Proton X50: Ada 4 Varian: Harga Bermula Dari RM86K

Proton melancarkan secara rasminya, versi facelift Proton X50 2024 di ibu pejabatnya yang terletak di Shah Alam, sebentar tadi.
Proton X50 2024 didatangkan dalam 4 varian:
*1.5T Standard - RM 86,300
*1.5T Executive - RM93,300
*1.5TPremium - RM101,800
*1.5 TGDi Flagship - RM113,300
Apa yang cukup menarik ialah sempena pelancaran Proton X50 itu, Proton turut menawarkan 5,000 tempahan awal akan menikmati diskaun tunai sebanyak RM7,000.
Selain itu, rebat RM1,500 ditawarkan untuk tawaran jual-beli (trade-in), RM6,000 untuk Value Added Features, dan semua pakej ini sebenarnynya berjumlah RM14,500.
Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia masih mengekalkan enjin 1.5L turbo tiga-silinder petrol yang mampu menghasilkan kuasa setakat 177 PS dan tork 255 Nm.
Enjinnya yang digandingkan dengan transmisi DCT tujuh-kelajuan sekali gus membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 7.9 saat.

Untuk versi facelift ini, ia menerima penambahbaikan dari segi Noise, Vibration, and Harshness (NVH) di mana lebih 20 poin NVH yang bertujuan untuk memberikan lebih keselesaan.
Menjengah bahagian luarannya, ia tetapi sama dengan pendahulunya dimana ia masih menggunakan lampu utama LED dengan fungsi lampu tinggi automatik ada lampu nyalaan siang LED, lampu kabus hadapan dan belakang.


Bahagian kabin pula, ia dilengkapi dengan unit paparan utama (HUD) bersaiz 10.3-inci dengan resolusi yang lebih tinggi pada kadar 1920 x 720, unit pemprosesasan dual quad-core, 2GB bagi kapasiti RAM, kapasiti storan hingga 64GB, dan aplikasi Spotify Music.


Ia juga menampilkan arahan suara “Hi PROTON” yang popular dan aplikasi PROTON Link, yang membolehkan enjin dihidupkan dan kabin disejukkan dari jarak jauh.
PROTON X50 juga menyediakan kombinasi ideal keselamatan dan kemudahan dengan Kamera 360 Definisi Tinggi baharu yang memaparkan imej yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah, untuk memudahkan parkir.


Bagi yang berminat, ia didatangkan dalam 5 pilihan warna: Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue dan Passion Red.
Untuk makluman, setiap pembelian diberi waranti lima-tahun/tanpa had perbatuan, lima-tahun pakej data percuma (16G sebulan), dan enam kali penyelenggaraan dengan kos buruh percuma.
PROTON X50 kini boleh ditempah dalam talian di https://www.proton.com/en/purchase/register-interest) dan di bilik pameran PROTON yang sah.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB8472
SELANGOR
BSQ6814
JOHOR
JYY3410
PULAU PINANG
PSC8711
PERAK
APJ1072
PAHANG
CFG7358
KEDAH
KGG4432
NEGERI SEMBILAN
NEK6137
KOTA KINABALU
SJS3321
KUCHING
QAB9630N
Terakhir Kemas Kini 14 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran
Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.
05-06-2026
Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya
Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.
05-06-2026
BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian
Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.
05-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat