Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang

Perkhidmatan Rapid KL On-Demand kini ditambah kepada 12 zon sekitar Shah Alam serta Klang, Selangor, mulai hari ini.
Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) berkata, perkhidmatan van itu meliputi kawasan Persiaran Dato Menteri - KTM Shah Alam; KTM Padang Jawa - Terminal 17; KTM Padang Jawa - Seksyen 7; U12 Cahaya Alam; Bandar Baru Klang; dan KTM Klang - Batu Belah.
Menurutnya, perkhidmatan sama turut diperluaskan ke kawasan Taman Summit; KTM Klang - Teluk Gadong; Sri Andalas; Klang Jaya; Bandar Bukit Tinggi; dan Bandar Puteri.
"Langkah ini adalah sebahagian daripada komitmen Prasarana untuk memperkukuhkan jaringan mobiliti bandar serta meningkatkan akses kepada pengangkutan awam, khususnya kesalinghubungan batuan pertama dan batuan terakhir," katanya.


Sementara itu, Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan, berkata peluasan perkhidmatan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat berkenaan untuk mendekatkan rakyat kepada sistem pengangkutan awam yang diyakini serta inklusif.
"Fasa ini bukan sekadar memperluaskan liputan perkhidmatan tetapi juga membuktikan komitmen kami untuk menyediakan akses yang seimbang kepada pengangkutan awam
"Kami mahu memastikan setiap warga bandar mendapat penyelesaian mobiliti yang bersesuaian, cekap dan berpatutan, terutama di kawasan yang sebelum ini kurang diliputi oleh rangkaian bas sedia ada," katanya dalam kenyataan sama.
Rapid KL On-Demand menawarkan jaminan tempat duduk dan boleh ditempah setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11.30 malam dengan tambang promosi serendah RM1 setiap perjalanan masih diteruskan sebagai galakan untuk lebih ramai pengguna mencuba perkhidmatan itu.
Tempahan perjalanan boleh dibuat menerusi aplikasi Rapid On-Demand yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.
Maklumat lanjut mengenai zon liputan dan panduan penggunaan boleh didapati dalam laman web rasmi: www.myrapid.com.my atau saluran media sosial Rapid KL.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7965
SELANGOR
BSU9404
JOHOR
JH1971J
PULAU PINANG
PSH3149
PERAK
APM8064
PAHANG
CFJ3724
KEDAH
KGJ7546
NEGERI SEMBILAN
NEM5471
KOTA KINABALU
SJV1147
KUCHING
QAB9703P
Terakhir Kemas Kini 09 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



