Proton EV, e. MAS 7 MUNGKIN Kelihatan Macam Ini!
Suhana Veru
6-8-2024
Proton sudah pun mendedahkan secara rasminya prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7 pada minggu lepas.
Namun model EV itu masih dilitupi dengan pelekat camo manakala bahagian kabinnya juga masih belum didedahkan kepada media.
Kami cuba skodeng kabinnya namun usaha itu gagal.
Di sebalik itu, seperti biasa pakar manipulasi automotif tersohor, Theophilus Chin mendedahkan beberapa imej render model itu tanpa pelekat penyamaran.
Melihat imej itu, Proton dilihat berusaha sedaya -upaya untuk mengayakan semula e.MAS 7 untuk membezakannya daripada kembarnya iaitu Geely Galaxy E5.
Menjengah bahagian hadapannya, Theo dilihat mengekalkan banyak elemen utama yang tersembunyi di sebalik penyamaran prototaip itu.
Antaranya seperti lampu depannya, gril ambilan udara kelihatan agak rendah dan terdapat material plastik berwarna hitam yang diletakkan pada setiap sisi bampar hadapan.
Bahagian belakang pula, Chin menampilkan elemen lapisan hitam bampar bawah yang diapit oleh dua panel trim kelabu pada setiap sisi.
Dari segi sisi pula, Chin mengenakan rim aloi yang sama seperti Geely Galaxy E5 dan apa yang membezakannya adalah logo Proton.
Bagaimanapun, Proton menegaskan model EV mereka itu bukanlah model rebadge E5.
Apapun, masih banyak maklumat e.MAS 7 yang belum terungkai terutama dari segi harganya.
Jadi, adakah EV pertama Proton ini akan dijual di bawah RM100,000?
Apa pula pandangan anda?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPF4301
SELANGOR
BSF2781
JOHOR
JXY8215
PULAU PINANG
PRR2573
PERAK
ANW3925
PAHANG
CFB9306
KEDAH
KGA7947
NEGERI SEMBILAN
NEG1534
KOTA KINABALU
SJL1359
KUCHING
QAB4739L
Terakhir Kemas Kini 02 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.77
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.97
-0.03
Terakhir Kemas Kini 29 May, 2025
Berita Terkini
Big Blue; Tambang Teksi EV Bakal Naik? Naik Seringgit
Big Blue Taxi berhasrat untuk menaikkan kadar caj permulaan tambang bagi teksi elektrik (EV) ekonomi (merah) daripada RM3 kepada RM4.
30-05-2025
Tesla Model Y Tanpa Pemandu Telah Diuji – Tiada Insiden, Penghantaran Mula Jun
Tesla kini menguji kenderaan Model Y tanpa pemandu sepenuhnya di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang pelancaran perkhidmatan robotaxi.
30-05-2025
Proton e.MAS 7 Buktikan Mampu Harungi Perjalanan Lebih 10,000KM, Rentas 9 Negara
Proton e.MAS 7 telah berjaya menamatkan perjalanan bersejarah sejauh 10,432km dengan merentasi sembilan buah negara ASEAN baru-baru ini.
29-05-2025
BMW i4 2025 Kini Dengan Varian Lebih Berkuasa, M60 xDrive – Cecah 593 HP!
BMW memperkenalkan varian tertinggi dalam barisan coupe sporty elektrik, i4, BMW i4 M60 xDrive.
29-05-2025
Alpine A390 Didedah, Ada 3 Motor Elektrik, Jarak Gerak 555KM
Jenama kereta sport dari Perancis, Alpine mendedahkan crossover elektrik pertamanya, Alpine A390, baru-baru ini.
28-05-2025
Xpeng P7 Tampil Lebih Berani, Ada Pintu Gunting, Rim Jenis Besar Baru Nampak Garang
Xpeng sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan Xpeng P7, baru-baru ini.
27-05-2025
Cas EV Sementara Beli-Belah – ChargeSini Kini Di Bangi Gateway & Q Sentral
ChargeSini lancar stesen pengecasan di Q Sentral, Kuala Lumpur dan Bangi Gateway Mall, Selangor.
26-05-2025
Kembar Proton e.MAS 7 Versi Long Range Didedahkan – Galaxy E5 Kini Capai 610 KM
Geely nampaknya telah menghasilkan varian baharu untuk SUV elektrik, Galaxy E5, iaitu versi Long Range.
26-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat