Baru 2 Bulan, JPJ Keluar 578 Saman Memandu Bawah Umur

Pemeriksaan JPJ (Gambar hiasan)
Ibu bapa atau penjaga yang membenarkan anak memandu kenderaan bermotor tanpa lesen bakal dikenakan tindakan tegas, umum Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, menyatakan bahawa tindakan akan diambil mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut Datuk Hasbi, kesalahan ini boleh menyebabkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya. Ini adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan di jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ juga boleh mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan motor tanpa lesen yang sah.

Sekiranya pemandu bawah umur dikesan menggunakan kenderaan, ibu bapa, penjaga dan pemilik kenderaan akan turut dikenakan tindakan. (Gambar hiasan)
“Di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tindakan boleh diambil terhadap pemilik kenderaan yang dipandu oleh seseorang yang tidak memiliki lesen yang sah,” katanya.
Datuk Hasbi menjawab pertanyaan Kapten Azahari Hasan (Perikatan Nasional – Padang Rengas) yang meminta Menteri Pengangkutan untuk mengemukakan penambahbaikan dalam aspek penguatkuasaan dan perundangan yang sedia ada terutamanya membabitkan pemandu bawah umur dan individu yang memandu tanpa lesen yang sah, yang sering menyebabkan nahas di jalan raya.

Dalam tempoh hanya 2 bulan, lebih 500 saman terhadap pemandu bawah umur dikeluarkan. (Gambar hiasan)
Bagi tahun ini hingga 29 Februari lepas, JPJ telah mengeluarkan sebanyak 578 saman kepada pemandu yang memandu di bawah umur.
Sumber: Astro Awani
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQD7825
SELANGOR
BSK8756
JOHOR
JYM8964
PULAU PINANG
PRW6011
PERAK
APD4031
PAHANG
CFE4685
KEDAH
KGD4501
NEGERI SEMBILAN
NEH9159
KOTA KINABALU
SJP3024
KUCHING
QAB7469M
Terakhir Kemas Kini 17 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Terkini
Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026
Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
16-12-2025
OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!
Menjelang penutupan tirai tahun 2025, OMODA | JAECOO Malaysia ingin ‘memanjakan’ bakal pembeli SUV dengan pelancaran kempen 'Season of Rewards'.
16-12-2025
Denza Laku Keras, Lebih 1,000 Unit Denza D9 Telah Dihantar Kepada Pelanggan
Denza mencatatkan pencapaian bermakna apabila 1,002 unit Denza D9 telah dihantar kepada pelanggan.
16-12-2025
Kenderaan Berat Dilarang Guna Jambatan Angkat, Ada Sebabnya!
Bermula 1 Januari depan, kenderaan berat seperti lori, treler serta bas pelancong tidak lagi dibenar menggunakan Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
16-12-2025
Bahana Ambil Telefon Bimbit Terjatuh, Kereta Dipandu Masuk Parit
Tindakan seorang peniaga mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh ke bawah kerusi ketika memandu mengundang padah apabila keretanya yang dipandunya masuk parit.
16-12-2025
Porsche 911 Turbo, BMW 420i Antara Disita Sebab Tak Bayar Duti Eksais
Lima buah kenderaan termasuk Porsche 911 turbo S yang disembunyikan dalam gudang berlesen selama tiga bulan gara-gara enggan mahu membayar duti eksais akhirnya disita kastam.
15-12-2025
Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak
Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.
15-12-2025
KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026
KTMB akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.
15-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat