ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tol Percuma 2 Bulan Sempena Pembukaan Seksyen 11 WCE

Sofea Najmi

11-3-2024

Kongsi melalui

WCE-toll-plaza-1-e1687775591961-1200x626.jpg


Plaza tol Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) 


Bermula jam 12.01 tengah malam ini, Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas dibuka kepada umum.


Tol-Percuma-WCE1.jpgTol-Percuma-WCE4.jpg

Tol-Percuma-WCE2.jpgTol-Percuma-WCE3.jpg


Notis tol percuma WCE.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengumumkan bahawa sempena pembukaan Seksyen 11 WCE, pengguna lebuh raya di Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan, Persimpangan Trong dan Persimpangan Beruas dari kedua-dua arah tidak akan dikenakan tol bermula esok hingga 11 Mei.


WCE-LANCAR.jpeg


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kiri) bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani (kanan) di majlis pembukaan Seksyen 11 WCE (Foto: Bernama)


WCE adalah sebuah lebuh raya antara bandar yang menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Banting, Selangor, merentasi beberapa destinasi utama di Perak dan Selangor, seperti Beruas, Seri Manjung, Sitiawan, Teluk Intan, Bagan Datuk, Hutan Melintang, Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Klang, Shah Alam dan Banting dengan panjang keseluruhan 314.5 km. 


Map-WCE-Landscape.jpg


"Seksyen 11 WCE yang dibuka ini melibatkan jajaran sepanjang 35.5 km yang menghubungkan pengguna secara terus dari Lebuhraya Utara Selatan di Changkat Jering ke Beruas, Perak,” katanya semasa merasmikan pembukaan Seksyen 11 WCE di Changkat Jering.


Menurutnya, pembukaan WCE Seksyen 11 ini dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas kepada hanya 20 minit berbanding sebelum ini yang mengambil masa 55 minit melalui laluan sedia ada.


Perasmian-WCE-Seksyen-11.JPG


“Pengurangan masa perjalanan ini pastinya memberikan penjimatan kos bahan api bagi pengguna yang menuju ke selatan Perak sehingga ke Selangor,” jelas beliau.


WCE juga memberikan alternatif kepada Lebuhraya Utara Selatan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak, musim perayaan dan cuti persekolahan.

Persimpangan-Taiping-Selatan.jpeg


Persimpangan Taiping Selatan.
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPB6823

SELANGOR

BSE3819

JOHOR

JXW3362

PULAU PINANG

PRQ2639

PERAK

ANV2504

PAHANG

CFB6374

KEDAH

KGA3928

NEGERI SEMBILAN

NEF6675

KOTA KINABALU

SJK6701

KUCHING

QAB2775L

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-07-2024
Berita Auto

20-07-2023
Berita Auto

11-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Nak Ke Thailand? Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Thailand Dalam Talian

Anda perlu melengkapkan TDAC secara dalam talian sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tiba di negara terbabit.

30-04-2025
Berita Auto

Hati-Hati Beli Minyak Enjin Murah Di TikTok

PDRM berjaya menumpaskan sindiket yang menjalankan perniagaan pembuatan minyak enjin palsu.

30-04-2025
Berita Auto

Sebab Banyak Kemalangan, Had Laju Maksimum Di Sekolah Bakal Diwarta Kepada 30KM/J

Kerajaan akan mewartakan kadar had laju maksimum di kawasan sekolah kepada 30 km/j, tidak lama lagi.

30-04-2025
Berita Auto

Malaysia Duduk Tangga Ke-2 Miliki Kenderaan Paling Tinggi Di Asia

Rakyat Malaysia kedua tertinggi di Asia miliki kereta.

30-04-2025
Berita Auto

OPS HRA 2025: JPJ Keluarkan 58,596 Saman, Nampaknya Ramai Tak Takut Kena Saman

JPJ telah mengeluarkan 58,596 notis saman Ops HRA 2025, baru-baru ini.

30-04-2025
Berita Auto

Sudah Dibuka: Pusat 3S GAC Motor & AION Kini Di Johor Jaya

Ia yang terletak strategik di kawasan utama Plentong, Johor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

30-04-2025
Berita Auto

Adik Maut, Abang Parah Volkswagen Langgar Pokok Doa

Seorang pemandu Volkswagen maut, manakala abangnya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar sebatang pokok doa.

29-04-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.