Toyota Camry Generasi Ke-9 Bakal Didedah Di KLIMS 2024

Selepas didedahkan di Thailand dan Singapura, Toyota Camry generasi ke-9, Camry XV80 akhirya akan menembusi pasaran kita tidak lama lagi.
Perkara itu disahkan UMW Toyota Motor menerusi halaman Facebooknya.

Berdasarkan imej teaser, kami boleh mengesahkan bahawa kereta salun bersaiz pertengahan ini akan membuat penampilan sulungnya pada Pameran Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Untuk kedua-dua pasaran di negara jiran itu, Camry XV80 yang didatangkan dalam satu varian disumbat dengan enjin petrol 2.5 liter.

Ini membolehkan ia menghasilkan kuasa setakat 186 PS dan 221 Nm. Enjinnya yang digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 136 PS dan kotak gear e-CVT mampu menghasilkan kuasa keseluruhan setakat 227 PS untuk memacu roda depan.
Selain hibrid, Camry XV80 turut ditawarkan dalam versi petrol sepenuhnya. Ia menggunakan enjin petrol Dynamic Force 2.0 liter atau 2.5 liter, dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 173 PS hingga 197 PS, namun bergantung kepada pasaran
Memandangkan kedua-dua pasaran Thailand dan Singapura mendapat barisan hibrid penuh, mungkin kita juga berharap bahawa UMWT melakukan perkara yang sama untuk Camry yang dibawa ke Malaysia.
Menjengah bahagian luarannya, Camry XV80 diberikan muka signatur jerung hammerhead terkini Toyota seperti mana dengan Prius baharu.
Ia juga dilengkapi dengan lampu hadapan dan lampu belakang jenis LED yang tajam dan berbentuk C, manakala kedudukan gril hadapannya agak rendah.


Selain itu, gaya badannya bersegi tiga dan dipadankan dengan roda aloi bersaiz 18 inci.
Dari segi dimensi, ia menampilkan dimensi 4,920 mm panjang, 1,840 mm lebar, 1,455 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,825 mm.

Menjengah bahagian kabinnya, Camry baharu ini bukan sahaja menawarkan keselesaan tetapi ia cukup sarat dengan pelbagai teknolog canggih.
Antaranya ialah skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, tempat duduk pemandu boleh dilaraskan kepada lapan arah, ada paparan HUD, bumbung panaromik, kerusi depan berventalisasi dan keempat-empat tingkap mempunyai pelindung matahari kawalan kuasa.

Difahamkan, ada beberapa perkara ditambah baik dari segi keselamatan dimana ia kini hadir dengan sistem bantuan ADAS yang ditambah dengan ciri Kawalan Jelajah Radar Dinamik dengan pengurangan kelajuan.
Terdapat juga pengesan titik buta, amaran lintasan trafik belakang , pra pelanggaran, amaran keluar lorong, bantuan pengesan lorong dan sebenarnya ada banyak lagi.


Di pasaran Thailand, Toyota Camry generasi kesembilan dijual pada harga 1.45 juta bhat (RM187,657) dimana varian Premium Luxury berharga 1.789 juta bhat (RM231,530).
Sekiranya kita mendapat Camry spesifikasi dan buatan Thailand, maka kita boleh menjangkakan model dibawa ke Malaysia juga akan dijual pada harga yang sama.

Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 11 Disember ini di MITEC, Kuala Lumpur, di mana ia akan menjadi pentas bukan sahaja untuk Camry baharu untuk membuat penampilan sulung tetapi kereta konsep dan barisan kenderaan elektrik.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Toyota Yaris 2027?
Toyota Yaris 2027 rasmi dilancar di Malaysia pada harga bermula RM90,400. Ketahui spesifikasi terkinI.
16-11-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.
10-02-2026
UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT
Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.
01-05-2025
Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000
Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).
29-04-2025
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
