Kenderaan Berat Dilarang Guna Jambatan Angkat, Ada Sebabnya!

Bermula 1 Januari depan, kenderaan berat seperti lori, treler serta bas pelancong tidak lagi dibenar menggunakan Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
Ia susulan penguatkuasaan palang penghadang berketinggian 3.5 meter yang akan dilaksanakan mulai tarikh berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Ti Properties Sdn Bhd, Awasi Mohamad, berkata penguatkuasaan itu melibatkan kenderaan dengan Berat Dengan Muatan (BDM) atau Berat Tanpa Muatan (BTM) maksimum lima tan.
Langkah itu diambil bagi mengawal pergerakan kenderaan yang melebihi had muatan dan ketinggian dibenarkan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya lain yang melalui jambatan ikonik berkenaan.

Katanya, penguatkuasaan itu selaras Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Seksyen 86(3) yang melarang kenderaan dengan BTM atau BDM lima tan dan ke atas merentasi jambatan angkat atau draw bridge terbabit.
"Langkah ini juga penting bagi mengelakkan risiko kerosakan struktur akibat beban berlebihan, menjejaskan keselamatan serta jangka hayat jambatan yang menjadi antara infrastruktur penting serta mercu tanda ikonik Terengganu," katanya.
Beliau berkata, bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa peka terhadap peraturan ditetapkan, papan tanda amaran had muatan serta papan kenyataan berkaitan akta dan undang-undang sudah dipasang di jalan-jalan utama menuju ke jambatan terbabit.
Selain itu, amaran had ketinggian turut dipaparkan menerusi papan skrin LED di jambatan berkenaan sebagai peringatan berterusan kepada semua pemandu dan pengguna laluan itu.
"Kenderaan melebihi had muatan lima tan dan ketinggian 3.5 meter ke atas perlu guna laluan alternatif melalui Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir yang menghubungkan kawasan Kuala Nerus dan pusat bandar Kuala Terengganu.
"Laluan penyuraian alternatif serta kawasan parkir khas turut disediakan, khususnya bagi bas pelancong ke kawasan sekitar jambatan angkat bagi memastikan kelancaran trafik dan keselesaan pengunjung," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
