Perhatian Orang KL! Jalan Paling MUSTAHAK ditutup
Suhana Veru
3-7-2024
Lorong di Lebuhraya Persekutuan akan ditutup bagi memberi laluan kepada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bermula 5 hingga 20 Julai ini.
Penutupan lorong itu melibatkan laluan yang bertentangan dengan stesen minyak Petronas dan Shell (arah Kuala Lumpur dan Klang).
Kontraktor projek, Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd (SULRT3) berkata, orong paling kiri dan tengah Lebuhraya Persekutuan (arah Klang) akan ditutup dari 5 hingga 6 Julai ini.
Bagaimanapun, hanya satu lorong akan disediakan untuk pemandu yang menghala ke Klang namun bagi peringkat kedua, laluan cepat di Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur dan Klang) akan ditutup dari 12 hingga 13 Julai.
"Semasa penutupan, dua lorong akan disediakan untuk pemandu yang menuju ke arah Kuala Lumpur dan Klang.
"Bagi peringkat tiga, lorong paling kiri dan tengah Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur) akan ditutup dari 19 hingga 20 Julai, dan satu lorong akan disediakan untuk pemandu yang menuju ke Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan.
Untuk makluman, Projek LRT3 yang membabitkan kos RM4.7 bilion, dibina bermula di Bandar Utama dan berakhir di Johan Setia, Selangor, bakal memberikan manfaat kepada dua juta penduduk.
Gallery




Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPB6607
SELANGOR
BSE3784
JOHOR
JXW3258
PULAU PINANG
PRQ2600
PERAK
ANV2478
PAHANG
CFB6358
KEDAH
KGA3915
NEGERI SEMBILAN
NEF6642
KOTA KINABALU
SJK6609
KUCHING
QAB2756L
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025
Berita Berkaitan
Tiga Kereta Remuk Dirempuh Lori Pasir Hilang Kawalan
Tiga buah kereta remuk selepas menjadi ‘mangsa’ lori pasir yang hilang kawalan
14-09-2022
LRT3 Siap 86%, Dijangka Beroperasi 1 Mac 2025 - Kapasiti Harian 67,000
Projek Transit Ringan 3 (LRT3) telah kini sedang rancak dibangunkan dengan kemajuan 86%.
05-07-2023
Berita Terkini
OPS HRA 2025: JPJ Keluarkan 58,596 Saman, Nampaknya Ramai Tak Takut Kena Saman
JPJ telah mengeluarkan 58,596 notis saman Ops HRA 2025, baru-baru ini.
30-04-2025
Sudah Dibuka: Pusat 3S GAC Motor & AION Kini Di Johor Jaya
Ia yang terletak strategik di kawasan utama Plentong, Johor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
30-04-2025
KTMB Dedah Kes Gangguan Seksual Terhadap Penumpang Wanita Turun, Cuma 3 Kes Tahun Lepas
Akta dalam koc wanita, bakal diwujudkan.
29-04-2025
Adik Maut, Abang Parah Volkswagen Langgar Pokok Doa
Seorang pemandu Volkswagen maut, manakala abangnya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar sebatang pokok doa.
29-04-2025
Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025
Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.
29-04-2025
Jualan Perodua Bakal Melonjak Sebab Peraturan Eksais 2025 Ditangguh!
Perodua dikatakan akan terus menguasai pasaran automotif tempatan.
29-04-2025
Performance Motors Malaysia Kini Urus Pusat Pengedar BMW, MINI
Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad menjalinkan kerjasama untuk mengendalikan dan menguruskan dua pusat pengedaran BMW serta satu pusat pengedaran MINI di Performance Motors Malaysia.
29-04-2025
Projek ECRL: Bakal Pacu Ekonomi Di Pantai Timur
Projek ECRL bakal meningkatkan hubungan logistik di antara pantai Barat dengan Timur Semenanjung.
29-04-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat