ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

300 Unit Van DRT Mesra OKU Ditambah Bermula Februari

Sofea Najmi

Kongsi melalui

download-(55).jpeg

Lebih 300 van baharu untuk perkhidmatan transit atas permintaan (DRT) akan disediakan di sekitar stesen tren RapidKL. Langkah ini bertujuan menyelesaikan masalah kesalinghubungan dari dan ke stesen tren, atau dikenali sebagai isu ‘first mile last mile,’ jelas Prasarana Malaysia Bhd.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan bahawa inisiatif ini akan membantu penumpang menjimatkan masa perjalanan ke stesen pengangkutan awam, sekali gus meningkatkan penggunaan pengangkutan awam secara keseluruhan.

WhatsApp-Image-2024-08-14-at-12.50.36-PM.jpeg

“Prasarana melalui RapidKL akan memperkenalkan 300 van  van bergerak di Lembah klang berdekatan stesen awam untuk membawa penumpang, dan (seterusnya) menyelesaikan isu ‘first mile last mile’.

27805642-1024x616.jpeg

“Sebanyak 20 van telah diguna pakai sejak tahun lalu, dan ia memang popular dan ramai suka kerana kita hanya caj RM1 untuk satu perjalanan," ujarnya. 

Jelasnya lagi, proses operasi 300 van itu akan dimulakan secara berperingkat antara Februari hingga Jun depan. 

Laluan Rapid DRT

Perkhidmatan Rapid DRT kini beroperasi di beberapa laluan di Lembah Klang, termasuk LRT Alam Megah, LRT Taman Paramount, LRT Taman Bahagia, LRT Sri Rampai, LRT Glenmarie, LRT Sri Petaling, LRT Taman Melati, LRT Asia Jaya. Di Pulau Pinang, laluan Rapid DRT menghubungkan kawasan Farlim ke daerah Air Itam.  

Untuk memanfaatkan sistem pengangkutan Rapid DRT, penumpang perlu memilih lokasi tertentu melalui aplikasi MyRapid Pulse. Setelah membuat tempahan, masa menunggu untuk diambil adalah sekitar lima minit.  Waktu operasi perkhidmatan ini bermula dari 6 pagi hingga 11.30 malam setiap hari.  

Pembayaran tambang sebanyak RM1 boleh dibuat menggunakan tunai, MyCity Pass, Family Pass, Kad Konsesi MyRapid, Touch 'n Go atau Free Travel Pass untuk OKU Smile.  Bagi pemegang My50 Unlimited Travel Pass, perjalanan adalah percuma.  

310 Unit Bas Diesel Yang Terakhir 

Selain van DRT, Prasarana turut akan menambah 310 bas diesel baharu dalam perkhidmatan. Bas-bas ini merupakan kumpulan terakhir sebelum kerajaan beralih kepada sistem bas awam yang lebih mesra alam pada masa hadapan.

Selesaikan Isu Akses Ke Stesen Tren

Pengguna di Lembah Klang sering berhadapan kesukaran untuk mengakses stesen tren, terutamanya dengan berjalan kaki. Prasarana telah memperkenalkan perkhidmatan DRT pada fasa pertama dengan 30 van, di mana 10 daripadanya dilengkapi ciri keselamatan tinggi dan mesra Orang Kurang Upaya (OKU).

Prasarana juga merancang untuk memperluaskan perkhidmatan ini ke kawasan lain seperti Putrajaya, Kajang, Ampang, serta kawasan tanpa perkhidmatan rel atau Rapid Bus seperti Kuala Kubu Bharu.

Sumber: Astro Awani

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD6523

SELANGOR

BSR1576

JOHOR

JYB3682

PULAU PINANG

PSD3271

PERAK

APJ4170

PAHANG

CFG8716

KEDAH

KGG6573

NEGERI SEMBILAN

NEK7359

KOTA KINABALU

SJS5531

KUCHING

QAB580P

Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

21-01-2023
Berita Auto

06-12-2022
Berita Auto

16-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027

Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.

26-06-2026
Berita Auto

NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang

Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.

25-06-2026
Berita Auto

Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.

25-06-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Menang Anugerah

iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.

25-06-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran

Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.

24-06-2026
Berita Auto

PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis

PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.

24-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.