ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tak Perlu Takut Memandu di Luar Negara, JPJ Keluar Permit Memandu Ikut Standard Global

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_JPJ_IDP_Old-vs-New.jpg


Tidak perlu lagi risau untuk memandu di luar negara, Permit Memandu Antarabangsa (IDP) dalam format baharu yang mematuhi standard global terkini berdasarkan Konvensyen Geneva mengenai Lalu Lintas Jalan Raya 1949 akan mula dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lama lagi. 


Walaupun format IDP yang dikeluarkan oleh JPJ sebelum ini masih boleh digunakan sebagai dokumen sah, dalam sesetengah keadaan ia ditolak kerana tidak mematuhi saiz sebenar yang ditetapkan dalam konvensyen tersebut.


 


IDP sedia ada yang dikeluarkan oleh JPJ mempunyai saiz yang lebih besar, iaitu 155 x 115 mm, dengan kulit berwarna kuning muda. Sebaliknya, IDP baharu selaras dengan model dokumen yang ditetapkan dalam konvensyen, iaitu penggunaan saiz A6 (148 × 105 mm) dengan kulit berwarna kelabu.


web_TA_CariCarz_JPJ_IDP_sample_old-2.jpgweb_TA_CariCarz_JPJ_IDP_sample_old.jpg


Penggunaan format lama IDP telah menimbulkan banyak isu kerana ditolak oleh sesetengah negara. 


Mengenai ketersediaan IDP baharu, JPJ menyatakan bahawa format IDP yang baharu itu akan dikeluarkan sebaik sahaja bekalan IDP sedia ada habis. IDP yang sudah dikeluarkan dengan tempoh sah selama setahun dari tarikh penerbitan masih sah untuk diguna pakai.


Individu yang ingin membuat permohonan IDP hanya perlu mengunjungi mana-mana cawangan JPJ dan membuat bayaran sebanyak RM150, serta menyertakan gambar berukuran pasport dan salinan kad pengenalan serta lesen memandu Malaysia yang sah. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPK2905

SELANGOR

BSG2903

JOHOR

JYD2639

PULAU PINANG

PRS3990

PERAK

ANX6954

PAHANG

CFC5904

KEDAH

KGB3831

NEGERI SEMBILAN

NEG4591

KOTA KINABALU

SJL6908

KUCHING

QAB6772L

Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.03

Terakhir Kemas Kini 10 Jul, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
Rohingya Sanggup Bayar Sehingga RM500, Guna Identiti Rakyat Tempatan Daftar Kenderaan

Rohingya Sanggup Bayar Sehingga RM500, Guna Identiti Rakyat Tempatan Daftar Kenderaan

Segelintir warga asing menggunakan identiti rakyat tempatan untuk mendaftar kenderaan dengan bayaran antara RM50 sehingga RM100 sebulan atau 'one-off' antara RM300 hingga RM500 setahun.

15-07-2025
Berita Auto
Bas Smart Selangor Terbalik, Mujur Tiada Yang Terkorban

Bas Smart Selangor Terbalik, Mujur Tiada Yang Terkorban

Sebuah bas Smart Selangor terbabas sendiri di Jalan Tulip 3 Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, pagi tadi.

14-07-2025
Berita Auto
JPJ: Anggota JPJ Potong "Double Line", Akhirnya Digantung Tugas

JPJ: Anggota JPJ Potong "Double Line", Akhirnya Digantung Tugas

Tindakan yang dikenakan termasuk pengeluaran notis saman kepada anggota yang memandu atas kesalahan memotong di garisan berkembar.

10-07-2025
Berita Auto
JPJ: 8,322 Kenderaan Jenama KIA, Yamaha, Mercedes-Benz Dipanggil Balik

JPJ: 8,322 Kenderaan Jenama KIA, Yamaha, Mercedes-Benz Dipanggil Balik

JPJ memanggil balik sebanyak 8,322 kenderaan membabitkan tiga jenama.

09-07-2025
Berita Auto
Tak Patut Gantung Lesen Pemandu Kenderaan Serta-merta, Anggap Terburu-Buru, Berat Sebelah

Tak Patut Gantung Lesen Pemandu Kenderaan Serta-merta, Anggap Terburu-Buru, Berat Sebelah

Sepatutnya langkah yang sama itu turut dikenakan kepada semua jenis kenderaan termasuk kenderaan persendirian.

08-07-2025
Berita Auto
Jangan Tertipu, Tidak Wujud Sebarang Piawaian ‘Pematuhan Cermin Gelap PUSPAKOM!

Jangan Tertipu, Tidak Wujud Sebarang Piawaian ‘Pematuhan Cermin Gelap PUSPAKOM!

Syarikat filem penapis haba dan runner kenderaan diminta supaya tidak mengelirukan orang awam terutamanya berkaitan pematuhan cermin gelap.

08-07-2025
Berita Auto
JPJ Gantung Lesen Pemandu Kenderaan Perdagangan Terlibat Kemalangan

JPJ Gantung Lesen Pemandu Kenderaan Perdagangan Terlibat Kemalangan

Tiada lagi kompromi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini akan mengambil langkah tegas dengan menggantung lesen pemandu kenderaan perdagangan.

07-07-2025
Berita Auto
Pengimportan Dummy Seatbelt Buckle Diharamkan Mulai 31 Disember Ini, Sebab Boleh Ragut Nyawa Anda!

Pengimportan Dummy Seatbelt Buckle Diharamkan Mulai 31 Disember Ini, Sebab Boleh Ragut Nyawa Anda!

Kerajaan akhirnya mengharamkan pengimportan peranti keselamatan palsu dikenali sebagai 'dummy seatbelt buckle' atau pencangkuk palsu mulai 31 Disember ini.

07-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Lori Terbakar, Lebuhraya KLK Sesak

Lori Terbakar, Lebuhraya KLK Sesak

Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selepas Genting Sempah sesak teruk gara-gara sebuah lori terbakar.

16-07-2025
Berita Auto
Projek ECRL: Set Pertama Tren ECRL Bakal Tiba Tahun Ini, Baki 9 EMU Lagi Dihantar Tahun Depan

Projek ECRL: Set Pertama Tren ECRL Bakal Tiba Tahun Ini, Baki 9 EMU Lagi Dihantar Tahun Depan

Nampaknya, dua set pertama tren pelbagai gerabak (EMU) dan dua unit lokomotif elektrik (E-Loco) untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dijangka tiba selewat-lewatnya hujung tahun ini.

16-07-2025
Berita Auto
Kehilangan Pempengaruh Masih Belum Terungkai, Kereta Ditemui Tenggelam Dalam Sungai

Kehilangan Pempengaruh Masih Belum Terungkai, Kereta Ditemui Tenggelam Dalam Sungai

Kehilangan seorang pempengaruh masih belum terjawab apabila kereta miliknya ditemui tenggelam dalam sungai.

16-07-2025
Berita Auto
Prolintas, Unit Lebuhraya Milik PNB Mungkin Dijual, Potensi Jana RM3 Bilion

Prolintas, Unit Lebuhraya Milik PNB Mungkin Dijual, Potensi Jana RM3 Bilion

Permodalan Nasional Berhad (PNB), salah satu institusi pelaburan terbesar negara, kini sedang menilai potensi penjualan unit lebuhraya miliknya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).

16-07-2025
Berita Auto
Rohingya Sanggup Bayar Sehingga RM500, Guna Identiti Rakyat Tempatan Daftar Kenderaan

Rohingya Sanggup Bayar Sehingga RM500, Guna Identiti Rakyat Tempatan Daftar Kenderaan

Segelintir warga asing menggunakan identiti rakyat tempatan untuk mendaftar kenderaan dengan bayaran antara RM50 sehingga RM100 sebulan atau 'one-off' antara RM300 hingga RM500 setahun.

15-07-2025
Berita Auto
Jambatan Marang Dijangka Siap Mac 2027, Lepas Ini Tiada Lagi Kesesakan

Jambatan Marang Dijangka Siap Mac 2027, Lepas Ini Tiada Lagi Kesesakan

Jambatan Marang membabitkan jajaran sejauh 2.5 kilometer merentasi sungai Marang dijangka siap dan dapat digunakan sepenuhnya menjelang Aidilfitri 2027.

15-07-2025
Berita Auto
Prasarana Tambah 310 Bas Diesel Sementara Tunggu Bas Elektrik

Prasarana Tambah 310 Bas Diesel Sementara Tunggu Bas Elektrik

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) semalam telah melancarkan 310 bas diesel baharu di bawah Program Penggantian Bas 2025.

15-07-2025
Berita Auto
Tawar Perkhidmatan Sewa Kereta Dari  Singapura-Malaysia Secara Haram, 22 Pemandu Ditahan

Tawar Perkhidmatan Sewa Kereta Dari Singapura-Malaysia Secara Haram, 22 Pemandu Ditahan

Seramai 22 pemandu ditahan kerana menawarkan khidmat kereta sewa secara haram di Singapura.

15-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.