaris turbo. 


Pelancaran Rasmi


IMG_4837.JPG


Berita sedih untuk peminat Mazda, kedua-dua model ini bagaimanapun hadir di negara kita hanya untuk sesi pratonton buat masa ini.


Namun, mungkin ada sinar untuk CX-60 menembusi pasaran kita, ekoran ‘tiupan’ khabar angin yang mengatakan bahawa model ini merupakan salah satu daripada produk penting dalam rancangan pengembangan produk BAuto. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQK9343

SELANGOR

BSM3020

JOHOR

JYQ9681

PULAU PINANG

PRY4136

PERAK

APE9420

PAHANG

CFF1659

KEDAH

KGE2315

NEGERI SEMBILAN

NEJ4573

KOTA KINABALU

SJQ1732

KUCHING

QAB1960N

Terakhir Kemas Kini 03 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

+0.02

RON 97

RM 3.10

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.04

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.04

Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

10-12-2024
EV

10-12-2024
Kereta Baru

05-12-2024
Kereta Baru

05-12-2024
Kereta Baru

05-12-2024
Kereta Baru

04-12-2024
EV

04-12-2024
Kereta Baru

04-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Raba Penumpang, Lesen Pemandu Grab Dibatalkan

Loke telah mengarahkan JPJ membatalkan lesen pemandu Grab terbabit.

03-02-2026
Berita Auto

Mitsubishi Xforce Dipasang Di Pekan, 800 Unit Dijangka Dihantar Pada April Ini

Pengeluaran Mitsubishi Xforce sudah pun dijalankan secara besar-besaran di kilang pemasangannya yang terletak di Pekan, Pahang.

03-02-2026
Berita Auto

Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial

Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

03-02-2026
Berita Auto

Tahniah, Petronas Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil

PETRONAS telah membuka lebih 60 stesen minyak berjenama PETRONAS di Brazil, sekali gus terus mengukuhkan jenama Malaysia di persada antarabangsa.

03-02-2026
Berita Auto

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto

Sasaran Tahun Ini: Proton Hasrat Jual 200,000 Unit Kenderaan

Proton meletakkan sasaran jualan sebanyak 200,000 unit pada tahun ini.

02-02-2026
Berita Auto

China 'Gila Kuasa'! Lebih 20 Juta Pengecas EV Disediakan, Sasar 28 Juta Lagi

Kelajuan China dalam membina infrastruktur kenderaan elektrik (EV) sukar dicabar oleh mana-mana pasaran dunia.

02-02-2026
Berita Auto

Durian Runtuh: Neta V Semurah RM39,999

Neta V kini dijual pada harga RM39,999.

02-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.