ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Suhana Veru

Kongsi melalui

CariCarz-CarzAutomedia-SN-Jetour-T2-I-DM-KLIMS-2026-17.jpg

Bagi peminat SUV tegar yang dah lama 'cuci mata' tengok JETOUR T2, ini ada berita baik untuk anda!

Sempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026), JETOUR Malaysia secara rasminya telah membuka tempahan untuk varian yang paling dinanti-nantikan: JETOUR T2 i-DM (Intelligence Dual Mode).

Ini bukan calang-calang SUV, ia adalah model Plug-in Hybrid (PHEV) yang menggabungkan rupa paras 'abang sado' yang lasak dengan teknologi jimat minyak tahap luar biasa.

CariCarz-CarzAutomedia-SN-Jetour-T2-I-DM-KLIMS-2026-29.jpg


Kenapa JETOUR T2 i-DM Ini Power?

Jangan ingat rupa  petak dan nampak garang, spesifikasi enjin dia pun boleh tahan 'ganas'. Jika anda  jenis yang suka jalan jauh tapi poket sensitif dengan harga minyak, ini spesifikasi yang wajib anda tahu:

  • Enjin: 1.5L TGDI Turbo dengan konfigurasi dwi-motor.
  • Transmisi: Dedicated Hybrid Transmission (DHT) 3-kelajuan.
  • Kuasa: Gabungan mantap 265kW (kira-kira 355 hp) dan tork gergasi 610Nm! Memang tekan terus pergi!
  • Mod Elektrik Penuh: Boleh jalan lebih 100km+ tanpa guna minyak setitik pun (sesuai sangat buat ulang-alik pergi kerja).
  • Jarak Pemanduan Maksimum: Boleh pergi sehingga 1,200km dengan satu tangki penuh + bateri penuh. KL ke Penang pusing balik KL pun tak ada hal!
  • Pengecasan: Sokong pengecasan AC dan juga DC (tak payah tunggu lama nak penuhkan bateri).
  • Lengkap Teknologi Keselamatan: SUV ini turut disumbat dengan sistem ADAS Tahap 2, 6 beg udara SRS, dan kamera pandangan panoramik untuk mudahkan korang parking atau layan off-road.

CariCarz-CarzAutomedia-SN-Jetour-T2-I-DM-KLIMS-2026-24.jpg

Harga 

JETOUR T2 i-DM ini dijangka akan dijual pada harga RM168,888. Dengan pakej pemilikan dan jaminan komprehensif yang disediakan oleh JETOUR Malaysia, ia pastinya satu pakej yang sangat berbaloi untuk sebuah SUV PHEV bersaiz sebegini.

JETOUR KLIMS 2026!

Jika anda berminat, pihak Jetour ada menawarkan rebat untuk beberapa model lain:

  • Tempah JETOUR T2: Dapat rebat RM2,000.
  • Tempah JETOUR Dashing: Dapat rebat sehingga RM10,000.
  • Tempah JETOUR VT9: Dapat rebat kaw-kaw sehingga RM15,000!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRW5725

SELANGOR

BSU7246

JOHOR

JG6417J

PULAU PINANG

PSH642

PERAK

APM6025

PAHANG

CFJ2915

KEDAH

KGJ6533

NEGERI SEMBILAN

NEM4551

KOTA KINABALU

SJU8276

KUCHING

QAB8907P

Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026

Berita Terkini

Kereta Baru
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Kereta Baru
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.