ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isuzu Malaysia Tawar Isuzu Insurance Pro – Insurans Komprehensif, Kelulusan Pantas

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Isuzu-Insurance-Pro.jpg


Isuzu Malaysia memperkenalkan program insurans baharu khas untuk para pelanggan, Isuzu Insurance Pro. Program ini menawarkan perlindungan yang komprehensif bagi melindungi pemandu serta kenderaan Isuzu pelanggan.


Ditawarkan untuk Semua Model Isuzu


web_CariCarz_MA_LAUNCH_2024-Isuzu-D-Max_-2.jpgIsuzu-Forward.jpg


Isuzu Insurance Pro ditawarkan untuk semua kenderaan yang diedarkan oleh Isuzu dan pengedar sahnya, termasuk trak pikap D-Max Facelift 2024 serta barisan model trak tugasan ringan, sederhana dan berat seperti ELF, Forward dan Giga. Program ini juga meliputi kenderaan penggerak utama (prime movers).


Untuk Kenderaan Baharu & Pembaharuan Polisi


Program insurans ini ditawarkan untuk kenderaan yang baru dibeli atau sebagai pembaharuan polisi sedia ada. Insurans ini diselenggara oleh barisan panel daripada lima syarikat insurans dan takaful terkemuka, menjanjikan perlindungan yang pantas, mudah dan khusus untuk memenuhi keperluan pemilik Isuzu.


Faedah Isuzu Insurance Pro


web_CariCarz_MA_LAUNCH_2024-Isuzu-D-Max_-1.jpg


Antara faedah yang ditawarkan oleh Isuzu Insurance Pro termasuk kelulusan pantas untuk tuntutan di bawah RM20,000, perkhidmatan tunda percuma sejauh 300 km untuk D-Max, serta tiga kali perkhidmatan tunda percuma sejauh 100 km untuk model ELF.


Selain itu, program ini juga menyediakan perlindungan untuk semua pemandu, elaun banjir,  elaun kunci akibat kemalangan atau kecurian, perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM10,000 untuk kedua-dua pemegang polisi dan pemandu yang sah serta bantuan tepi jalan 24/7.


Pengecualian Bayaran 'Betterment & Excess'


Isuzu Insurance Pro turut menawarkan pengecualian bayaran tambahan untuk peningkatan bahagian kenderaan (betterment) serta pengecualian bayaran sendiri (excess) selama 10 tahun untuk model D-Max, dan untuk tahun pertama bagi trak Isuzu lain. 


Alat Ganti Tulen Isuzu


web_CariCarz_MA_2024-Isuzu-D-Max-3.0-V-Cross-X-Terrain_-21.jpgweb_CariCarz_MA_2024-Isuzu-D-Max-3.0-V-Cross-X-Terrain_-23.jpgweb_CariCarz_MA_2024-Isuzu-D-Max-3.0-V-Cross-X-Terrain_-15.jpg


Lebih penting lagi, tuntutan yang dibuat di bawah program ini akan diberikan alat ganti tulen Isuzu, asalkan kenderaan dibawa ke pusat servis Isuzu yang sah.


Baca: Isuzu D-Max Facelift 2024 Kini Rasmi di Malaysia – 5 Varian, Harga Dari RM98K


Pembelian Insurans 


Pembelian Isuzu Insurance Pro boleh dilakukan bermula 5 Ogos melalui pengedar Isuzu yang sah di seluruh negara. Pelanggan yang mendaftar awal akan menerima hadiah eksklusif berupa cenderahati eksklusif  Isuzu Insurance Pro. Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila layari https://aftersales.isuzu.net.my/isuzu-insurance-pro/

Baca: Isuzu Dedah Prototaip Trak Pikap Elektrik D-Max – Bakal Lancar Tahun 2025


web_CariCarz_MA_LAUNCH_2024-Isuzu-D-Max_-4.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQY6784

SELANGOR

BSQ2715

JOHOR

JYX1267

PULAU PINANG

PSC4364

PERAK

APH5870

PAHANG

CFG5628

KEDAH

KGG1437

NEGERI SEMBILAN

NEK4596

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8043N

Terakhir Kemas Kini 23 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-11-2025
EV

01-05-2025
Berita Auto

29-04-2025
Global

22-11-2024
Berita Auto

05-08-2024
Global

13-06-2024
Kereta Baru

14-05-2024
Kereta Baru

17-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

1.9 Juta Kereta Masuk Pulau Pinang Bermula 27 Mei -2 Jun 2026

Sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka memasuki dan melalui Pulau Pinang sepanjang cuti panjang bermula 27 Mei ini.

22-05-2026
Berita Auto

Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini

Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!

22-05-2026
Berita Auto

Lencongan Jalan Lojing-Gua Musang Sudah Dibuka

Jalan Lojing-Gua Musang Dibuka Jam 5 Petang Ini, JKR Ingatkan Pemandu Kurangkan Had Laju!

21-05-2026
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Malaysia: Laku Keras, Raih 2,298 Tempahan Dalam Dua Minggu

Rakyat Malaysia Serbu Toyota! Yaris Cross Catat Lebih 2,000 Tempahan Selepas 14 Hari Pelancaran.

21-05-2026
Berita Auto

Mega Jam 2.2 Juta Kereta Sehari

Nak Cuti Panjang, Ini Tarikh-Tarikh ‘Keras’ Yang Anda Wajib Elak Di Lebuhraya PLUS!

20-05-2026
Berita Auto

Harga RON95, RON97 Tanpa Subsidi, Diesel Naik

Harga Bahan Api Tanpa Subsidi Naik Lagi.

20-05-2026
Berita Auto

iCAUR 03 CKD Kini Dipasang Di Shah Alam, Harga Marhaen

Bukan Lagi CBU! SUV EV 'Retro-Kotak' iCAUR 03 Kini Mula Dipasang Di Shah Alam, Harga RM129k!

20-05-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.