Bas Henti-Henti Kini Lebih "Feminin"
Percaya atau tidak, perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negara akan digantikan dengan bas baharu berwarna merah jambu.
Untuk itu, kesemua pengendali perkhidmatan bas itu wajib menyediakan bas berkenaan dalam warna merah jambu.
Jika gagal berbuat demikian, mereka berdepan dengan penalti.
Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pada Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST), sebentar tadi.
“Semua tempat (seluruh negara) akan memiliki bas berwajah baharu ini. Pereka grafik yang membuat rekaan wajah baharu itu mencadangkan warna merah jambu sebab nampak lebih ceria.
"Dulu warna bas yang gelap agak membosankan, jadi kita tukar kepada warna ceria dan terang supaya dari jauh sudah nampak bas itu, kita naik pun rasa gembira,” katanya.
Bagaimanapun, transformasi akan dilakukan di seluruh Semenanjung kecuali Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang kerana memiliki perkhidmatan Bas Rapid.
Malah, Negeri Sembilan menjadi negeri pertama yang melakukan transformasi berkenaan dan diteruskan ke negeri lain berdasarkan penamatan tempoh kontrak bagi perkhidmatan dengan syarikat sedia ada.
Gallery


Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPF6106
SELANGOR
BSF3372
JOHOR
JYA654
PULAU PINANG
PRR3219
PERAK
ANW4559
PAHANG
CFB9529
KEDAH
KGA8356
NEGERI SEMBILAN
NEG1693
KOTA KINABALU
SJL1709
KUCHING
QAB4803L
Terakhir Kemas Kini 06 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.74
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.94
-0.03
Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2025
Berita Terkini
Perhatian! Kerja Penyelenggaraan Besraya Bermula 3 Jun- 30 Nov Ini
Besraya sudah memulakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual di sepanjang Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA).
05-06-2025
Jualan Proton Melonjak Mei Lalu Sebab Proton X70, Proton X50 Laku Keras
PROTON melabuhkan tirai untuk bulan Mei lalu dengan mencatatkan 13,328 unit terjual (domestik,eksport, smart, Proton e.MAS), 6.1% lebih tinggi berbanding Mei 2024,
05-06-2025
BAS.MY Kota Setar: Mudahkan Urusan 28,000 Penumpang, Ada 13 Laluan
BAS.MY KOTA SETAR sudah pun mula beroperasi sejak 1 Jun lalu.
05-06-2025
Satu Perjalanan Pengangkutan Awam Boleh Kurangkan 300 Kenderaan, - Kata Menteri
Satu perjalanan pengangkutan awam dapat mengurangkan sebanyak 300 kenderaan di jalan raya, sekali gus mengurangkan kesesakan di kawasan sibuk.
05-06-2025
PM: Cadang Perumahan Rakyat Baharu Dibina Berhampiran Dengan Stesen Pengangkutan Awam
Langkah itu dilihat dapat menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam di negara ini.
05-06-2025
Sempena Raya Haji, Harga RON97, Diesel Turun 3 Sen
Harga petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun 3 sen bermula esok hingga 11 Jun ini.
04-06-2025
Kamera AWAS: Sistem Point To Point Masih Belum Bermula
Ujian rintis sistem berasaskan kaedah 'point-to-point' masih belum bermula.
04-06-2025
VEP: Kerajaan Bakal Kuat Kuasa VEP 1 Julai Ini, Tiada VEP, Kena Bayar Saman Dulu Sebelum Keluar Malaysia
Pemandu Singapura yang memasuki Malaysia tanpa VEP, mereka akan dikenakan denda RM300.
04-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat