Toyota Camry Generasi Ke-9 Hadir Dalam Edisi Khas 'Glorious Edition' Di China – Lebih Canggih & Mewah

Keterujaan masih terasa sejak ketibaan Toyota Camry generasi kesembilan di acara automotif KLIMS 2024 pada awal bulan ini. Tidak lama kemudian, UMW Toyota Motor (UMWT) turut memperkenalkan varian bukan hibrid secara ‘senyap’ di pasaran tempatan.
Walaupun kehangatan pelancarannya di negara kita masih belum reda, model ini kini dikhabarkan dilancarkan dalam versi istimewa, ‘Glorious Edition’ di China. Dibangunkan hasil kerjasama GAC-Toyota di negara tersebut, langkah ini dilihat sebagai percubaan untuk mengembalikan daya tarikan model ikonik ini di tengah-tengah penurunan permintaan untuk sedan segmen D, termasuk di China.
Rekaan Luaran Yang Mewah & Eksklusif



Glorious Edition ini tampil unik dengan warna luaran Matte Gray yang eksklusif, dipasangkan dengan logo Toyota dan Camry berwarna hitam di bahagian belakang. Penampilannya diserikan lagi dengan aerokit sporty berwarna hitam dan rim eksklusif bersaiz 19 inci.
Ruang Kabin Premium Sarat Dengan Teknologi Tinggi



Di bahagian kabin, GAC-Toyota telah memberikan sentuhan premium dengan penggunaan upholsteri kulit asli. Sistem pencahayaan ambien 64 warna turut ditambah, memberikan kesan visual yang menarik pada papan pemuka dan panel pintu.

Sistem audio Dynaudio Premium melengkapkan ciri hiburan dalam kereta, bersama dua skrin digital berukuran 12.3 inci. Ciri tambahan lain ialah papar pandu (HUD), bumbung panoramik dan butang pelarasan tempa duduk "Boss Key" untuk keselesaan penumpang.
Trenkuasa & Presasi Toyota Camry China



Toyota Camry Glorious Edition dikuasakan oleh enjin hibrid 2.0 liter 4 silinder yang menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 194 hp dan 188 Nm.
Selain itu, model Camry di China turut ditawarkan dalam pilihan enjin pembakaran dalaman (ICE) 2.5 liter dan varian hibrid 2.5 liter yang lebih berkuasa, sama seperti varian yang ditawarkan di Malaysia.
Baca: Toyota Camry 2025 Kini Di Malaysia – Satu Varian, Dari RM248,800
Baca: Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid
Harga Jualan Toyota Camry Di Pasaran China
Kini ditawarkan di pasaran China, Glorious Edition dijual pada harga dari RMB202,800 (~RM124,277).

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW4125
SELANGOR
BSP6302
JOHOR
JYV8514
PULAU PINANG
PSB8651
PERAK
APH1767
PAHANG
CFG3955
KEDAH
KGF6409
NEGERI SEMBILAN
NEK2944
KOTA KINABALU
SJR6942
KUCHING
QAB6991N
Terakhir Kemas Kini 05 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Camry GT-S Concept Didedahkan – Bakal Muncul Sebagai 'Hero' Di SEMA 2025 AS
Toyota telah mencuri tumpuan di Amerika Syarikat (AS) dengan pendedahan model konsep istimewa, Toyota Camry GT-S Concept.
27-10-2025
Toyota Camry Bapa Mentua Dilarikan Dari Pusat Cuci Kereta
Seorang lelaki yang membawa kereta milik bapa mentuanya untuk dicuci di sebuah pusat cuci kereta di Johor Bahru terkejut besar apabila dimaklumkan ia sebenarnya sudah dilarikan oleh seorang lelaki lain yang mendakwa rakannya.
09-09-2025
Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kereta Pelanggan Terjatuh Dari Tingkat Tiga
Gara-gara tersilap tekan pedal minyak, seorang pekerja cuci kereta warga Afghanistan parah selepas kereta pelanggan yang dipandunya terjunam dari tingkat tiga.
16-06-2025
Kerajaan Pulau Pinang Beli 15 Buah Toyota Camry Untuk Kegunaan Rasmi
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membeli 15 kenderaan baharu jenis Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895 bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada 2020.
22-05-2025
UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT
Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.
01-05-2025
Tragedi Aidilfitri: Tayar Lori Pecah Punca 5 Nyawa Melayang!
Pemandu treler kontena ditahan untuk siasatan.
28-03-2025
Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid
Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.
23-12-2024
Jualan UMWT Cecah 8,500 Unit Bulan Lepas
Hasil jualan yang positif ini juga menjadikan jumlah volum Tahun-ke-Tarikh (YTD) kini berada di sekitar 89,500 unit.
13-12-2024
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat