ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Malaysia Rasmi Kilang Di Shah Alam, Pengeluaran SUV Off-Road Jaecoo J7 Bermula

Sofea Najmi

18-6-2024

Kongsi melalui

Caricarz-KS-CheryShahAlamPlant-Launch-4.jpg


Chery Auto Malaysia lancar pembukaan kilang Chery di Shah Alam sebentar tadi. 


CHERY Auto Malaysia telah melancarkan pembukaan kilang CHERY Corporate Malaysia Factory di Shah Alam. Operasi kilang dimulakan dengan pengeluaran  JAECOO J7, menjadikannya fasiliti pengeluaran pertama di rantau ASEAN yang mengeluarkan model SUV off-road premium ini. 


Pengukuhan Pasaran Malaysia


Pengerusi Chery Automobile Co. Ltd, Yin Tongyue, menyatakan bahawa Malaysia adalah pasaran yang sangat penting bagi CHERY dan syarikat itu berhasrat untuk bekerjasama dengan rakan-rakan tempatan dan berkhidmat kepada pelanggan dalam jangka masa panjang. 


CariCarz_Kilang-Shah-Alam-Chery_Tengku-Zafrul.jpgCariCarz_Kilang-Shah-Alam-Chery_Pengerusi-Chery-Yie-Tongyue_1.jpg


Menteri MITI, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) dan Pengerusi Chery Automobile Co. Ltd, Yin Tongyue (kanan)


Majlis pelancaran ini turut disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT), Dr Jin Zhuanglong.


Peningkatan Peluang Pekerjaan


CariCarz_Kilang-Shah-Alam-Chery_9.jpgCariCarz_Kilang-Shah-Alam-Chery_10.jpg


Kilang Chery di Shah Alam ini membuka 500 peluang pekerjaan.


Pembukaan kilang ini telah mencipta 500 pekerjaan baharu dengan potensi perkembangan seiring dengan permintaan pasaran. Terletak di zon perindustrian Shah Alam, kilang ini beroperasi berhampiran pengeluar tempatan yang penting kepada rantaian bekalan dan tidak jauh daripada pelabuhan utama Malaysia, memudahkan eksport ke rantau ASEAN pada masa hadapan. 


Sokongan Kepada Pasaran Tempatan


CariCarz_Kilang-Shah-Alam-Chery_3.jpg


Pengeluaran secara tempatan (CKD), Jaecoo J7 kini telah dimulakan secara rasmi. 


Pelancaran kilang ini mengukuhkan lagi rantaian nilai CHERY dan rangkaian kenderaan JAECOO kepada pelanggan. CHERY juga berhasrat untuk membekalkan kenderaan terbaik dalam kelasnya yang dilengkapi dengan teknologi inovatif dan pengalaman pelanggan terbaik ke pasaran Malaysia. 


Fokus Terhadap Pengeluaran Kenderaan Elektrik


Jaecoo-J7-CKD-CheryMalaysia-ShahAlamPlant-7.jpgJaecoo-J7-CKD-CheryMalaysia-ShahAlamPlant-3.jpg


CHERY turut menyokong pertumbuhan kenderaan elektrik di Malaysia dengan pengenalan beberapa model EV seperti model hibrid plug-in (PHEV) Tiggo 8 Pro dan JAECOO J7 serta model elektrik sepenuhnya, JAECOO J6 semasa Malaysia Autoshow 2024. 


Untuk makluman, Jaecoo J7 ditawarkan di pasaran Malaysia dalam dua varian iaitu varian pacuan semua roda (AWD) dan pacuan dua roda (2WD). Pelancaran rasmi model ini dijadualkan pada Julai tahun ini dengan harga jualan yang dianggarkan sekitar RM150,000. Kehadiran model ini nanti akan menjadikan Malaysia sebagai pasaran pertama di rantau ini dan juga pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) pertama yang menerima Jaecoo J7. 


Model ini sempat kami pandu uji Malaysia 4WD Training and Experience Centre (M4TREC), Semenyih baru-baru ini. Untuk ulasannya, boleh klik JAECOO J7 Bukan Sahaja SUV Mewah Tapi Kereta 2 ALAM?


Untuk maklumat lanjut mengenai CHERY Auto Malaysia, layari www.chery.my atau kunjungi laman Facebook rasmi Chery Malaysia. Untuk maklumat mengenai JAECOO, kunjungi www.jaecoo.com.my atau platform sosial JAECOO Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPB6823

SELANGOR

BSE3819

JOHOR

JXW3362

PULAU PINANG

PRQ2639

PERAK

ANV2504

PAHANG

CFB6374

KEDAH

KGA3928

NEGERI SEMBILAN

NEF6675

KOTA KINABALU

SJK6701

KUCHING

QAB2775L

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

11-02-2025
Kereta Baru

08-04-2024
Berita Auto

23-02-2024
Berita Auto

06-12-2023
Kereta Baru

17-03-2025
Kereta Baru

28-02-2025
Berita Auto

03-02-2025
Berita Auto

22-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hati-Hati Beli Minyak Enjin Murah Di TikTok

PDRM berjaya menumpaskan sindiket yang menjalankan perniagaan pembuatan minyak enjin palsu.

30-04-2025
Berita Auto

Sebab Banyak Kemalangan, Had Laju Maksimum Di Sekolah Bakal Diwarta Kepada 30KM/J

Kerajaan akan mewartakan kadar had laju maksimum di kawasan sekolah kepada 30 km/j, tidak lama lagi.

30-04-2025
Berita Auto

Malaysia Duduk Tangga Ke-2 Miliki Kenderaan Paling Tinggi Di Asia

Rakyat Malaysia kedua tertinggi di Asia miliki kereta.

30-04-2025
Berita Auto

OPS HRA 2025: JPJ Keluarkan 58,596 Saman, Nampaknya Ramai Tak Takut Kena Saman

JPJ telah mengeluarkan 58,596 notis saman Ops HRA 2025, baru-baru ini.

30-04-2025
Berita Auto

Sudah Dibuka: Pusat 3S GAC Motor & AION Kini Di Johor Jaya

Ia yang terletak strategik di kawasan utama Plentong, Johor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

30-04-2025
Berita Auto

Adik Maut, Abang Parah Volkswagen Langgar Pokok Doa

Seorang pemandu Volkswagen maut, manakala abangnya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar sebatang pokok doa.

29-04-2025
Berita Auto

Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025

Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.

29-04-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.