ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

JAECOO J7 Bukan Sahaja SUV Mewah Tapi Kereta 2 ALAM?

Suhana Veru

1-5-2024

Kongsi melalui

image.png

Pada dua minggu lepas, team CariCarz.com berpeluang memandu uji jentera terbaharu Jaecoo, J7 di Malaysia 4WD Training and Experience Centre (M4TREC), Semenyih.

Untuk makluman anda, M4TREC adalah  penyedia latihan 4WD terkemuka di Malaysia, terkenal dengan kursus halangan 4WD bertaraf dunia dengan medan yang pelbagai dan mencabar. 

Ujian  ini merupakan bukti penilaian yang menuntut terhadap prestasi kenderaan off- road.

image.png

Jadi jemputan media ini sebenarnya  memberi peluang kepada kami untuk merasai sendiri kehebatan SUV Off-Road ini di pelbagai permukaan yang mencabar.

image.png

Setiap penulis diberi sebuah unit Jaecoo J7 namun kami ditemani wakil JAECOO yang membantu kami untuk meredah pelbagai laluan mencabar.

Kami berpeluang mencuba enam laluan: ujian sisi cerun, ujian artikulasi, ujian lintasan bukit (ridge crossing), ujian harungi air, ujian harungi air yang dalam serta ujian “roller ramp”.

image.png

UJIAN ROLLER RAMP

image.png

Buat sesi pertama rakan saya Mukhlis Azman melakukan pemanduan di tapak ujian Artikulasi dimana J7 yang kami naiki mengeluarkan bunyi yang agak kasar ketika melalui laluan ini.

image.png

Ujian ini sebenarnya bertujuan mempamerkan kepantasan sistem AWD dalam mengagihkan tork pada keempat-empat roda sambil mengekalkan kestabilan. 

image.png

Selain itu, percaya atau tidak, sistem AWD Pintar JAECOO J7 turut menampilkan tempoh tindak balas sepantas 0.1 saat bagi intervensi sistem AWD.

Malah, ia menunjukkan keberkesanan kawalan cengkaman kenderaan ini yang bekerjasama dengan sistem AWD untuk memastikan tahap tork tepat yang diperlukan oleh setiap roda untuk membolehkan kenderaan bergerak dalam keadaan licin.

Walaupun agak sukar pada mulanya, namun ia jentera ini sememangnya menawarkan kawalan cengkaman yang cukup padu pada semua rodanya.

Kami kemudian beralih ke tapak ujian kedua:

UJIAN ARTIKULASI

Untuk makluman anda, ujian ini menunjukkan kekukuhan dan integriti struktur kenderaan terbabit.

Secara amnya, lenturan berlebihan yang menghasilkan bunyi menunjukkan kemungkinan hadirnya kelemahan pada struktur. 

Semua varian JAECOO J7 memaparkan penggunaan lebih dari 80% keluli berkekuatan tinggi yang melepasi tahap  jenama-jenama premium besar dalam pasaran. 

Tahap kekukuhan yang tinggi menghasilkan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan berkeyakinan.

Hakikatnya, apabila SUV ini menjalani ujian artikulasi, pintu J7 didapati masih boleh dibuka dan ditutup dengan mudah. 

Dalam pada itu, demonstrasi ujian ini juga menunjukkan intervensi sistem AWD SUV ini yang beroperasi bersama-sama dengan sistem kestabilan. Pemindahan tork dapat dilihat berlaku dari roda yang diangkat (dimana tork tidak diperlukan) ke 3 roda lain.

UJIAN SISI CERUN

image.png

Ujian ini pula  mempamerkan keupayaan  J7 dengan mengekalkan kestabilan apabila memandu di atas permukaan cerun. 

Ia juga membantu menentukan sama ada kenderaan masih selamat atau di tahap berisiko untuk terbalik.

Walaupun ketika ujian ini saya berada di belakang, saya berasa seolah-olah kereta yang dinaiki kami itu akan terbalik.

Namun, ia hanya imiginasi saya!

Sebaliknya, apabila berada di sisi cerun, anda perlu memandunya secara perlahan-lahan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Apa yang pasti, ketika kami bertiga menempuh permukaan yang cukup bercerun itu, ia sebenarnya memberikan cabaran kepada sistem kawalan cengkaman model J7.

Apapun, Intervensi sistem AWD hanya mengambil masa 0.1 saat untuk mengagihkan tork dengan tepat manakala brek roda pula dilihat mengawal putaran roda untuk mengelakkan kegelinciran.

Intervensi sistem kestabilan J7 juga dilihat menggunakan brek secara berpada-pada atau aras pendikit secara terpilih untuk mengelakkan oversteer atau understeer pada kelajuan rendah.

Untuk bab turun bukit, kawalan turun bukit/curam boleh diaktifkan untuk membolehkan peralihan menuruni bukit secara stabil.

Pemandu juga boleh menyesuaikan tetapan permukaan jalan mengikut 7 tahap mod.

UJIAN HARUNGI AIR

Untuk ujian ini, jarak kelegaan tanah tinggi sebanyak 200mm serta roda aloi 19-inci membolehkan J7 menavigasi dengan mudah melalui landskap yang sukar dan meredah air sedalam 600mm dengan mudah.

UJIAN LINTASAN BUKIT

image.png

Bagi ujian mengharungi berbukit, saya mulanya agak gementar kerana SUV ini seolah-olah mahu terbalik.

Apa tidaknya, sudut pendekatan J7 berada pada 21 darjah manakala sudut berlepas adalah 29 darjah. 

Ini memastikan SUV ini boleh mengemudi sambil memastikan bahagian belakangnya melepasi halangan tanpa sebarang geseran.

image.png

Ciri ini agak penting untuk kenderaan ‘off road’ agar membolehkannya merentasi bukit yang curam dan permukaan berbatu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan  pada bahagian belakang (bampar) atau bahagian bawah kenderaan (undercarriage).

HARUNGI AIR DALAM

image.png

Keupayaan model J7 untuk mengharungi air sedalam 600mm memastikan prestasinya tidak terjejas serta tiada kerosakkan pada mana-mana komponen kenderaan.

Ciri ini penting untuk kenderaan ‘off road’ ini agar memudahkan rentasan  pelbagai jenis permukaan tanah, termasuk lintasan air cetek dengan penuh keyakinan dan boleh dipercayai.

Pada mulanya, saya sukar percaya kami mampu atau tidak meredah air sedalam 600 mm namun semuanya berjalan lancar namun ketika ujian ini dilakukan, sistem penghawa dingin terpaksa ditutup bagi mengelakkan air memasuki ke dalam enjin.

Bagi yang berminat dengan Jaecoo J7, ia dilengkapi dengan enjin 1.6TGDI, dimana model J7 memberikan kuasa maksimum sebanyak 194hp dan 290Nm tork. 

image.png

Dengan adanya,  transmisi dwi-klac 7-kelajuan (7-DCT) ini membolehkan peralihan kelajuan sepantas 0.2 saat.

image.png

Bagi saya, ia adalah pilihan terbaik bagi mana-mana individu yang gemarkan model SUV dan pada masa sama, suka melakukan aktiviti lasak pada hujung minggu.

Bagi saya, JAECOO J7 adalah kereta dua alam dimana ia boleh menawarkan pengendalian yang cukup baik di atas jalan raya dan kehebatan di laluan off-road sudah tidak dapat lagi.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPB6823

SELANGOR

BSE3819

JOHOR

JXW3362

PULAU PINANG

PRQ2639

PERAK

ANV2504

PAHANG

CFB6374

KEDAH

KGA3928

NEGERI SEMBILAN

NEF6675

KOTA KINABALU

SJK6701

KUCHING

QAB2775L

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
Jaecoo J7 PHEV Tiba Di Pusat Pengedaran Seluruh Malaysia – Penghantaran Bakal Bermula

Jaecoo J7 PHEV Tiba Di Pusat Pengedaran Seluruh Malaysia – Penghantaran Bakal Bermula

Jaecoo Malaysia mengumumkan bahawa kumpulan pertama model Jaecoo J7 PHEV kini telah tiba di pusat jualan dan bilik pameran di seluruh negara,

18-03-2025
Kereta Baru
Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800

Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800

Jaecoo Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan Jaecoo J7 PHEV.

28-02-2025
Berita Auto
Jaecoo J7 PHEV Dilancarkan Bulan Ini – Pengeluaran Di Kilang CKD Shah Alam Sudah Bermula

Jaecoo J7 PHEV Dilancarkan Bulan Ini – Pengeluaran Di Kilang CKD Shah Alam Sudah Bermula

Jaecoo J7 PHEV bakal dilancarkan tidak lama lagi, kemungkinan sebelum akhir bulan ini, perkara ini diumumkan oleh Jaecoo Malaysia.

13-02-2025
Berita Auto
Jaecoo J7 Terbakar, Ini Puncanya

Jaecoo J7 Terbakar, Ini Puncanya

Setakat ini, Jaecoo Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kepada pihak media.

11-02-2025
Berita Auto
Jaecoo J7 PHEV Bakal Dilancarkan Bulan Ini – Cecah 1,400 KM, Bawah RM170K?

Jaecoo J7 PHEV Bakal Dilancarkan Bulan Ini – Cecah 1,400 KM, Bawah RM170K?

Jaecoo J7 PHEV akhirnya disahkan akan membuat kemunculan rasmi di Malaysia dalam bulan ini, Februari 2025. Apa yang kita boleh jangkakan?

03-02-2025
Berita Auto
Jaecoo J7 PHEV Capai 1,427 KM Sekali Cas & Satu Tangki

Jaecoo J7 PHEV Capai 1,427 KM Sekali Cas & Satu Tangki

Menjelang kemunculan sulungnya di Malaysia bulan depan, Jaecoo J7 PHEV telah membuktikan kemampuannya untuk menempuhi jarak perjalanan yang jauh dari Singapura ke Hatyai,

17-01-2025
Berita Auto
Kurang Setahun Di Malaysia, Lebih 7,000 Unit Jaecoo J7 Didaftarkan Tahun Lalu

Kurang Setahun Di Malaysia, Lebih 7,000 Unit Jaecoo J7 Didaftarkan Tahun Lalu

Belum genap setahun beroperasi di Malaysia, jenama automotif premium di bawah Chery, Jaecoo, telah menunjukkan pencapaian yang luas biasa setelah mendafarkan sebanyak 7,041 unit SUV Jaecoo J7.

13-01-2025
Berita Auto
Omoda C9 CKD Sudah Mula Dihasilkan, Bakal Diserahkan Pada Jan 2025

Omoda C9 CKD Sudah Mula Dihasilkan, Bakal Diserahkan Pada Jan 2025

Penyerahan Omoda C9 akan dibuat pada Januari 2025.

13-12-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.