Ekosistem Pengangkutan Awam Selangor Akan Ditingkatkan – Penggunaan DRT Dipantau
Sofea Najmi
23-9-2024
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor, Ng Sze Han (tengah) di dalam van transit DRT (Foto: Instagram @ngszehan)
Kerajaan Negeri Selangor kini sedang berusaha untuk mewujudkan ekosistem pengangkutan multimodal yang lancar bagi memenuhi keperluan penduduk melalui Inisiatif Mobiliti Selangor.
Sejak November tahun lalu, negeri ini telah melancarkan sistem pengangkutan Demand Responsive Transit (DRT) sebagai projek rintis di lapan lokasi terpilih sejak November tahun lalu.
Tambah Baik Kesalinghubungan Hubungan Awal dan Akhir Pengangkutan Awam
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor, Ng Sze Han, menyatakan bahawa projek bernilai RM5 juta setahun ini bertujuan untuk meningkatkan ketersambungan pengangkutan awam terutama dalam aspek kesalinghubungan perbatuan pertama dan terakhir (first and last-mile connectivity). Usaha ini juga dilakukan untuk mengurangkan jurang dalam rangkaian pengangkutan awam.
Antara lokasi yang terlibat dalam projek ini adalah termasuk hab LRT, MRT dan bas di USJ, Sunway, Ara Damansara, Taman Megah, Bandar Utama, Puchong, Ampang, Taman Melawati dan Taman Keramat.
“Projek rintis ini menunjukkan keperluan kritikal untuk hubungan awal dan akhir pengangkutan. Kerajaan negeri akan meneruskan perkhidmatan sekiranya sambutan yang diterima adalah menggalakkan.
“Kajian kami mendapati terdapat kekurangan akses kepada perkhidmatan bas pengantara di kawasan yang terpencil,” kata Ng.
Penggunaan DRT Rendah di Sesetengah Lokasi
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor, Ng Sze Han (tengah) bergambar bersama van transit DRT (Foto: SelangorKini)
Namun menurut Ng, berdasarkan kajian yang dilakukan di sesetengah kawasan seperti Gombak dan Sungai Buloh, masih ramai rakyat yang cenderung menggunakan kenderaan sendiri dan kurang menggunakan perkhidmatan DRT yang disediakan walaupun kekurangan atau tidak memiliki pengangkutan awam lain.
Penggunaan Tinggi di Kawasan Pengajian
Walau bagaimanapun, Zon UPM-Serdang, yang juga diklasifikasikan sebagai kawasan kekurangan sistem pengangkutan, menunjukkan peningkatan jumlah penumpang bulanan yang ketara.
Servis DRT yang disediakan banyak dimanfaatkan oleh pelajar universiti di sekitar seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) untuk ke MRT dan pusat beli belah IOI City Mall.
Di bahagian utara Petaling Jaya seperti Bandar Utama dan Damansara, bilangan pengguna DRT dalam kalangan pekerja pejabat juga semakin meningkat. Perkhidmatan ini menghubungkan orang ramai ke stesen MRT seperti Mutiara Damansara, Surian dan Bandar Utama.
Rancangan Jangka Panjang
Van transit DRT bawah Inisiatif Mobiliti Selangor disediakan di lapan lokasi terpilih yang tidak memiliki perkhidmatan DRT Prasarana (Foto: Instagram @ngszehan)
Ng turut menyatakan bahawa Inisiatif Mobiliti Selangor ditumpukan kepada kawasan yang tidak memiliki perkhidmatan DRT Prasarana, termasuk kawasan perumahan, komersial dan institusi pengajian tinggi.
“Dalam masa yang terdekat, kerajaan negeri akan menganalisis data daripada projek rintis ini untuk merancang strategi yang lebih baik. Ini termasuk mengenal pasti zon yang menggunakan perkhidmatan DRT secara optimum dan zon yang kurang menggunakannya,” jelasnya.
Sumber berita: The Star
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC5417
SELANGOR
BSE5598
JOHOR
JXW7644
PULAU PINANG
PRQ4598
PERAK
ANV4824
PAHANG
CFB7059
KEDAH
KGA4811
NEGERI SEMBILAN
NEF7753
KOTA KINABALU
SJK8146
KUCHING
QAB3297L
Terakhir Kemas Kini 09 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
-0.08
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
-0.08
EURO 5 B7
RM 3.00
-0.08
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2025
Berita Berkaitan
Thaipusam: KTM & Bas Percuma, Feri 24 Jam, Ini Apa Anda Perlu Tahu
Ini perubahan jadual dan inisiatif yang ditawarkan untuk perkhidmatan pengangkutan awam sempena sambutan Thaipusam.
04-02-2025
Elak Koc Wanita Diceroboh, Pegawai & Polis Bantuan Mula Buat Rondaan Berkala
Pegawai dan kakitangan polis bantuan kini ditempatkan di koc wanita bagi mengelakkan insiden pencerobohan yang kerap berlaku.
03-09-2024
Bas Percuma Dihentikan Di Negeri Sembilan, Kurang Sambutan, Banyak Digunakan Warga Asing
Perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh kerajaan Negeri Sembilan dihentikan sepenuhnya.
30-08-2024
Data Dedah Makin Ramai Pilih Pengangkutan Awam – Kementerian Pengangkutan
Penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang mencatatkan peningkatan ketara.
26-08-2024
Johor Cadang Pembangunan ART, Lebih Baik Daripada LRT, Ini Sebabnya...
Kerajaan Johor telah memilih untuk menggunakan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) sebagai pengangkutan awam di Johor Bahru. Ini sebabnya...
13-05-2024
KL Sentral Akan Dibangunkan Semula Bermula Akhir Tahun Ini – Loke
Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) akan dinaiktaraf bermula hujung tahun ini.
12-05-2024
Mohon Kerajaan Luluskan Penambahan Bas Henti-Henti, MRD, di Kelantan
Kementerian Pengangkutan digesa untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD).
09-05-2024
"Beli Tiket Sebelum Habis Sempena Cuti Sekolah, Jualan Mula Malam Ini." – KTMB
Dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) telah disediakan untuk laluan Padang Besar-KL Sentral-Padang Besar.
09-05-2024
Berita Terkini
Lega, Harga Runcit RON97, Diesel Turun 8 Sen
Harga RON97 dan diesel bagi Semenanjung masing-masing diturunkan lapan sen seliter.
07-05-2025
Sidang Kemuncak ASEAN: Kakitangan Kerajaan Boleh Kerja Dari Rumah
Penjawat awam boleh memohon untuk bekerja dari rumah.
07-05-2025
Stesen LRT Glenmarie: Lokasi Pencuri Bateri Kereta
Stesen LRT Glenmarie kini menjadi sasaran pencuri bateri kereta.
07-05-2025
Apa Yang Menarik Di Malaysia Autoshow 2025 Pada 9-15 Mei Nanti?
Pameran automotif tahunan terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) kembali tahun ini dengan tema baharu ‘Shifting The Future’.
07-05-2025
Viral: Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Van, Ini Pula Kata Polis!
Wanita maut dipercayai tercampak keluar van di tepi KESAS.
06-05-2025
Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV
Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.
06-05-2025
Ada Berita Baik Untuk Pencari Kerja, Projek ECRL Bakal Tawar 3,200 Peluang Pekerjaan
Projek ECRL bakal mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
06-05-2025
'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas
Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).
06-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat