Ada 2,500 Panel Solar Di Kilang Tayar Continental, PJ

Kilang tayar Continental di Petaling Jaya, Malaysia telah melancarkan projek tenaga baru-baru ini dimana ia telah memasang 2,500 panel solar yang meliputi kawasan seluas 10,000 meter persegi.
Fasa pertama projek ini mempunyai kapasiti solar sebanyak 1,500 kilowatt-puncak (kWp) dan dijangka menjana 2 juta kilowatt-jam (kWh) tenaga hijau setiap tahun.
Ini bermakna, kilang tayar Continental di Petaling Jaya akan memenuhi kira-kira 13 peratus keperluan elektriknya melalui penjanaan tenaga solar semasa waktu pengeluaran siang hari, mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 1,400 tan setahun.

Pengarah Urusan Kilang Tayar Continental di Petaling Jaya, Andrea Somorova berkata, projek pemasangan panel solar di kilang itu mencerminkan dedikasi mereka dalam mengurangkan pelepasan karbon selain menerima pakai penyelesaian tenaga boleh diperbaharui.
“Dengan melabur dalam inisiatif mampan, kami bukan sahaja menyokong matlamat alam sekitar global tetapi juga memastikan masa depan yang lebih hijau untuk komuniti kami,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Menteri, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia, Akmal Nasrullah Mohd Nasir merasmikan projek tersebut.

Beliau turut memuji usaha Continental dalam mengurangkan penggunaan tenaga dan impak alam sekitar.
Dengan menggunakan tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui, syarikat ini bukan sahaja mengurangkan kos operasinya tetapi juga menyumbang kepada matlamat Malaysia untuk masa depan yang neutral karbon.
“Ini adalah contoh sempurna bagaimana industri boleh memimpin dalam mencapai matlamat alam sekitar negara,” katanya.
Sebagai makluman, kejayaan pelancaran Fasa 1 projek tenaga solar di kilang tayar Continental di Petaling Jaya adalah permulaan kepada projek yang lebih besar.
Terdapat perancangan untuk menggandakan jumlah kapasiti penjanaan tenaga solar kilang pengeluaran tayar ini kepada 4 juta kWh menjelang akhir 2026.
Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif penjimatan tenaga global Continental, di mana pengeluar tayar ini secara sistematik mengurangkan jejak karbon operasinya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL9463
SELANGOR
BST670
JOHOR
JC7563J
PULAU PINANG
PSE8794
PERAK
APK8114
PAHANG
CFH5015
KEDAH
KGH6394
NEGERI SEMBILAN
NEL5130
KOTA KINABALU
SJT6242
KUCHING
QAB4297P
Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat