ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

BMW iX Facelift 2025 Diperkenalkan – Rekaan & Prestasi Lebih Agresif, Jarak EV Lebih Jauh

Sofea Najmi

Kongsi melalui

P90585161_highRes.jpg


Selain M3 CS Touring, BMW turut memperkenalkan BMW iX yang diperbaharui bagi tahun 2025. SUV elektrik ini menerima beberapa peningkatan ketara dari segi reka bentuk, prestasi, serta teknologi. 


Varian Baharu dan Penstrukturan Semula Barisan Model


Untuk tahun model 2025 (2025MY), rangkaian varian BMW iX telah diperbaharui. Varian asas kini bermula dengan xDrive45, diikuti oleh varian pertengahan baharu, xDrive60. Sementara itu, varian berprestasi tinggi M70 xDrive kini menggantikan model M60 sebelumnya sebagai varian utama dengan prestasi paling tinggi.


Reka Bentuk Luar Lebih Agresif & Canggih


P90585030_highRes.jpgP90585031_highRes.jpgP90585175_highRes.jpgP90585177_highRes.jpg


Pakej M Sport kini ditawarkan sebagai pilihan tambahan buat pertama kali. Perbezaan yang ketara dapat dilihat pada versi yang menerima sentuhan M Sport (bawah) dan yang tiada M Sport (atas).


BMW iX 2025 tampil dengan beberapa perubahan reka bentuk termasuk lampu depan LED adaptif terkini dengan corak DRL baharu. Gril "kidney" kini dengan gabungan corak menegak dan menyerong yang bersifat 'tertutup' sepenuhnya. Menariknya, ia diberikan lapisan bahan poliuretana yang boleh 'menyembuhkan' calar ringan dalam tempoh 24 jam. Selain itu, ia turut memiliki elemen pemanas dan sistem perbersihan sensor. 


Buat pertama kali, varian xDrive45 dan xDrive60 kini boleh didapati dengan pakej M Sport. Sementara itu, M70 xDrive didatangkan dengan pakej M Sport sebagai standard, dengan aerokit yang lebih agresif. BMW turut menawarkan M Sport Package Pro, yang menambah elemen seperti lampu M Shadow Line dan reflektor menegak.


Kabin Premium Dengan Teknologi Baharu


P90585033_highRes.jpgP90585184_highRes.jpgP90585201_highRes.jpg


Paparan canggih BMW Curved Display yang terdiri daripada skrin kluster meter 12.3 inci dan skrin infotainmen 14.9 inci kekal sama. Namun kali ini dikuasakan oleh Sistem Operasi BMW 8.5 dengan Quick Select untuk pengalaman lebih intuitif.


Untuk kemasan, iX 2025 didatangkan standard dengan pakej Atelier yang memberikan ciri seperti stereng heksagon dan upholsteri SentaTec. Namun sekiranya pembeli menginginkan sentuhan lebih eksklusif, terdapat pakej kemasan lain seperti Loft dan Suite.


Sementara itu, pakej M Sport pula akan menyerlahkan aura sporty kabin dengan ciri seperti tempat duduk sporty, stereng tiga jejari balutan kulit, dan konsol tengah berwarna hitam berkilat. 


Prestasi Lebih Tinggi Dengan Keupayaan Bateri Ditingkatkan


P90585166_highRes.jpg


iX xDrive45 dan iX xDrive60 kini menggunakan bateri berkapasiti lebih tinggi, serta e-motor yang lebih berkuasa, menjanjikan jarak perjalanan lebih jauh


BMW iX xDrive45 kini dengan prestasi yang lebih mantap iaitu 402 hp dan tork 700 Nm dengan kemampuan pecutan dari 0-100 km/j dalam hanya 5.1 saat. Menggunakan bateri berkapasiti 94.8 kWj, membolehkannya mencapai jarak pemanduan antara 490 km ke 602 km (WLTP). Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan AC 11 kW (0-100%: 9 jam 45 min) sebagai standard, dengan pilihan AC 22 kW (0-100 kW: 5 jam),  manakala pengecasan pantas DC sehingga 175 kW (10-80%: 34 min).


P90585147_highRes.jpg


xDrive 60 mampu mencapai jarak perjalanan EV sehingga 701 km (WLTP), serta boleh menerima input pengecasan DC sehingga 195 kW


Beralih kepada BMW iX xDrive60, model ini menawarkan kuasa lebih tinggi dengan 536 hp dan tork 765 Nm, membolehkannya mencapai 0-100 km/j dalam hanya 4.6 saat. Dengan bateri 109.1 kWj, ia mampu memberikan jarak perjalanan lebih jauh iaitu antara 563 km hingga 701 km (WLTP). Selain pengecasan AC 11 kW (0-100%: 11 jam 15 min) standard dan pilihan pengecasan AC 22 kW (0-100%: 5 jam 45 min), model ini turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 195 kW (10-80%: 35 min), membolehkan pengisian semula bateri lebih pantas dan efisien.


P90585194_highRes.jpgP90585195_highRes.jpgP90585193_highRes.jpg


BMW iX M70 xDrive merupakan model dengan spesifikasi tertinggi


Bagi yang mahukan prestasi lebih ekstrem, BMW iX M70 xDrive adalah pilihan terbaik. Model ini dikuasakan oleh motor elektrik yang menghamburkan kuasa setinggi 650 hp dan tork 1,015 Nm (atau 1,100 Nm dengan Launch Control), membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 3.8 saat. Kelajuan maksimum juga lebih tinggi, mencecah 250 km/j. Model ini menggunakan bateri 108.9 kWj, memberikan jarak antara 521 km hingga 600 km (WLTP). Dari segi pengecasan, ia menyokong AC 11 kW (0-100%: 11 jam 15 min) secara standard, AC 22 kW (0-100%: 5 jam 45 min) sebagai pilihan tambahan, serta pengecasan pantas DC 195 kW (10-80%: 35 min), sama seperti varian xDrive60.


P90585181_highRes.jpg


Kedua-dua varian tertinggi, menerima input pengecasan pantas DC 195 kW


Walaupun M70 xDrive mempunyai kapasiti bateri lebih kecil berbanding xDrive60, jarak pemanduannya masih kompetitif dengan kelajuan pengecasan yang sama, ini menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan tenaga.


Teknologi Bantuan Pemandu Lebih Canggih


BMW iX 2025 dilengkapi dengan Driving Assistant Plus sebagai standard, manakala Driving Assistant Professional tersedia sebagai pilihan dengan ciri seperti bantuan pengelak pelanggaran, bantuan penukaran lorong aktif dan kawalan jelajah adaptif dengan kelajuan operasi lebih tinggi iaitu 210 km/j berbanding 180 km/j. 


Turut diperkenalkan ialah Highway Assistant, yang membolehkan pemanduan separa autonomi Tahap 2+ di lebuh raya yang dibenarkan (Jerman dan Amerika Utara). Ini membolehkan pemandu melepaskan stereng, dan kenderaan akan bergerak sendiri sehingga 130 km/j.


Selain itu, untuk memudahkan parkir, model ini turut didatangkan dengan teknologi bantuan parkir dengan bantuan undur serta bantuan parkir profesional. Pembelian pelbagai lagi ciri tambahan lain boleh dibuat melalui BMW ConnectedDrive Store. 


Bakal Tiba Di Malaysia?


P90585146_highRes.jpg


Dengan pelancaran globalnya minggu ini, ada kemungkinan besar BMW iX 2025 akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Apa pendapat anda tentang perubahan yang dibuat untuk iX  kali ini? Cukup menarik? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. 


Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di Carz.com.my

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4238

SELANGOR

BST7549

JOHOR

JE3918J

PULAU PINANG

PSF6029

PERAK

APL5208

PAHANG

CFH7543

KEDAH

KGJ1430

NEGERI SEMBILAN

NEL8759

KOTA KINABALU

SJU1567

KUCHING

QAB5763P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-07-2025
Kereta Baru

01-03-2024
Kereta Baru

16-02-2024
EV

06-02-2024
Kereta Baru

05-08-2023
EV

04-08-2023
Berita Auto

06-06-2023
Berita Auto

26-01-2023

Berita Terkini

Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.