Jualan Isuzu Melonjak SEBAB..

Isuzu D-Max 1.9L Standard adalah model paling laris.
Nampaknya, Isuzu D-Max meneruskan legasinya dalam mencatatkan rekod jualan yang cukup cemerlang apabila merekodkan 9,650 unit untuk tahun lepas.
Jika dibandingkan dengan tahun 2022, Isuzu D-Max cuma dijual 9,211 unit. Ini bermakna pada tahun lepas, terdapat pertambahan jualan sebanyak 439 unit menjadikannya kepada 9,650 unit.
Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, sejak D-Max generasi ketiga diperkenalkan di Malaysia pada 2021, minat terhadap model ini sangat konsisten tinggi disebabkan ciri canggih, karektor pemanduan cemerlang dan ia cukup versatil.

OKAZOE
“Model baharu ini juga telah memperluaskan lingkungan pelanggan kami dan mencatatkan jualan sebanyak 185%, dan dalam masa yang sama mengekalkan kelompok pelanggan sedia ada,” katanya.
Menurutnya, “Isuzu D-Max generasi ketiga telah menjadi model penting buat mereka.
“Ini kerana ia menggabungkan keupayaan kejuruteraan terbaik Isuzu dengan kecanggihan kenderaan moden serta rekaan ergonomik.
“Ini menjadikan D-Max sebuah trak pikap yang sangat berkeupayaan dalam memenuhi keperluan setiap penggunanya. Ia trak untuk semua,” tambahnya.



Luar dan dalam Isuzu D-Max.
Untuk makluman anda, Isuzu D-Max ada lapan varian dimana para pelanggan boleh memilih model mana yang bersesuaian dengan kegunaan mereka. Ia bermula dari versi Single Cab sehinggalah model flagship, X-Terrain.
Isuzu Malaysia mendapati varian 1.9L Standard menjadi pilihan para pelanggannya dimana ia menyumbang sebanyak 28% jualan.
Varian ini menjadi begitu popular kerana kapasiti enjinnya yang menjimatkan bahan api serta memberi manfaat kadar cukai jalan dan kos penyelenggaraan yang rendah, tetapi dengan prestasi yang mengagumkan.
Malah, permintaan terhadap varian X-Terrain juga terus meningkat sepanjang 2023 disebabkan
Kecanggihan, penampilan serta kemampuan prestasi off-road yang diberikan.

MODEL ISUZU X-TERRAIN.
Walaupun masih baru dalam segmen trak pikap gaya hidup, X-Terrain semakin ke depan dan meraih banyak perhatian.
Jualannya juga meningkat sebanyak 24.5% sejak pelancarannya. Ciri menariknya termasuklah Advanced Driving Assistance Systems (ADAS) dan juga jaminan tujuh-tahun tanpa had perbatuan.
Apapun, permintaan kukuh yang berterusan untuk Isuzu D-Max membolehkan jenama ini untuk berada di kedudukan No. 2 di Sabah, Kedah dan Pahang bagi segmen trak pikap.
Sementara untuk kedudukan peringkat nasional pula, ia berada di kedudukan No. 3 dengan kadar perkongsian pasaran sebanyak 16.6%.
Untuk maklumat lanjut, layari pickuptruck.isuzu.net.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Kebangkitan Isuzu D-MAX 2.2L Baharu: Penguasaan Pasaran Melonjak
Sentuhan Enjin 2.2L Baharu, Penangan Isuzu D-MAX Gegarkan Pasaran Tempatan.
04-08-2026
Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka
Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.
22-04-2026
Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial
Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
03-02-2026
Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan
Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa jualan model pikap terlaris jenamanya, Isuzu D-Max, telah mencapai angka 3,081 unit sepanjang enam bulan pertama tahun 2025.
29-07-2025
Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM
Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV).
02-05-2025
Isuzu D-Max 'Tawan' Pasaran Trak Pikap Sebab Jimat Minyak?
Ramai beli Isuzu D-Max sebab jimat minyak, cukai jalan murah dan kos selenggara murah.
21-04-2025
Dilancar: Isuzu D-Max Low-Ride 4X2 MT, Harga Mampu Milik
Tarikan utamanya ialah bahagian ruang muatan barangan kerana berada di kedudukan lebih rendah.
26-02-2025
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat