Honda Civic Generasi Terkini Dikesan Dengan Logo PDRM Penuhi Treler

Secara kebetulan, kami terjumpa sebuah treler yang dipenuhi dengan Honda Civic generasi FE baharu untuk pasukan PDRM di jalan raya.
Sewaktu dalam perjalanan untuk menyelesaikan satu tugasan petang semalam, CariCarz.com telah terserempak dengan sebuah treler yang dipenuhi dengan kereta sedan Honda Civic baharu dengan lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ini mungkin bermaksud pasukan unit beruniform kita mula mengambil Honda Civic generasi terkini FE sebagai kereta peronda yang rasmi. Berdasarkan tanda-tanda pada badan sedan ini, ia dijangka akan digunakan oleh pihak polis di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.
Dua barisan kereta yang dilihat ini lengkap dengan rim kecil, bersaiz 16 inci, menandakan ia berkemungkinan besar adalah daripada varian E bagi sedan segmen C generasi ke-11 yang telah dilancarkan Honda Malaysia pada Januari 2022.
Penggunaan varian ini untuk generasi kali ini sebenarnya boleh dijangka memandangkan sebelum ini iaitu pada Jun 2020, Honda Malaysia telah membekalkan PDRM dengan 427 unit daripada generasi terdahulu (kod casis: FC), juga dalam varian asas iaitu 1.8S.

Rim berukuran kecil (mungkin 16 inci) menunjukkan bahawa varian yang digunakan untuk kereta peronda ini ialah varian E
Sebagai makluman, untuk generasi tersebut, varian yang lebih tinggi menggunakan enjin 1.5 liter 4 silinder VTEC turbo, sementara varian asas Civic generasi FC menggunakan enjin petrol 1.8 liter i-VTEC 4 silinder yang kurang prestasi.
Berbeza dengan versi kali ini, kesemua varian Honda Civic generasi ke-11 diberikan enjin 1.5 liter VTEC Turbo dengan kuasa 180 hp dan tork 240 Nm, kecuali varian tertinggi 2.0 e HEV RS dan FL5 Type R.
Walaupun dipadankan dengan transmisi automatik CVT, varian asas Civic gen-FE boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 8.3 saat, dalam masa yang sama, ia mencatatkan kadar penggunaan minyak yang baik, 6.0 liter/100 km.

Berdasarkan tanda pelekat yang terdapat pada badan kereta, Civic ini dijangka akan berkhidmat di cawangan PDRM Selangor dan Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, angka yang dinyatakan adalah angka bagi model untuk pasaran umum, prestasi Civic yang digunakan PDRM mungkin berbeza kerana kami yakin berat bersih kereta peronda PDRM lebih tinggi berbanding berat asal Civic 1.5E (1,338 kg) kerana terdapat kelengkapan dan peralatan tambahan polis.
Buat masa ini, masih tidak diketahui berapakah unit Honda Civic generasi FE yang akan dibekalkan kepada PDRM.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS3661
SELANGOR
BSN7004
JOHOR
JYT9471
PULAU PINANG
PSB461
PERAK
APG3491
PAHANG
CFF9999*
KEDAH
KGE9792
NEGERI SEMBILAN
NEJ9057
KOTA KINABALU
SJR1740
KUCHING
QAB4917N
Terakhir Kemas Kini 02 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI
Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).
01-04-2026
BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam
Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.
01-04-2026
Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan
Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!
31-03-2026
Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat
Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.
31-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat