ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

BMW M3 CS Touring 2025, Jentera Berprestasi Tinggi Yang Praktikal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

P90584973_highRes.jpg


BMW M3 CS Touring 2025


Syarikat automotif mewah Jerman, BMW, melalui cabang model kenderaan berprestasinya, BMW M, telah memperkenalkan model terbaru, M3 CS Touring. Model ini merupakan versi lebih agresif bagi BMW M3 Touring generasi G81, yang kini menerima sentuhan ‘Competition Sport (CS)’.


Pesaing Audi RS4 Avant & Mercedes-AMG C63 S E Performance Estate


P90585762_highRes.jpgP90585763_highRes.jpgP90584947_highRes.jpg


Sebagai pesaing kepada Audi RS4 Avant dan Mercedes-AMG C63 S E Performance Estate, model ini menjanjikan prestasi serta sistem kawalan yang lebih baik. 


Seperti model M3 CS Sedan dan M4 CS Coupe, M3 CS Touring turut menggunakan enjin 3.0L turbo enam silinder sebaris, tetapi dengan tekanan turbo dinaikkan sehingga 30 psi. Hasilnya, kuasa meningkat sebanyak 20 hp kepada 543 hp, dengan tork 650 Nm.


Model ini juga dipasangkan dengan sistem ekzos berprestasi tinggi yang mempunyai injap boleh laras serta peredam bunyi belakang titanium yang menghasilkan bunyi garang, sesuai dengan karekter agresifnya.


Baca: BMW M4 & 430i Coupe 2024 Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM870,800 & RM465,800


Pecutan Kilat – 0-100 KM/H Dalam 3.5 Saat!


P90584894_highRes.jpgP90584878_highRes.jpg


Dengan gabungan sistem transmisi automatik lapan kelajuan, sistem pacuan semua roda (AWD) xDrive, serta pakej M Driver’s Package, model ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 3.5 saat, manakala 0-200 km/j mengambil masa sepantas 11.7 saat. Kelajuan maksimum pula mencecah 300 km/j.


Sentuhan CS bukan sekadar meningkatkan prestasi enjin, tetapi juga melibatkan penambahbaikan pada sistem suspensi dan brek. Model ini dilengkapi dengan penyerap hentak elektronik yang diberikan talaan semula, strut brace depan yang lebih kukuh, dan brek yang lebih besar dengan pilihan rotor seramik karbon.


Lebih Ringan Dengan Gentian Karbon 


P90584888_highRes.jpgP90584890_highRes.jpg


Bagi meningkatkan lagi prestasi, BMW telah menggunakan gentian karbon yang ringan pada beberapa bahagian seperti hud, splitter depan, komponen ambilan udara, perumah cermin sisi dan diffuser belakang. Kesemua ini berjaya mengurangkan berat kenderaan sebanyak 15 kg.


P90584884_highRes.jpgP90584885_highRes.jpgP90584954_highRes.jpgP90584955_highRes.jpg


Dari segi reka bentuk, gril ‘kidney’ kini hadir dengan rekaan lebih terbuka dan sudut-sudut lebih tajam, mirip model M3 CS dan M4 CS. Lampu nyalaan siang (DRL) LED  berwarna kuning di sisi gril, spoiler belakang baharu, dan rim aloi M berukuran 19 inci (depan) dan 20 inci (belakang) turut menambah kesan sporty pada jentera ini.


Kabin Sporty & Mewah


P90585764_highRes.jpgP90584879_highRes.jpgP90584873_highRes.jpg


Di bahagian kabin, M3 CS Touring menggunakan tempat duduk bucket dalam balutan M Carbon. Untuk keselesaan optimum, ia boleh dilaraskan secara automatik dan hadir dengan fungsi pemanasan. 


Sentuhan eksklusif lain ialah logo CS yang bercahaya, serta stereng balutan Alcantara khas untuk model M. Elemen lain kebanyakannya kekal sama seperti model M3 Touring standard.


Pengeluaran Pertama


P90584948_highRes.jpg


BMW masih belum mendedahkan jumlah unit M3 CS Touring yang bakal dihasilkan, namun penghantaran pertama ke pasaran yang terpilih dijangka bermula seawal Mac tahun ini.


Buat masa ini, walaupun M3 Touring standard telah ditawarkan di pasaran Thailand dan Singapura, kehadirannya di Malaysia masih belum disahkan oleh BMW Group Malaysia.

Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di Carz.com.my

P90584985_highRes.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4238

SELANGOR

BST7549

JOHOR

JE3918J

PULAU PINANG

PSF6029

PERAK

APL5208

PAHANG

CFH7543

KEDAH

KGJ1430

NEGERI SEMBILAN

NEL8759

KOTA KINABALU

SJU1567

KUCHING

QAB5763P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Global

25-01-2023

Berita Terkini

Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.