- Berita
- Berita Auto
- BMW Buat Penghantaran 13,500 Kereta Tahun Lepas, Kekal Sebagai Pengeluar Automotif Premium Nombor 1
BMW Buat Penghantaran 13,500 Kereta Tahun Lepas, Kekal Sebagai Pengeluar Automotif Premium Nombor 1

BMW Group Malaysia melabuhkan tirai 2024 dengan merekodkan satu lagi pencapaian luar biasa dalam prestasi perniagaan menerusi penghantaran lebih daripada 13,500 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad.
Dalam mengukuhkan komitmen, BMW Group Malaysia juga berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Pembekal Kenderaan Elektrik Premium nombor satu apabila berjaya melakukan penghantaran lebih daripada 2,700 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad.
Jumlah itu mewakili 20.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penghantaran tahun ini, sekaligus menambah jumlah keseluruhan hampir 33,000 unit kenderaan BMW Group Malaysia yang dikuasakan elektrik.
Malah, BMW berjaya mengedarkan lebih daripada 10,500 kenderaan premium sepanjang tahun, manakala MINI, jenama automotif kompak premium mencatatkan lebih 1,400 penghantaran kenderaan.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, tahun lalu merupakan tahun yang luar biasa bagi BMW Group Malaysia.
“Selepas pengukuhan komitmen terhadap industri automotif tempatan Malaysia, termasuk peluasan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau BMW Group, hingga mengukuhkan kedudukan sebagai Pengeluar Kenderaan
Elektrik Premium nombor satu di Malaysia untuk satu lagi tahun melalui penghantaran lebih daripada 2,700 kenderaan elektrik merangkumi portfolio BMW, MINI, dan Motorrad.

“Kami percaya setiap pencapaian ini adalah bukti kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan serta rakan niaga,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk makluman, lebih daripada 2,450,000 kenderaan dihantar meliputi seluruh portfolio BMW Group di seluruh dunia pada tahun 2024. BMW Group mencatatkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 13.5 peratus dalam segmen serba elektrik, selepas berjaya menghantar lebih 426,000 kenderaan serba elektrik (termasuk Rolls-Royce).
Tahun lalu menyaksikan pengenalan 27 model dan varian baharu ke dalam portfolio kenderaan premium BMW Group Malaysia, 12 daripadanya merupakan model serba elektrik.
Kejayaan portfolio BMW pada tahun 2024 didorong oleh penghantaran lebih daripada 3,600 unit BMW X dalam kategori Kenderaan Aktiviti Sukan (SAV), dengan BMW X1 sDrive20i pemasangan tempatan muncul sebagai kenderaan terlaris pengeluar automotif premium ini pada tahun tersebut.
Dengan hampir 1,500 penghantaran, BMW X1 sDrive20i mencatatkan pertumbuhan mengagumkan sebanyak lebih 195 peratus berbanding dengan pelancarannya pada tahun 2023.
Kejayaan ini diikuti rapat oleh BMW X4 xDrive 30i M Sport Pro dan BMW X5 xDrive50e M Sport yang masing-masing menyaksikan hampir 700 dan 400 unit dihantar kepada pemilik baru sepanjang tahun.
Selain itu, lebih 2,700 unit BMW 3 Series dihantar sepanjang 2024, dengan BMW 320i M Sport mendahului segmen tersebut untuk tahun kedua berturut-turut, mencatatkan lebih 1,400 unit. BMW 5 Series juga juga menerima sambutan yang menggalakkan dengan lebih 790 unit dihantar, didahului oleh BMW 520i yang baru diperkenalkan.

MINI Malaysia juga mencatatkan prestasi mengagumkan, didorong terutamanya oleh pengenalan yang dinanti-nantikan dalam Keluarga MINI Baharu iaitu beberapa model baharu
Model-model tersebut termasuk MINI Countryman SE ALL4 Serba Elektrik, MINI John Cooper Works (JCW) Countryman ALL4, MINI Cooper S, MINI Cooper SE, serta MINI Aceman SE dan pratonton MINI Cooper S lima pintu.
Mengungguli segmen jenama ini adalah MINI Countryman pemasangan tempatan, dengan lebih 340 dihantar pada tahun 2024.
Portfolio elektrik MINI juga semakin mendapat tempat di hati pelanggan, dengan MINI Countryman SE ALL4 Serba Elektrik mencatatkan pencapaian kedua tertinggi jenama ini, dengan lebih 320 unit dijual dalam masa tujuh bulan selepas pelancarannya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU3563
SELANGOR
BSU4652
JOHOR
JF8751J
PULAU PINANG
PSG4908
PERAK
APM3201
PAHANG
CFJ1459
KEDAH
KGJ4879
NEGERI SEMBILAN
NEM3098
KOTA KINABALU
SJU5893
KUCHING
QAB7648P
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

