ZEEKR 009, ZEEKR X Dilancar, Harga Bermula Dari RM156K&RM350K

Zeekr Malaysia yang dioperasikan oleh Sentinel Automotive melancarkan model pertama MPV EV Zeekr 009 dan Zeekr X, sebentar tadi.
Zeekr 009 didatangkan dalam dua varian: Luxury hadir dengan konfigurasi 7 tempat duduk dimana ia dijual pada harga RM349,800.


Sementara itu, varian Ultra Luxury yang hadir dengan enam tempat duduk, pula berharga RM359,800.
Mengenai trenkuasannya, Zeekr 009 dilengkapi dengan dua motor elektrik dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 450 kW dan tork 693 Nm.
Walaupun saiznya besar, 009 boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 4.5 saat,
Zeekr 009 menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW manakala pengecas pantas DC pula berkapasiti 150 kW.

Ini membolehkan baterinya boleh dicas dari 10-80% dicapai dalam masa 30 minit manakala dengan pek bateri berkapasiti 116kWh, ia memberikan jarak gerak sehingga 582km .

Bagaimanapun, Zeekr 009 didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Phantom Black, Electric Blue dan Crystal White.
Setiap pembelian Zeekr 009 ini dilindungi oleh waranti pengeluar selama 5-tahun atau 150,000 km, manakala untuk bateri pula ia diberikan waranti selama 8-tahun atau 160,000 km.
MPV ini turut dilengkapi dengan internet 6GB yang diitawarkan secara percuma selama dua tahun
untuk mengakses aplikasi Zeekr, navigasi dan perisian melalui udara (OTA) untuk pengemaskiniannya.
Apa yang lebih menarik, 500 pelanggan terawal, Zeekr Malaysia turut menawarkan pengecas wallbox, pengecas mudah alih dan juga filem penapis haba secara percuma.
ZEEKR X:
Untuk makluman, anda, Zeekr X juga sudah dilancarkan secara rasminya sebentar tadi.
Zeekr X juga didatangkan dalam dua varian: Varian Zeekr X Premium dijual pada harga RM155,800 manakala Zeekr X Flagship AWD pula berharga RM172,8000.

Zeekr Xdibina berdasarkan platform Scalable Electric Architecture (SEA) Geely yang turut digunakan oleh smart #1, smart #3, Volvo EX30.
Dari segi dimensi, Zeekr X ini mempunyai ukuran dimensi 4,432mm (panjang), selebar 1,836mm, tinggi 1,566mm manakala jarak roda pula, 2,750mm.
Mengenai trenkuasanya, model Flagship AWD hadir dengan dua motor elektrik berkembar dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 315 kW dan tork 543 Nm. Varian ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.8 saat.


Bagi varian Premium pula, ia disumbat dengan motor elektrik pacuan roda belakang dimana ia mampu menjana kuasa setakat 200kW (268 hp) dan boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 5.6 saat.
Mengenai pengecasannya, kenderaan ini sebenarnya menyokong pengecasan pantas DC 150kW dimana ia mengambil masa 30 minit bagi pengecasan 10-80 peratus.
Bagi yang berminat, Zeekr X didatangkan dalam lima pilihan warna: Crystal White, Mist Grey, Grid Grey, Palace Beige dan Pine Green.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge