Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.
Toyota Camry 2.5V disumbat dengan enjin Dynamic Force 2.5 liter 4-silinder aspirasi semulajadi Dynamic Force yang mampu menghasilkan kuasa 201 hp dan 246 Nm.


Enjinnya yang dipadankan dengan kotak gear automatik Direct Shift lapan kelajuan digunakan untuk membantu memacu roda hadapan (FWD).
Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 8.9 saat manakala kelajuan maksimum adalah 210 km/j.

Malah, Camry ini juga didatangkan dengan tangki bahan api yang lebih besar iaitu 60 liter, manakala kadar penggunaan bahan api juga agak tinggi iaitu 6.6 liter untuk setiap 100 kilometer.
Menjengah luarannya, Toyota Camry, ia didatangkan dengan rim aloi bersaiz 18 inci, lampu hadapan jenis LED, lampu belakang LED dan pengelap cermin dengan penderia hujan.


Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan skrin instrumen digital 12.3-inci, paparan head-up, sistem infotainmen dengan skrin 12.3-inci sokongan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto guna wayar, sistem bunyai JBL, 9 pembesar suara, dan banyak lagi,
Bagaimanapun, ia tidak diberikan dengan bumbung suria panaromik, antena sirip yu yang diintegrasikan pada cermin belakang, sistem penghawa dingin tiga-zon (hanya dua-zon) dan fungsi rebah kebelakang larasan kuasa pada tempat duduk belakang bersama suis khas.

Bagi yang berminat, Toyota Camry 2.5V ini ditawarkan dalam warna Emotional Red 2, Platinum White Pearl Mica, Previous Metal, Attitude Black Mica, Cement Grey Metallic dan Dark Blue Mica.
Berdasarkan laman web rasmi, UMW Toyota, Toyota Camry 2.5V 2025 ini dijual pada harga atas jalan RM221,800, atau RM27,000 lebih murah berbanding Camry Hybrid.
Apa pula pandangan anda?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC3814
SELANGOR
BSQ7640
JOHOR
JYY5348
PULAU PINANG
PSD172
PERAK
APJ1903
PAHANG
CFG7642
KEDAH
KGG4907
NEGERI SEMBILAN
NEK6426
KOTA KINABALU
SJS3922
KUCHING
QAB9803N
Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Toyota Naik 27 Peratus
UMW Toyota mengedarkan 6,366 Toyota dan 66 unit Lexus kepada pelanggannya pada bulan lalu.
09-03-2022
Berita Terkini
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
SAH: LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Beroperasi
Penantian Berakhir: LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Akhir Bulan Ini.
17-06-2026
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.
16-06-2026
Chery Malaysia Luas Rangkaian Ke Kulai Bersama Autohub Mobility, Buka Pusat 3S Di Kulai
Chery Buka Pusat 3S Konsep Gen 4.0 Di Selatan.
16-06-2026
Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya
Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.
16-06-2026
Kadar Tambang ECRL Tular Cuma Spekulasi, Harga Rasmi Belum Diumum – MRL
Jangan Percaya 'Kadar Tambang ECRL' Tular, MRL Sahkan Belum Ada Keputusan Rasmi.
16-06-2026
Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari
Fenomena BYD ATTO 3 (2026): 10 Hari, 1,000 Tempahan.
15-06-2026
Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"
Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah
15-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat